name='keywords'/> Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V olahbersama® Blogger Widgets

September 04, 2015

0 Comments

Chapter 194 || Shawl murah buatan sendiri.

| Posting by: jie || Photo by : - |

 Bismillahirrahmanirrahim,

Haa.. tajuk tak hagak-hagak. Aku memang suka pakai shawl. Tapi selalunya shawl yang beli ada yang terlebih lebar  terkurang panjang terkurang.. macam-macamlah..

Bukan lah aku kata tak lawa. Ok je orang lain pakai. Cuma aku yang banyak songeh.

Ada shawl tu.. selai RM 45. Tapi sebab jual kat pesta konvo dia bagi harga murah sket. Beli 2 RM50. Mula-mula aku beli selai je. Pujuk dulu supaya bagi harga RM25. Dapat. Masa ni kat konvo UTP.

Pastu gi plak konvo UUM. Kedai yang sama lagi. 2 kali beli share ngan member. Means RM25 selai gak. Aku nak kaler hitam tapi dia kata takde. Kaler hitam sold out.

Jumpa plak kat Shah Alam. Dia jual shawl hitam RM 59. Oh.. idokle aku nak membeli. Maka berulang kalilah aku pakai shawl yang sama ke opis. Gigih la membasuh hari-hari.

Hari tu mak aku tunjuk dia buat tudung. Excited tunjuk ni. Pada aku, not bad la.. Untuk pakai sendiri OK sangat la tu. So dia ajak aku gi kedai kain kat Kulim. Masa tu balik kampung ye. Idokle teman sanggup nak ke Kulim semata-mata sebab kain.

End up. Aku pun beli kain 3 kaler. Beli bidang 60 @ 2 meter each. Dah plan nak buat halfmoon dah. Kedai tu pun ada mesin jahit tepi. balik rumah gigih la plak memotong kain bagi sama. nak Halfmoon amik je maa-mana shawl pastu ikut je. So dari situ aku dapat 6 helai shawl. Masa ni aku beli plain shawl.

Dah gila kain plak. Aritu cuti Sultan Perak sanggup gi Jakel plak survey. Terrbeli plak chiffon printed 2 kaler. Bidang 60 jugak @ 2 meter each jugak. Dapat lagi 4 lai shawl.

Pastu masa beli kain raya terrbeli lagi printed punya. 1 pattern je lah. 2 meter gak. dapat lagi 2 lai. Dah siap mak aku amik selai. Dia nak buat tudung dia plak.

haha.. Jangan cakap aku pandai.. Aku buat untuk aku je. Sebab aku  nak jimat. Sayang duit. Dari semua shawl tu 2 lai aku dah transform jadi instant shawl. Wah suka gila.

Shawl buat sendiri dapat measurement 2m panjang dan 0,75m lebar. Cukup labuh untuk aku. Kalau pakai jubah dah boleh bawak solat sebab shawl ni dah labuh. Pas solat kita pinkan balik kat bahu supaya nampak kemas.

Yang mana ada 2 helai dah confirm adik aku akan rembat. Again.. Aku bukan tailor. Aku pun hanto kedai. Cuma aku happy la skang ni sebab if rasa nak tambah koleksi shawl aku dah tau macammana nak buat supaya laki iolls tak asik jegilkan bijik mata dia.. "Menyopping je ghojenye".

Yang #ongkaya sila beli .. Online banyak jual weii!!!

Dari yang tak berapa kaya lagi.
Ngeh-ngeh.

ok bai.



0 Comments

Chapter 193 || Sedekah

| Posting by: jie || Photo by :- |

Bismillahirrahmanirrahim,

Ni cerita last week. Haha.. Lambat gila nak publish. Belasah la labu. Ni week last di UPSI sebelum bertukar ke HQ di Taman Melawati.

Pagi Isnin  try minum kopi Hi-O. Nak try test tengok. Sampai office bedal plak #Redslim. 
Lepas tu tak berapa lapar. Makan lepat labu je sebungkus. Mula-mula tension jugak sebab aku nak makan. Memang bernafsu nak makan tapi tak berapa lapar. Acaner tu?

Tapi taktaulah sebab Hi-O ke #redslim ke. Makan tengahari pun lambat. Dalam 2 lebih baru keluar pegi kafe. Makan dengan tokey kedai. Dapatlah makan free. Siap tambah sayur & sambal belacan. Oh air pun upgrade dari air mineral ke limau ais. Tak tahan godaan tengok dia minum teh O limau panas. Tapi dah makan nasi rasa nak makan lagi plak. Jeling-jeling minimart.
Nampak kerepek bawang, keropok ikan. Oh my.. Rasa nak beli. Tapi kutahan jebattt…
Malu le iolls dengan orang yang belanja tadi. Kang dia kata aku bela hantu raya plak.

Balik opis bancuh MILO. Cicah biskut Hup Seng 3 keping.
So malam jadi kenyang. Sebab makan overdose. Ratah sup daging je. Tu pun sebab kalah dengan nafsu. Padahal tak lapar pun.

Semalam.
Pagi minum lagi kopi Hi-O.
En. Edi tapaukan  nasi goreng. Dia masak. Haha.
Sampai opis nak bancuh air panas. Tapi tak rasa nak minum air manis plak. So amik air panas kosong.
Buka nasi goreng. Makan separuh dengan keadaan separuh hati
Lagi separuh takde hati nak makan.
Tension lalu whatsapp tukang jual kopi a.k.a kakak sendiri.
Meluahkan rasa hati. Tension sebab tak selera. Kah Kah kah.
Lalu adik beradik lain syak aku sedang berdiet. Siap bagitau mak lagi.
So kesimpulannya nasi goreng secoet tu aku paksa diri habiskan jugak sejam berikutnya.

Pukul 4 baru turun kafe cari makan.
Nak order. Nampak NASI GORENG SARDIN. Eh tak pernah try.
So order. Siap cakap nak pedas gila!
Mati lah kalau suapan pertama dah berlinangan air mata.

Tapau je. Bungkus nak makan kat office.
Sampai office ada pulak technician bawak cempedak goreng.
Bedal  4 ketul sambil makan nasi goreng. 30% je luak nasinya.
Oh masa nak bayar tu, pekerja tu kata “arini saya belanja. Jumpa lagi lain kali. Moga murah rezeki”.

Sebenarnya aku pun tak tahu apa tujuan aku cerita semua ni. Tapi bukan nak bagitau aku ni bagus sangat atau hebat sangat sampai pegi mana-manapun orang nak belanja. Cuma aku nak ringkaskan cerita bagi 2 orang yang belanja aku ni. 

Isnin – Kakak ni tokey kedai. Lately ni dia ada masalah kewangan. Kena tipu. Big amount juga. Tapi dia OK. Biasalah bisnes ada turun naik. Positif je all the time. Sambil makan sambil cerita how to survive dengan nak bayar gaji pekerja.. Berapa yang tinggal untuk dia.
Dalam keadaan dia tak berapa berduit.. Tapi tak kisah nak belanja aku. Dia tau masalah aku juga. Dan banyak bagi kata-kata positif. Even jarak umur kami jauh.

Selasa – pekerja tu belanja Nasi Goreng sardine. Bila bukak polisterin tu, penuh membumbung. Ni kalau bayar RM3.50 memang berbaloi. Rasa macam dia letak ikan sardine setin dalam tu. Pedas pun boleh tahan. Tak la bercucuran ayaq mata.

Tapi. Dia hanya pekerja. Kalau bos lainlah sukahati nak belanja. Ni pekerja. Gaji dia pun dibayar.
Point uatamanya dekat sini. Aku sangat bertuah sebab dikelilingi orang-orang yang baik-baik. Yang suka besedekah. Yang dah sedekah dan tetap mendoakan aku murah rezeki. I am so blessed.

Ok bai.


September 02, 2015

0 Comments

Chapter 192 || Jogging di Proton City

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Sabtu lepas kami berjogging ke Proton City. Jogging ala-ala bawak ZZ la. So far dorang happy. Jom tengok gambar je lah.








Lepas jogging breakfast. Jogging sikit makan je lebih. Biasalah.

Boleh jadi aktiviti mingguan. Harap-harap lah. 


Ok bai. 


September 01, 2015

0 Comments

Chapter 193 || Resipi roti wholemeal lembut

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Ahad lepas rasa malas nak beli barang. Stok barang basah pun takde.
Jadi konsepnya makan je apa yang ada.

End up.. Sambal telur goreng.  
Sup putik jagung + kentang dan kari daging beli semalam. Oh sambal belacan juga.

Dah siap masak godek-godek buku roti.
Tengok bahan Tengok stok.. OK. Boleh buat wholemeal bread.
Aku jarang sket buat wholemeal. Sebab kena beli tepung wholemeal.
Tepung wholemeal plak kalau dah beli kena simpan kat chiller.
Sebab kalau letak luar ada potensi berkulat.

Resipi ni mudah je. Sebab tak pakai banyak bahan.
Mula-mula risau jugak. Takut keras.
Tapi bila lepas bakar. Mak aii.. lembutnya.
Resipi ni lebih kurang resipi buat loaf guna breadmaker.

Buat 2 jenis. 1 buat roti kosong. 1 lagi aku buat garlic bread.
Buat garlic spread senang je.
Cincang bawang putih. Campur  marjerin & ketumbar. Aku takde yang fresh so belasah je dried coriander. Ok je.

Yang ni aku timbang setiap bun tu 60g. Dapatlah 6 ketul. 


Bun 4 segi - timbang 60g each. Dapat 6 ketul. 
Bun bulat - Cadangnya nak buat bun burger. tapi tak cukup leper. so jadi bulat. Yang ni timbang 70g each. dapat 5 ketul tu.
Garlic bread - 40g each. dapat 4 ketul. Seketul dah masuk perut. 


Nah resipi. Aku salin dari buku je bulat-bulat. Malas nak translate. Malas nak fikir. Haha.

WHOLEMEAL BREAD

Ingredient for bread dough A:
300g high protein flour
200g wholemeal flour
40g brown sugar
1 tsp salt
3 tsps instant yeast
Ingredient for bread dough B:
300ml iced water
Ingredient for bread dough C:
40g shortening
For glazing:
1 egg (beaten)
For topping:
Some black sesame seeds. (Aku tak suka bijan so tukar CHIA SEED).

Method:

1.  Combine ingredient A in a mixer, mix well. Add in ingredient B and beat till a dough is formed. Add in ingredient C and beat till dough is smooth and elastic to the touch.
2. Leave dough in a big bowl, covered with a damp cloth. Proof in a warm place for 30 minutes till dough doubled its bulk.
3.  Divide into 14 equal portions (60g each) and shape into small balls. Line them in two greased eight inches round baking tins. Proof for another 45 minutes. Glaze with beaten egg and sprinkle chia seeds on top. Proof for the third rime taking 40 minutes or till dough rises to three quarters height of the tin.
4. Bake in preheated oven at 190°C for 25-35 minutes. Cool well on a wire rack.

Yang letak garlic spread tu kalau cicah dengan mushroom soup memang best. Aku nak beli instant tu malas plak sebab rasanya buat sendiri lagi sedap. Huh sambil taip sambil teringat mushroom soup.


Ok bai. 

August 26, 2015

0 Comments

Chapter 191 || Zahin & Kalam Jamaie

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Aku bukan pelajar aliran Bahasa Arab. Belajar Bahasa Arab masa sekolah agama je masa sekolah rendah.  So Bahasa Arab memang kelaut.

1 hari aku hantar Zahin. Lepas tu ustazah kelas dia bagitau Zahin terpilih untuk ambil bahagian Kalam Jamaie. Zahin tak berapa nak join tapi Ustazah duk pujuk suruh masuk jugak. Few days la jugak ustazah pujuk dia.

Ustazah Tanya ada tak Zahin bagitau kami. 
Pastu dengan muka tak bersalah aku Tanya ustazah.
“Kalam Jamaie tu apa Ustazah?”.
Huhu. Sian aku.
Rupa-rupanya Choral Speaking dalam bahasa Arab. 
Pastu terus sembang ngan Ustazah nak cover malu. Haha.

Peringkat Kawasan dan Daerah menang tanpa bertanding. So peringkat Daerah just jadi persembahan terakhir je lah. Masa tengok tu aku rasa macam “ memang takleh menang kalau macam ni”. 
Next weeknya akan bertanding peringkat Negeri di Bangi.

Masa ni di Bukit Beruntung. Dekat sikit.


Lepas perform.



Yeay ! menang ! Tanpa bertanding ! Haha.

So hari-hari berlatih kat sekolah. Sabtu pun berlatih. Ahad  pukul 6.30 pagi dah hantar Zahin naik bas nak ke Bangi. Sob-sob. Besar dah anak Ibu. 5 tahun dah pegi bertanding Bahasa Arab peringkat negeri. Aku masa 5 tahun main je kot. ABC pun tak tau. Yelah. 6 tahun baru gi kelas tadika.

Kitorang pegi sendiri. Gerak kemudian. Pukul 10.30 gitu sampai. Sempat la tengok daerah-daerah lain jugak. Kecut jugak aku tengok Daerah lain ni hebat-hebat. Senang cerita hebat sangat bila aku compare ngan life aku dulu. Haha.

Kawasan Hulu Selangor dapat giliran last sekali. No 16. Aritu berdoa moga-moa ada 3 team je jadi kalau kalah pun dapatlah no 3. Sekali 16 team kooo…

Tuan tanah bersama anak teruna. Bagi can la ...

Kumbang dari 5 orang tinggal 4 je atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. 



Ustazah tu guru kelas Zahin. Before perform, ustazah ni ada sembang ngan aku pasal Zahin. Ada yang buat aku rasa bangga. Ada jugak yang buat aku sentap. Sentap sebab aku kurang beri perhatian pada pelajaran dia. Terima kasih Ustazah tolong ingatkan aku. 




Saja tunjuk gambar ni banyak-banyak. kalau dari gambar aku dapat rasakan bukan mudah nak handle dorang. Kesabaran kena tinggi. Tu sebab aku tak jadi cikgu. Eh !

Bila tiba giliran zahin & team, Serious.. Aku kagum. Kagum dengan anak sendiri mula-mula. Tapi sebenarnya kagum dengan tenaga pengajar dorang sebenarnya. For me, its not easy to teach and educate 5-6 years  old kids to do all that. Sebab memang totally berubah dari minggu sebelumnya.





Lepas performed, aku mintak nak bawa Zahin balik sebab nak pegi kenduri. Masa tu baru 11.45 pagi dan keputusan akan diumumkan lepas Zohor. Memang tak boleh la tunggu. Tambah plak mengenangkan keaktifan zahin. Memang tak la nak tinggalkan di situ. Penat ustazah nanti.

Keputusannya. Tak memang. Hanya dapat saguhati. Tapi semua ibu bapa yang tengok kata semua anak-anak ini dah menang di hati kami !! Yang penting pengalaman.
Untuk Zahin, pengalaman dia yang paling best adalah naik bas dengan kawan-kawan ke Bangi. Normal. Kids.

Pagi itu. On de wey ke Bangi. 

Bergambar di sekolah. 

We love u Zahin.


Ok bai. 
back to top