Bismillahirrahmanirrahim,
Lama tak bersiaran. Lama tak update. Banyak jugak cerita
yang tertangguh. Trip Bangkok (bulan 1 ke bulan 2 entah) entahlah nak buat ke
tak. Macam banyak yang dah lupa. Trip Legoland lagi bulan 5. Yang pasti, aku
hari-hari masa tu buat trip dari rumah ke Taman Melawati. Kalau nak kira jarak
memang boleh solat jamak lah kiranya.
2 Ogos baby Zharif lahir di Hospital Slim River. Nasib tak
berapa baik Allah nak bagi rezeki kena czer. Fetal distress. Yang benarnya ibu
yang stress. Kenapa stress? Tengoklah kalau aku rajin nak bercerita. Sebab
kalau ikutkan memang takde mood nak cerita. Padahal dah siapkan fizikal dan
mental dah. Tapi kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Kita hanya merancang.
Adam Zharif bin Edi Shazril.
Berpantang 2 minggu di rumah sendiri. Mak aku pun kat sini.
Masa tu pun stress sebab tak boleh bertungku. Tengok perut buncit tension ooo.
Then bila dah balik kampong, kawasan czer pulak kena infection. Bernanah.
Stress jugak. Kira sebulan jugaklah aku mandi ala-ala je. Nasib baiklah
sepanjang ibu stress baby Zharif sangat behave. Takde colic takde meragam. Malam
pun tak pernah la berjaga. Maybe dia tau ibu dia stress.
Those were the days. Hari ke-45 balik semula ke rumah
sendiri. Oh semasa berpantang aku hantar surat resign. Tender 2 bulan. Yeah
semua terkejut. Tapi apa boleh buat.. Aku dah malas nak berulang alik 5 hari
seminggu. Buang masa atas jalan. Buang tenaga. Buang duit. Buang mood. Sebab
lain better left unsaid. Wohooo…
So 14 Oktober hari akhir bekerja..which aku tak bekerja pun.
Menghabiskan cuti tahunan yang sedang elokkkk je dengan baki hari yang perlu
bekerja selepas cuti bersalin. Syukur tak perlu masuk office tengok workload
yang menimbun. Oh before that aku ada jugak datang office untuk pulangkan apa
yang patut. Nak jumpa big boss ramai yang takde. Takde rezeki la dorang nak
jumpa aku. Wakakaka…
Ramai yang tak percaya aku resign. Well, aku sendiri pun tak
percaya aku senekad ni. Aku tak la berani mana pun tapi aku redah je. Sebab aku
percaya rezeki dari Allah. Bukan maksudnya tak buat apa-apa dan menunggu je
peti ais baru jatuh dari langit. Ok tipu.
Yang jeles pun ada. Aku rasa ni mostly idaman semua ibu-ibu
kot. Bezanya ko resign dalam keadaan bersedia atau tak. Itu yang akan pengaruhi
emosi. Macam aku.. bila rasa tak tenang aku akan tengok muka baby Zharif.
Sembang je ngan dia. Buat masa sekarang dia la bestfren aku. Hahahaha… Dah muka
dia je aku tengok 24-7. En. Edi ngan ZZ time weekdays keje & sekolah.
Now aku rasalah macammana perasaan jadi surirumah. Even
hanya tinggal dengan Zharif waktu siang, takde maknanya aku nak membuta
tengahari. Takde maknanya nak tido bila Zharif tido. Time tu lah nak
kerja. Macam biasalah rutin.. kemas
rumah, basuh baju, sidai, kutip, lipat, simpan. Hoiii banyak betul kisah baju
bajan ni. Pastu masak petang untuk makan malam. Biasa tengahari aku tak masak
atau masak yang ringkas-ringkas je untuk aku. Ringkas means yang aku takkan
masaklah untuk orang lain. Ringkas aku betul-betul ringkas.
Tapi ada masanya yang dirancang tak menjadi. Ada time Zharif
tido sekejap-sekejap pastu nak aku asiklah depan mata dia… Agak payah jugaklah
time tu semua kerja nak siap. Angkat letak dodoi angkat letak… sakit pinggang
jugak dibuatnya. Betis tapak kaki semua lenguh. Bangun pagi-pagi nak pijak pun
rasa sakit tapak kaki. Amboi baru sikit dah mengeluh ye. Bukan.. Ni nak cerita
apa yang aku rasa. Terus rasa macam... “Bolehke aku ni. Zharif baaaru 3bulan.
Larat ke kaki ni.”
Serious sakit kaki dan pinggang memang sangat-sangat terasa.
Stress. Nasib baik ada Essential Oil. Oh aku sekarang banyak guna Essential Oil
(EO) untuk family. Semestinya Young Living pilihan aku sebab Trapeutic grade.
Nanti aku cerita pasal EO ni kat entry lain. Korang kalau berminat ke atau memang
ada plan nak beli bole contact iolls k. Aku sekarang dah jadi Independent
Distributor. Kalau dah tau nak beli apa and nak register member boleh klik SINI dan tekan je CONTINUE. Nanti sistem akan bantu anda register. Pendek kata Zharif ni memang baby EO sebab dari dia lahir aku
memang dah meminyakkan dia. Dari dalam hospital lagi you.. Takpelah kita cerita
next entry lah.
Contoh Promo November. Ada lagi yang korang boleh tengok. Contoh..
Next week Sabtu aku nak refresh knowledge pegi join kelas
meroti lagi. Masih lagi dengan Cikgu yang sama. Kalu korang nak join kelas
boleh contact Cikgu Zalina & pegi terjah blog dia kat SINI.
Blogger jugak cikgu aku ni tapi blogger yang laaagi famous la dari aku. Ai ni
blogger picisan jer. Update blog pun malas ada hati nak jadi blogger.
Takpe. Blog ni rekod aku. Nak cerita apa pun boleh.
Bila-bila aku boleh baca balik. Kat FB tak syok nak bebel panjang-panjang. Ai
is malu like that. Kang ongkata syok sendiri pulak. Kalau kat blog syok sendiri
takpe. Kalau orang mengata aku pun jawab.. “kesah pulak aku”. Kahkah.. Hati
kental nih..
* Nak tanya pasal EO, boleh whatsapp akak 012-5977398.
* Nak tanya pasal kelas roti, contact Cikgu Zalina.
* Nak tanya pasal Larome.. YES masih menjual. Syukur masih ada pembeli sampai sekarang. Rezeki dari entry blog inilah yang membuatkan pembeli masih mencari saya. Siapa nak Larome Warm Serum atau Larome Clearskin whatsapp no kat atas jugak.
Nanti aku sambung balik. Tata.
0 comments:
Post a Comment