Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah dah balik Malaysia. Exactly sampai rumah pukul 10 ++ pm macam tu la. ZZ tak ikut masa Edi amik aku sebab mertuaku ada di saneee...
Alhamdulillah juga. Sihat sepanjang berada di sana. Cuma last day tu ada batuk-batuk sket.
Mula-mula nak pergi gigih google suhu. Yelah iolls tak biasa sejuk-sejuk gitu. Sebab musim luruh katanya sejuk. Google blog lain pun katanya sejuk especially malam la...
Aku sampai sana dalam pukul 8++ pagi waktu Korea. dari KLIA2 pukul 1.10 pagi. kami pegi berempat. Lagi 3 orang ni dah pernah pegi so tak la kekok sangat. Mudah sikit la keje aku. In fact, sorang lagi si Ipah tu boleh jugak cakap Korea. Memang banyak mudah la...
Actually entry Getaway tu memang aku dah tulis lama. Tapi masa tu belum pegi lagi kan... malas nak gebang lebih. Selagi tak sampai Korea selagi tu aku takmau bising. Sebabnya macam-macam kemungkinan boleh jadi. Haha.. Psycho sangat ayat. Tapi aku memang beringat.
Tanya geng ni, depa kata macam duduk depan pintu peti ais je. So aku memang pakai jaket je. Takdelah winter coat bagai.
Sebelum pergi, kitorang just update apa yang patut bawa.. ubat, makanan and so on. Pegi 10 hari. Tapi x bawa baju banyak. Sebab nak basuh baju di Seoul.
Flight kami turun di Busan. Drive ke Suncheon. Lepas tu drive lagi ke Muan. Hantar kereta di Mokpo dan flight dari Muan ke Jeju Island. Sewa kereta jalan-jalan kat Jeju. Kemudian flight ke Gimpo (Seoul). Jalan-jalan naik subway. Kemudian naik KTX dari Seoul ke Busan. Di Busan jalan-jalan naik bas dan flight balik dari Busan ke KLIA2. Hahaha..
Tiap kali upload gambar atau video ada je yang tanya.. bila nak balik? Sebab nampak lama sangat aku di sana. I tell u. This is my first time being away from kids selama itu.
Korea macammana? Best ke?
Aku ke Korea jalan-jalan. Masa ke sana memang tinggal company phone di rumah. So memang takde siapa kacau aku even my boss. Heaven sangat rasa takde gangguan kerja. TQ Boss kerana tak ganggu hidup saya di Korea. Hahahaa.. Dasarrr sangat.
So memang aku suka. Memang aku happy. Memang aku teruja. Banyak tengok nature. Sejuk hati. sesejuk air di Korea. Kah kah..
Ok lah. Meh tempek sket few gambar. nanti aku cerita detail setelah mengumpul gambar, mengedit gambar dan juga mengumpul kekuatan. Mungkin banyak part la. Takde orang baca pun takpe, aku simpan untuk diri sendiri. wakakaka...
Meh aku jamu dengan video dulu... No caption. Just video. Pastu tak ikut sequence. Sukahati aku je..Full story akan menyusul nanti...
ok bai.
nak folo citer la..mana tahu sampai korea jgk nnt. amik feel dulu, hehe
ReplyDeletehi ajuya.. amik jangan tak amik ... :)
DeleteCN follow sini dear 141 dari segmen : http://www.cekgunorazimah.com/2015/11/giveaway-october-2015-cash-rm500-by.html
ReplyDeleteSalam perkenalan ;)
bestnye korea!!! teringin nak pergi! :D done follow u.. follow me back ye.:D
ReplyDeleteMemang best Mera. Saya doakan Mera juga kesana...
Deletedone follow sini...sejuknya suhu kat sana :)
ReplyDeletepaling win tdg kak ipah terbang2.. smpi telungkup
ReplyDeletehahaha.. terlungkup ye nenot...
DeleteBest nyer...
ReplyDeleteCannot wait nak baca detail jalan2 korea...
Memang best adianiez. Gambar pun tak boleh nak gambarkan kecantikan tempat-tempat tu...
Delete