name='keywords'/> Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V olahbersama® Blogger Widgets

June 02, 2015

1 Comments

Chapter 162 || Giant Bubble @ Setia City Mall

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Ni episod kedua. Yang pertama di Pantai Bersih.[KLIK LINK]
Petang tu dari Bukit Kapar. Rumah adik En. Edi.
Sampai dalam pukul 5.30 petang. Panas. Ramai sangat. Rupanya ada event MYVI.
Big Event.

Plan nak main giant bubble. Nasib baik ada jugak ruang yang kosong yang memang dedicated kot untuk giant bubble ni. So happy lah ZZ dan causin dorang, Qisya.

Layan gambar je lah.


Nak feed ikan kena beli makanan. Pastu budak budak tau tabur je suka hati.



Tengok gambar last bawah kanan. Zahra cuba untuk melompat. Kah kah kah. 





Zahra memang dah expert main bubble ni. 



Abang Long punya kurang menjadi. So memang banyak gambar Zahra dari Zahin. 
Tengok gambar bawah kiri.. Zahra tu... Rasa nak gigit je dia buat muka macam tu...






Candid. Abaikan muka yours truly yang tak ketahuan tu. 


Zahin, Qisya, Zahra



Rumput tu tajam woo.. sakit badan. Kali kedua Zahra dah takmau join. Sian dia. 

Shawl tu instant. Kain beli sendiri. Potong sendiri. Pastu hantar jahit tepi kat kedai. Pastu jahit sendiri buat instant.
Suka. Sebab panjang. 0.75 x 2m. 
Beli kain bidang 60 boleh dapat 2 helai shawl yang sama. Selai lagi mak dah amik.

Now aku dah tak beli shawl online. Kalau nak boleh beli dan buat sendiri. 
Serious rasa lagiiiiii puas hati. Eh. Melalut dah. 



Back to the topic. Tempat-tempat macam ni memang heaven untuk kanak-kanak dan anak-anak. Mak ayah pun enjoy. ada yang main giant bubble. Ada yang rehat-rehat. Ada yang totally ber piknik!! The choice is yours.

So pada yang duduk dekat tu.. bawak-bawaklah berkelah di sini. Zahra pun dah expert main bubble ni tau. Zahin pun kalah.


June 01, 2015

7 Comments

1st Segmen & Giveaway By Afidah Azmi88

| Posting by: jie || Photo by :  Afidah Azmi88  |

 Bismillahirrahmanirrahim,


KLIK BANNER UNTUK JOIN


Hadiah yang ditawarkan akan diberitahu pada 28 June 2015...hanya 5 yang bertuah akan terpilih..
so tunggu apa lagi...cepat-cepat join...
Selamat bersegmen 

OK BAI. 
2 Comments

Mini Giveaway By Nuha

| Posting by: jie || Photo by : NUHA |

Bismillahirrahmanirrahim,

JOM RAMAI-RAMAI JOIN GIVEAWAY NI..BESTNYA KALAU MENANG. MOGA -MOGA ADA REZEKI..


KLIK BANNER UNTUK JOIN



Penuhi 4 syarat mudah giveaway ini dan anda berpeluang memiliki 30 RESEPI JUADAH BERBUKA PUASA.

5 pemenang bertuah akan dipilih secara rawak. Tarikh tutup penyertaan: 7 JUN 

SELAMAT JOIN!!

OK BAI.
1 Comments

Chapter 159 || Al-fatihah dari Zahra...

| Posting by: jie || Photo by : jie | Bismillahirrahmanirrahim,


** Entry ini bukan untuk show off. Just a record. In case I'm no longer here. It will be a good flashback/ throwback/ sweet memories for my love ones. In Sya Allah.

Doa makan dari Ustajah Zahra. In 3 days she will be 3. Masya Allah. How time flies. Ibu emo. 


Al-Fatihah. I am impress. Aku masa 3 tahun tak hafal lagi kot. Sungguh la bagai dikata. Pada waktu ini kanak-kanak sangat mudah menghafal. 



Nah lagi satu video. Ibu siap tolong translate lagi. Sebab ramai parents lain pun tak paham. Aku pun kena tengok lagu asal baru paham. Wakakaka...

PELANGI PELANGI ALANGKAH INDAHMU
MERAH KUNING HIJAU DI LANGIT YANG BIRU
PELUKISMU AGUNG SIAPA GERANGAN
PELANGI PELANGI CIPTAAN TUHAN


Terima kasih pada cikgu-cikgu Zahra di taska. Macam-macam Zahra dah belajar. Macam-macam ilmu Zahra dah dapat.
Cikgu Zahra pun ramai. Semua baik baik belaka. Alhamdulillah. 

Zahin di Bukit Kapar. Mak nek jaga.
Bila dia ada Masya Allah bising, tak diam.
Bila tak ada.. sunyi nya..
Baru tau nikmat Allah tak terkata.
Tak boleh nak dusta.

OK. Emo lagi. 


Bai.  

May 27, 2015

0 Comments

Chapter 158 || Kursus first aid dan CPR

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Tarikh : 23 mei 2015
Lokasi : Ibu pejabat Bulan Sabit Merah, Lengkok belfield Off Jalan Wisma Putra, KL

Kami ke sana dihantar oleh syarikat. dari Tg. Malim pukul 7.30 pagi. sampai dalam 8.45 pagi sebab sesat. Kah kah. Gelakkan diri sendiri.

Kursus ni walk-in je. kalau ikutkan kursus ni 2 hari. Tapi sebab hanya 6 orang je join kursus ni, so jadi cepatlah. Habis sesi semua dalam pukul 2 petang dan 1 jam sesi periksa.


Lepas register dapat ni. 
Booklet
Badge
Anduh
CPR kit
Merah yg atas tu sampai sekarang tak buka lagi. Tak tau apadia..haha


Blajar.. Teori. Then pratikal. Mula-mula dia tunjuk. Lepas tu ko praktis. Buat sampai jadi.

Ni namanya anduh besar. Untuk orang patah tangan. Hujung jari kena keluar sket sebab nak cek nanti. 

Anduh kedua tu optional kalau ada. bagi pesakit selesa sket. 



Ni anduh tigasegi. bahu jangan tutup. ibu jari keluarkan untuk cek nanti. 
Ni kalau seliuh/ patah dari siku ke bahu.

Harus diingat, first aid hanyalah rawatan awal. Bukan penentu dia sakit ke tak lepas tu. 


Anduh kecil. Ni kalau cedera di tapak tangan atau pergelangan tangan. 


ni kalau cedera di kepala. Tepek je kat situ. 2 anduh digunakan. 


Kaki terseliuh. 

 Ni kaki terseliuh kalau tak boleh jalan. Kita ikat terus both. Pastu nak angkat pun mudah. Pegang je anduh tu. 


Balutan terbalik. Tangan. Terseliuh atau luka. 


Leher. Balut paper atau magazine dengan anduh. letak di leher. 


Ni percentage untuk tentukan peratus kebakaran. Yang 1% yang cinonet itulah yang paling kecik dan paling penting. So.. JAGALAH....


CPR. Kena buat sorang-sorang. Aku masa tu geli jugak ni macammana nak buat nih. Dah sah-sah kena rapatkan mulut. 

Rupanya setiap orang ada plastik yang digunakan untuk CPR. Lega rasanya. 

After CPR. Kalau pesakit sedar, kita iringkan dia macam ni. ni namanya BARINGAN PEMULIHAN. So kalau dia nak muntah dia boleh muntah dengan posisi macam tu. Tak kena kat muka. Nampak pun rileks je.

So I dah boleh buat CPR. Ngeh ngeh...

Based on theory, kita kena tekan dada pesakit (dewasa) sedalam 1.5-2 inci. Kalau dengar tu dalam ye uolls. Aku buat praktikal tu pun rasa tekan ke dalam. 

Sebab tu kena ada 3 syarat untuk buat CPR. Pesakit tak sedarkan diri langsung, pernafasan dan nadi yang telah terhenti . Lagi 1 tak ingat. Haha..senang cerita tak sedar lah. Langsung tak respon. Then baru boleh CPR. 

Sebab kalau buat pada orang yang sedar memang SAKIT !! Kalau nak buat juga mungkin ko yang kena CPR lepas tu sebab kena pelangkung. 

CPR juga kita boleh buat 5 cycle. Lepas tu kalau ada orang lain, kita boleh pass pada partner untuk buat plak. Sebab CPR ni memenatkan jugak. Bukan boleh buat sebarangan. 


Ada exam lepas tu uolls. Open book.
as usual, open book ni SUSAH. So soalan dia pun boleh tahan tension nak menjawabnya.
Iolls in REDHA jer.

Kos untuk kursus ini RM250/ person untuk 2 hari. meh iolls bagi lagi info untuk isikandungan kursus.

- Manusia ada 206 ruas tulang.

- First aid yang sebenar-benarnya hanya WAJIB ada barang-barang yang tiada tarikh luput. Contoh, bandage, plaster, kain, gunting, pensel dsb.

- First aid di pejabat kena asingkan antara peralatan yang ada tarikah luput dan tak. 1 kotak ubat dan 1 kotak first aid. 

- Dalam first aid boleh simpan plastik juga. Banyak pun takpe. Sebab plastik boleh jadi tempat simpan bahan bukti atau anggota badan yang putus. 

- Ubat-ubatan hanya boleh diletakkan pada luka pesakit sekiranya pesakit tak mau ke hospital (untuk luka-luka terpencil saja ya). kalau letak ubat kuning lepas tu pegi klinik, ada possibility untuk doktor kikis kulit ko sebelum dia letak ubat dia.

- Untuk kesan renjatan elektrik. selain dari yang kes rentung. Biasanya luka kita akan nampak pada laluan masuk dan keluar arus elektrik. Let say u pegang suis dan kena renjatan, arus boleh keluar dari kawasan lain seperti pergelangan tangan kaki atau tapak kaki sebab secara normalnya dia akan cari earthing mengikut pusat graviti. 

- OK. yang ni paling best dan PENTING. Let say ko nak mintak tolong sesiapa yang ada kat situ untuk mintak bantuan (in case orang tak ramai dan ko adalah first aider) kena cakap macam ni. "Encik, minta tolong dapatkan bantuan DAN JANGAN LUPA DATANG BALIK". hahahaha... Ni bukan saja-saja ya. Sebab selalunya orang yang tolong tu tak datang balik. Silap-silap tak mintak bantuan pun sebab banyak sangat port nak singgah. 

- Masa bagi bantuan, first aider patut elakkan eye contact dengan pesakit. Sebab dikhuatiri first aider juga terikut emosi dan langsung jadi tak confident. Kalau tak confident lagi lah mangsa tak confident. Kalau mangsa stress, nanti heartbeat akan lagi laju dan masalah lain mungkin timbul.

So far untuk aku, memang berguna. Ada yang kita dah tahu tapi dah lama tak praktis. So boleh refresh. Tak la kalut bila ada masalah. Terasa macam zaman-zaman PENGAKAP SEKOLAH dulu. Eh masa UTM pun join pengakap jugak tapi tak best langsung!!

Tu je lah yang boleh share. 


Sapa nak join kursus ni boleh call 03-2141 1460. Boleh tanya bila lagi ada course ni. Harga? Ada yang RM150 (8 jam) dan RM250 (14 jam). Pilih la mana yang nak. 

ok bai. 




back to top