Bismillahirrahmanirrahim,
Tengok sunset kooooo... Kat Malaysia duk kat umah je lah tunggu Maghrib. Jangan harap.
Lepas makan kat restoran ahjumma, kami ke Seopjikoji. No fee, FOC.
Sedikit info berkaitan Seopjikoji:
Seopjikoji is located at the end of the eastern shore of Jeju-do Island. "Seopji" is the old name for the area, and "Koji" is Jeju dialect meaning a sudden bump on land.
Green fields without a single tree spread beyond the cliff to where a rock called “seondol” protrudes. Also there are stonewalls along the road to block the wind on the way to the lighthouse at the end of Seopjikoji. Within the stonewalls, you may find the most brilliant rapeseed flower fields every April.
Going up the metal steps of the lighthouse, you can view the whole seashore at a glance. On Koji hill, there stands a stone Bongsudae (4 m high, 9 m long and wide) that retains its original form.
Sampai sana memang dah petang. Cadang nak tengok sunset.
Mula-mula sampai nampak macam ni. Dalam hati.. Eh ape lah yang best kat sini. Biaseee je.
Angin kuat jugak. Sejuk mencengkam. Dah petang kan. Tapi semua buat macho tak pakai sweater. Nenot je tak tahan terus sarung jaket.
Yang sebenarnya sweater tertinggal dalam kete. Malas nak patah balik. Redah je lah. Tu la sebabnya tangan Zita masuk poket. Sejuk!!
The lonely rock.
"All in House". Dulu buat drama kat sini.
Rumah Api. Dari jauh nun disana...
Dah sampai ke puncak. Ramai orang kat atas ni. Semua tunggu sunset.
Posing dulu.
Tangan aku tunjuk sunset sebenarnya.
Ahjussi ni suka sembang. Tapi Ipah je la melayan. Kami senyum-senyum je. Suka dia jumpa orang Malaysia.
Ok turun pulak. Jalan lagi.
Pandangan dari atas tangga.
Belah sini dah tak ramai orang. Some more dah sunset kan. Kami je lah yang tinggal. Actual view lagi gelap sebenarnya.
One of the building. Nampak macam fine-dining restaurant. Zita dah berangan nak buat kenduri kawin Adam kat sini. Muahahaha....
Usaha Ipah nak panjat & bergambar kat sini. Layan kan aje. Omey2 je.
Tak silap ada wedding photoshoot jugak masa ni. Kami pun menempek konon-konon nak photoshoot jugak.
Panjat bukit. Turun bukit dan lalu ikut jalan tu. Konon boleh keluarlah. Gamble je. Sekali takde jalan. Merasa lah menapak jauh.
Memang jauh. Lalu ikut kawasan perumahan lagi. Lot kedai la. Sampai jalan mati. Memanjat tembok. Lalu balik tepi pantai.
Sampai kereta masing-masing dah penat. Dari petang membawak ke malam.
Oh lupa.. siang tu kami dah ke hostel. Simpan beg dulu.
Stay di sini untuk 2 malam. Kami ambil bilik untuk 4 orang. 40,000 won untuk 2 malam/ person.
sampai je hostel terus unpack. Asingkan baju kotor dan turun balik pegi cari dobi.Nenot tak sihat, so kami bertiga je lah mendobi. ON GPS, cari laundry.
Ada4 saiz. Kami amik yang 2nd besar. Sebelah tu ada 7E. Beli makanan lapik perut apa yang patut. Pastu sabun pulak tertinggal. Padahal dah pack siap-siap. Kenalah beli. Kos dobi malam tu 20,000 won all in. Sorang 5,000 won.
Sampai hostel dalam 12 lebih jugaklah. Sambil mengantuk sambil makan nasi goreng Brahim's.
Huhu... Esok punya aktiviti kita pikir lain. Habis juga entry day 4.
ok bai.
0 comments:
Post a Comment