Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 231 || My Dear Zahin Mirza ~ olahbersama® Blogger Widgets

May 23, 2017

Chapter 231 || My Dear Zahin Mirza

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,




Dah la tak menulis. Kekok rasanya. Kahkah.

Ini Zahin. Muhammad Zahin Mirza. 7 years old. Anak sulung.


Bukan. Hari ni bukan harijadi dia. Saja saya tulis sebab tiba-tiba saya rindukan dia.


Dia ada je. Sekolah. Poyo je ibu dia. Kah lagi.


Sebab arini saya scroll IG Bazli UNIC tu. Tak dapat tahan sebak tengok Syahid anak beliau. Terus teringat kat Zahin.


Dulu masa saya kerja  Zahin tinggal dengan pengasuh. Pangkat nenek dia. Dorang memang sayang Zahin. Jaga macam cucu sendiri. Bawak je kemana². Ikatan yang takkan dilupakan dan kami juga minta Zahin tak lupa semua tu. Zahin start sekolah umur 4 tahun di PASTI. Bila masuk 5 tahun kami pindah jadi Zahin pun lepas sekolah transit di rumah ustazah.


Bila saya ambil waktu petang.. Biasalah kita ibu mesti nak tanya soalan macam². Belajar apa makan apa kawan dengan siapa. Tapi Zahin jenis yang malas nak menjawab. Jadinya selama 3 tahun tu kami tak berapa tahu sangat aktiviti Zahin (dari mulut Zahin ). Maksudnya aktiviti harian lah. Kalau ada periksa atau event lain memang kami tahulah sebab ada surat kan.


Jadinya kami anggap Zahin tak suka bercerita. Walaupun kami memang nak sangat Zahin buat macam tu. Kadang-kadang kami ambil lambat so mood Zahin pun dah kelaut. Tak ceria. Apa boleh buat. Tuntutan kerja masa tu.


Tapi Zahin jens tahu apa dia nak. Contoh n makan la. Aku selalunya akan ikut selera dia. Bila balik kerja akan tanya nak makan apa. Dan selalunya masak ikut menu tu lah. Zahin tak la complicated sampai mintak macam² dan selalunya menu yang kami boleh buat lah. Cumanya kadang² jenis tak sabar nak makan. Ibunya yang stress kalut nak masak.


Ogos 2016 Zharif lahir. Terus aku nekad berhenti kerja sebab penat nak ulang alik dari rumah ke KL. Berapa jauh? 100++ km sehala. Banyak sebab sebenarnya resign tapi sebabl lain tu biarlah berlalu di angin lalu.


Sekarang ni ibulah yang hantar dan ambil Zahin sekolah. Pagi sampai petang. Siapkan semualah.


Sejak tu saya notice Zahin ni banyak bercerita. Sebenarnya Zahin ni banyak mulut. Kalau naik kereta dia memang asik bercakap. Cumanya dia jarang cerita aktiviti kat sekolah. Dululah.


Sekarang kalau ambil dari sekolah.. ibu kena bersedia dengar macam-macam cerita. Dah habis cerita pasal sekolah cerita lain pulak. Pendek kata tutup je lah radio kereta tu. Fokus kat dia. Macam-macam topik. Kadang-kadang jenuh jugak ibu nak cari jawapan.


Yes. I love talking and chit chatting with him everyday.  Zahin boleh bercerita sampai cerita waktu dia dah besar. Dah kawin dah ada anak lah. Hoi memang fikiran ke depan saja.


Masa dia 5 tahun dia dah participate pertandingan kalam jamaie sampai peringkat negeri. Masa 6 tahun pun sama. Dia dia jadi konduktor. Masa dia bagitau aku tak percaya.. Biar betul ustazah ni. Rupanya memang betul. Cumanya ibu tak sempat tengok masa 6 tahun sebab dalam pantang.


Baru-baru ni pun Zahin dipilih untuk bercerita selama 1 minit in english di perhimpunan. Cikgu tanya and he said OK. Ibu kagum sangat. Sebab Zahin berani. Bila sembang balik Zahin bagitau Zahin gementar sikit sebab ramai orang depan Zahin. Cikgu pun baik hati ambilkan gambar dan video.


Pagi tu Zahin tak praktis pun. Malam sebelumnya pun tak. Sebab dah 2 minggu tertangguh sampai Zahin pun takde mood nak praktis dah. Ibu pun rasa teacher dah lupa rupanya pagi tu Zahin kena naik pentas. Alhamdulillah he manage to remember everything. Syukur.






Alhamdulillah.

Apa yang saya dapat sekarang? Anak yang sangat suka bercerita tentang sekolah setiap kali balik. Baik sekolah pagi mahupun petang. Yang paling priceless, riak muka gembira setiap kali nampak kereta ibu tunggu di luar sekolah. Syukur.

Ini bukan cerita tentang anak saya paling hebat atau nak poyo tentang anak sendiri. Tapi ini cerita tulus dari hati untuk anak saya. Biar 1 hari nanti dia baca apa yang saya coretkan untuknya. Saya juga tak kata saya ibu yang terbaik sebab sanggup berhenti kerja untuk jadi seperti sekarang. Bukan juga mengata ibu-ibu yang bekerja tu tak baik atau menghasut anda² semua berhenti kerja dan jadi macam saya. Semua ada tujuan dan kepentingan sendiri dalam hidup. Terpulang pada anda macammana nak pilih. Yang pasti apa jua pilihan anda saya percaya ianya untuk keluarga anda. 

Sekian repekan saya di hari Selasa. Ok bai.




0 comments:

Post a Comment

back to top