name='keywords'/> Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V olahbersama® Blogger Widgets

July 05, 2013

0 Comments

Chapter 25 || Contest baby ceria by http://barangbabymurah.blogspot.com

| Posting by: jie || Photo by : jie |



Bismillahirrahmanirrahim,

Aku tak pernah join contest dalam blog..almaklumlah baru je berblog..tak pandai sangat pun nak godek-godek..mujur ada En Edi a.k.a lakik ahkak yang membantu..Kalau tak sampai ke sudah la ahkak punya blog tak wujud..hew hew..

So marilah men'join' contest sama-sama. Ada untung boleh menang..Kalau menang, ahkah sukak!!! kalau tak, anggap je lah bukan rezekiku..

OK..contest ni terjumpa masa blog walking..organised by Mommy Safiyyah Osman. Nk tengok detail boleh ke SINI.




Sebab gambar kat atas ni baby perempuan, so ahkak pertaruhkan gambar anak dara ni...


"mari membeli barang baby dengan harga borong,minimum 1barang di blog http://barangbabymurah.blogspot.com"

Nama Baby: Nur Zahra Marissa binti Edi Shazril

Nama Ibu: Marziah binti Zakaria

Ni hadiah yang boleh dipilih jika anda terpilih dan diumumkan sebagai pemenang...(pilih satu saja k)

1.rocker fishes price newborn to todder(biru).
2. Trunki bag (pink,merah,purple,kuning,biru)
3. Ergo carrier (hitam,pink,grey,hijau,biru)
4.toys storage(pooh,cars,princess)
5.playmat mothercare(pink, lion)
6.toilet train toddler
7.elc purple with hanging toys


Hadiah yang saya akan pilih jika menang....


adalah..

item 2 iaitu T
runki bag merah!!!!!!

Mommy Safiyyah, saya nak menang..ehek ehek..

Tarikh mula contest adalah 12.6.2013 dan tarikh tutup contest adalah 7.7.2013. Jom pakat ramai-ramai join!!

July 04, 2013

0 Comments

Chapter 24 || Morsi tumbang... apa hala tujuan?

| Posting by: edi |



Bismillahirrahmanirrahim,

Kepada sahabat handai yang belum mengetahui, Presiden Mesir, Mohamed Morsi yang dipilih secara demokrasi kini berada di bawah tahanan rumah sejurus digulingkan oleh pihak tentera. 

Beratus-ratus ribu rakyat Mesir berada di jalan-jalan seluruh Mesir untuk mengutuk atas tindakan tentera manakala kumpulan anti-kerajaan pula meraikan kejatuhan presiden itu.
Difahamkan yang penyokong Morsi dan anti-Morsi ni lebih kurang sama banyak. Makan tidak bilamana undi dijalankan utk memlilih pemimpin seramai 13,237,000 undi iaitu 4% saja beza dengan penyokong Ahmed Syafiq iaitu sebanyak 12,338,973 undi atau 48% dari keseluruhan undi (25,575,973).

Kenapa aku buka entry ni, sbb pada mulanya aku pun rasa musykil dan persoalan berlegar2 dalam kapla hotak aku ni, apa istimewanya Mohamed Morsi jika dibandingkan dengan bekas Presiden sblm ini Husni Mubarak. Siapa pula Ahmed Syafiq yang menjadi lawan Morsi ketika dalam pilihanraya Mesir dulu ni.  Senang cita aku tak amik port pun masa tu, tapi dalam bbrapa lama tu, tergerak hati aku tuk buat sikit research dan pagi tadi bila dengaq yang Morsi dah digulingkan oleh pihak tentera, ttb darah aku mnyirap... Istighfar aku.. sbb adakah masih ada harapan utk the true Islam akan didaulatkan di bumi Mesir lagi selepas ini? hanya Allah saja yg tau... ini juga perancangan terhebat dariNYA..

Sini ada sikit bingkisan tuk aku kongsi dengan rakan2, kenapa orang mcm aku menyokong Mohamed Morsi  walaupun aku bukan duduk di Mesir, dia pun tak kenai sapa mak aku.. aku lagi la tak kenai sapa anak lelaki dia, eh apa daa..... 

ini antara research2 aku yg aku dapat dari blog2 dan wiki wiki yang lebih memahami susur galur mengapa Mohamed Morsi jadi pilihan.

Mohamed Morsi





Moahamed Morsi atau nama pnjangnya Muḥammad Muḥammad Mursī ‘Īsá al-‘Ayyāṭ Merupakan calon Parti Keadilan dan Kebebasan kelolaan Ikhwaanul Muslimin, iaitu satu2nya parti berteraskan agama Islam yang benar yang sebelum ni diketuai oleh seorang diktator Hosni Mubarak. Hosni mengamalkan pemerintahan kuku besi dan bertopengkan Islam, namun apa yg beliau buat sebenarnya? boleh rujuk SINI

Di sini ada kisah disebalik pilihanraya yang diadakan tahun lepas dalam bulan Jun. 

"Pelajaran dakwah dri Pilihanraya Presiden Mesir...Ada dua calon iaitu Mohammed Mursi dan Ahmed Syaffiq. Mursi merupakan calon presiden dari Ikhwan. Sedangkan Syaffiq merupakan perwakilan dari regim lama, Hosni Mubarak. Ada kisah menarik yang terjadi di salah satu daerah di Mesir.

Seorang gadis naik teksi. Setelah duduk dalam teksi, si pemandu bertanya, "Siapa yg anda akan pilih?” Si gadis menjawab, “Mohammed Mursi.” Si pemandu hairan dan btanya “Kenapa? Dia kan Ikhwan…” Si pemandu semangat mengkritik Morsi, “Saya ini seorang muslim dan nama saya juga Mohammed.” Si gadis lantas menjawab: “Saya Kristian dan nama saya Maria.” Si pemandu teksi hairan dan semakin bingung dan berkata: “Bukankah Shafqiq akan membenarkan Injil dalam buku pelajaran dan menghapus ayat-ayat Al-Quran?”

Si gadis menjawab: “Bagaimana mungkin saya akan memberikan suara saya kepada orang yang tidak menghormati agamanya?” Si gadis berkata lagi.. “Ketika gereja saya diledakkan, Shaffiq ada bersama Mubarak, sementara Ikhwan ketika itu di penjara…."Ketika syuhada’ berguguran, Shaffiq menjawat sebagai Perdana Menteri, sementara Ikhwan ada bersama para demonstrasi."
 Kelu pemandu teksi dengan huraian si gadis Kristian...lalu bersetuju turut sama menyokong Mursi!"


Ketika ini Penyokong Morsi yang berkumpul di pinggir bandar Kaherah sangat tidak puas hati dan penyingkiran pemimpin negara Mesir ini membangkitkan kemarahan mereka dengan pengumuman yang dibuat oleh tentera itu

Semasa Revolusi 2011, 1,000 nyawa telah terkorban dan ia tidak sewajarnya berakhir dengan sebegitu rupa. 

Kini, amanah besar sekali lagi akan digalas oleh setiap rakyat Mesir untuk melakar masa depan mereka sendiri. Semoga Islam terus mencapai kemenangan. Janganlah pula tersilap langkah kerana buruk padah pasti menanti bak kata pepatah “terlepas mulut harimau, masuk mulut buaya”. Sungguhpun golongan liberalis berpendapat pusingan run-off ini adalah the 'worst-case' scenario yang membuatkan mereka terpaksa memilih antara dua persimpangan namun bagi kita semua yakinlah bahawa hanyalah Islam ad-Din yang akan menjadi penyelamat bukan sahaja di dunia mahupun akhirat sepertimana firman Allah S.W.T dalam Surah Ali Imran ayat 85 yang bermaksud:


“Barangsiapa yang mencari agama(ad-Din) selain daripada Islam maka ianya tidak sesekali akan diterima dan di akhirat kelak tergolong dalam golongan yang rugi.”

July 03, 2013

2 Comments

Chapter 23 || Homemade : sambal ikan bilis for baby Zahra

| Posting by: jie || Photo by : jie |


Bismillahirrahmanirrahim,

Ahad lepas, aku buat nasi lemak for the whole family. Mula-mula masak nasi untuk kami...Then baru buat untuk Zahra...kami punya senang je sebab campak-campak semua and biarkan rice cooker bekerja sendiri. Untuk Zahra, aku masak atas api so harusslah sentiasa berjaga-jaga agar tidak hangittt...

Bila dah buat nasi lemak tuk Zahra ni of course nak makan sambal yg sesuai dgn dia. Since tomato pun ada stok so marilah kita menyambal yo.. Mula-mula aku buat puri tomato..nak buat senang je...


  1. Potong buah tomato
  2. Basuh dan buang biji-biji itu 
  3. Masukkan dalam blender 
  4. Masukkan bawang holland dan bawang putih sekaliB
  5. Blend semua dan tenggek (tenggek???) atas api bagi pekat. 
  6. Bila dah pekat, sejukkan dan bolehlah disimpan menjadi puri.


cara nak buat sambal pun senang sangattt!! Aku gorengkan ikan bilis yang dibasuh bersih dengan olive oil. Agak2 saja minyaknya jangan banyak sangat. pas tu aku tumbuk halus.

Tumiskan puri tomato tadi.. Tomato dah ada rasa masam-masam sikit. Nak bagi manis aku tambah puri kurma sikit je dan tuangkan serbuk ikan bilis tadi. Ikan bilis memang tumbuk lumat supaya Zahra tak tercekik. 

Siap!! Senang kan?


Hasil setelah dimasak. Lebih dari cukup untuk perut Zahra.


Aku bagi makan dengan telur dadar yang dicampur broccoli floret dan cheddar cheese. Sambal aku padankan dengan salmon grill. Gambar malas plak nak snap sebab tak semenggah.

So breakfast and lunch makan yang sama je..Since sambal banyak pulak aku rasa, so apakata kita buat menu lain plak. So aku transfrom sambal menjadi bihun goreng..tadaaa....

Sambal tambah brokoli tambah bihun...Goreng sampai masak..racik halus telur dadar tadi dan tabur. Pukul 6.30 dah dinner..bagi Zahra and abg long nya makan sekaligus. Habiss you..Zahin pun makan banyak.

So, sapa kata kalau takda garam makanan tak sedap...Anak-anak, garam itu adalah kasih sayang ai..hew hew...


Bihun/ Mihun goreng. 2 pinggan penuh just nice
untuk 2 orang ni makan habis.


pastu aku terlebih rajinn dan takmo membazir sayur, aku kiubkan pulak brokoli and daun sup. Now boleh simpan dalam freezer dalam keadaan fresh dan boleh buna bila-bila masa. Selalunya stok ni semua aku akan habiskan sekurang-kurangnya 2 minggu. 

Cara nak buat kiub boleh rujuk SINI.




Brocoli




Daun Sup




ok bai.
0 Comments

Chapter 22 || E-plate utk kenderaan di Malaysia

| Posting by: edi | 


Bismillahirrahmanirrahim,

Pagi kemarin kluaq berita tentang cadangan PDRM untuk memperkenalkan penggunaan e-plate atau dalam bahasa mudahnya Plate-E  Electonic Plate. 


Berita lanjut boleh rujuk di sini


Menurut kata KPN, Tan Sri Khalid Abu Bakar  bahawa polis merasakan inilah masanya untuk menggunakan kaedah ini keranai bilangan kecurian kenderaan skang semakin meningkat. Katanya lagi, dah byk negara menggunakan kaedah atau sistem ini bagi tujuan ini dan tak nmpak kenapa ianya tak boleh diimplementasikan di negara yang indah lagi harmoni ini?

negara yang indah lagi harmoni ini tu aku tambah.. hihi. 

W/bagaimanapun kaedah atau sistem ini dah pernah dipropose last 2006 di mana setiap kenderaan akan dapat digunakan seperti juga yg terdapat pada MyKad sistem termasuk informasi berkenaan kenderaan dan maklumat pengguna.


Sistem ini merupakan sebahagian daripada Sistem Penguatkuasaan Automatik Kerajaan (Go­­vernment’s Automated Enforcement System), yang juga akan merangkumi 700 buah kamera pengawasan baru di seluruh negara. Kamera2 ini akan dilengkapi dengan pembaca e-plate, penguatkuasaan dpt membantu mengesan pemandu yang melanggar peraturan lalu lintas seperti lampu merah dan garisan berkembar. erkk...??? nmpaknya mcm nak luaskan kuasamu johor AES... errmmmm


Katanya lagi, proposal berkenaan ini akan dilanjutkan kpd kerajaan sedikit masa lagi.


Atas kajian yg aku jalankan pagi tadi dengan byk bertanya kepada uncle Google 

kebanyakan E-plate ni akan menggunakan kaedah RFID atau Radio Frequency Identification. Menurut kajian itu ianya 99.98% tepat dan secure untuk permasalahan seperti diatas. WOW! yelaa ciptaan manusia, mana boleh 100% tepat.. mesti ada lag kat mana2..

Ianya beroperasi di dalam range frekuensi 868MHz atau 915 MHz dan pembaca kuasa yang sangat rendah yang boleh dikuasakan menggunakan bateri atau solar.


Detail anda boleh rujuk di sini dan di sini.


Apepun bg aku, aku amat alu2kan kaedah atau sistem yang boleh mencegah dari berlakunya kecurian kenderaan yang makin menjadi2 lately ni.. bukan kete2 mcm kancil atau wira je, pagi ni baru lagi member kepada member aku dah rumah kena pecah lbih kurang kol 3.30 - 3.50 pagi tadi... so kkwan diluar sana kalu dapat membantu rakan kita ni.. tiga keta skali depa larikan... 


jd sama2laa dapat kita bantu rakan kita ni. kalu ada sesapa yg nmpak.. bleh laa hubungi pihak polis atau hubungi aku...






Selaamatt...




July 01, 2013

0 Comments

Chapter 21 || Homemade : 4 days rule - Prawn/ shrimp tested & tasted good!!

| Posting by: jie || Photo by : jie |


Bismillahirrahmanirrahim,

Selalunya untuk food Zahra aku akan buat guna ikan bilis, ayam, daging, salmon, ikan merah dan tenggiri..Now since Zahra dah setahun apakata kita try udang nak Zahra?? Zahra angguk je tau...Apapun semua dia nak..

So I'm using 4 days rule here. Memang follow abihla..sebab takut jugak Zahra allegik.

Mai tengok apa aku buat untuk 4 hari nih.


Pasta Olio

  1. Rebus Pasta and set aside. 
  2. Panaskan olive oil, goreng sikit bawang putih yang didadu halus. 
  3. Angkat and set aside. 
  4. Tumis remaining bawang putih dengan bawang holland, masukkan udang yang dipotong halus jugak. 
  5. Then masukkan sayur carrot and brokoli yang aku dah stim siap-siap. Last masukkan pasta, bawang putih goreng tadi dan siap.


Aku bekalkan juga timun Jepun yang dah di steam as finger food dan sebijik apple as snack. This is how I pack Zahra's bento..hew hew




Nasi goreng udang. Resipi sama je dengan pasta olio. Finger Food aku bagi steam carrot and broccoli. Snack bagi sebijik mangga manis ooh..meletopss..



Sup Udang. Sama jugak bahan-bahan cuma air sup tu aku guna stok ayam. Siap untuk dimakan bersama pasta atau nasi. 



Nasi goreng udang balik. Makan time panas-panas memang sodap. Untuk dinner plak aku tambah je stok ayam bagi berkuah sikit. Sup pun Zahra suka jugak.

So habih la 4 days rule dengan jayanya. Nanti bolehla makan tomyam udang pasni kan Zahra. Eh

Pada parents yang rasa anak korang ada risk of allergy, kalau takmo guna 4 days rule ni boleh terus pegi juma doc untuk buat allergic test. Itu test aarrr, macam-macam korang boleh tau anak sebenarnya allergic dengan apa. But sometimes allergic boleh berubah-ubah mengikut usia.

Macam aku, just monitor and try all kind of food naturally. kalau nampak tak OK, better stop few weeks and try balik..If tak ok jugak, avoid la for longer time.

Last but not least...Zahra is enjoying her meal..BLW sajo...
ok bai.
back to top