name='keywords'/> Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V olahbersama® Blogger Widgets

September 22, 2014

2 Comments

Chapter 115 || ZZ @ strawberry park, Genting

| Posting by: jie || Photo by : jie@S4 |

Bismillahirrahmanirrahim,

Last 2 weeks kami ke Strawberry Park Genting. Actually tak sampai Genting lagi..kat area Goh Tong Jaya..sebab boring duk umah and nak bawak mak jalan-jalan. ZZ of course seronok. Asal jalan jalan je seronok.

Pagi kami gerak. Pagi dalam pukul 10.hew hew..cuaca pun ok. Ingat nak petik strawberry. Sekali strawberry pun sendu je buahnya. Taktaulah bukan musim ke ataupan dah habih tuai. Nak masuk petik pun  malas. Rasa kalau tawaf 40 kali pun basket aku belum tentu penuh.

So jalan jalan tempat yang free je lah. Dah sampai kan. Malas nak cerita lebih. Tengok gambar je lah.


Baru sampai. zahra memang pantang nampak air. Tu je la nak tuju. 

Abang Long yang asik nak kita amik gambar dia. APTB...

Zahra yang tak mau orang pegang dia..Nak jalan sendiri..Kononnn...

Lavender Farm. Aku part part pokok2 hijau merimbun ni suka la...



Tengok ...tak nampak merah pun.. Hijau je banyak. Yang kat bawah tu dah tawaf patploh kali kot baru nak petik..



Yours truly, SIL, En. Edi. 

Lavender......

Sorry. Ai is degil. Sbb comel sangatttt.....Tak tahan...

Lelaki yang menarik perhatian saye & anaknye...Muehehehe...

Tengok cendawan plak. Yang ni petang tu balik rumah buat cendawan goreng. Sedap. 


Boring sebab srawberry tak banyak, gi tengok rabbit kat Colmar jap. 

zahra yang sangat teruja dengan binatang. Selagi boleh nak duk dekat. 





Gambar Zahra pegang rabbit tak sempat amik. Tapi rabbit ni suka duduk macam tu.. Sebab tanah sejuk. Korek-korek tanah pastu lepak. Tak semua yang suka dipegang. Meronta-ronta la..lari la...Tapi manusia hazabedah ramai. Kalau aku jadi arnab pun aku tension. Bila la nak malam boleh rehat. 

Mak saye...Juga pencinta binatang.. Ai  bencinta je.  Eh. 

SIL. Baru masuk kat UPSI. So wiken boleh la culik dia kejap bawak gi mana-mana. 
baidewey, comel kan arnab tu....macam patung je..geram ahkak..

ok bai. 


September 17, 2014

5 Comments

Chapter 114 || Day13 - 14 topic @olahbersama

| Posting by: jie || Photo by : jie | 

Bismillahirrahmanirrahim,

Sebab aku fail lagi dalam pengurusan masa update blog, aku buat summary lagi.

Day 13 - 5 blog kegemaran olahbersama

Tak ikut turutan tau. Aku ikut apa yang ada dalam otak aku ja. Basically aku suka blog yang santai. Yang bila aku baca tu macam dia duk bercerita dengan aku.

1. http://kasihaleeya.blogspot.com

Kak Pilla ni kalau dalam blog penuh imaginasi. Suka cerita aktiviti harian dia. Memang selalu update blog. Kalau takde cerita pun nak update jugak, Walau takde isi, ramai follower yang suka. Sebab ada originality di situ. Wakakaka...macam juri dah kekdahnya.

2. http://neenaanuar.blogspot.com

Blog neena aku suka sebab dia suka cerita travelog dia. In detail. So at least kalau aku belum dapat pergi semua tempat tu aku dah ada info dan tau serba sedikit tentang tepat-tempat tersebut.

3. dianaishak.com

Blog ni pun dah lama folow. Bahasa dia agak suka hati dia. Tapi ramai yang suka. Takde ruang nak komen every entry unless ko fren dia dalam FB. Kalau tak dapek nak fren ko follow dia je lah. Penyampaian dia simple, Lebih kepada apa yang dia pikir je. Ikut logik dia je. 

4. maribergebang.blogspot.com

Doktor. ke bakal doktor. yang pasti ke arah kedoktoranlah sebab itu yang dia belajar. bahasa agak sedikit suka hati jugak. Ikut suka hati dia je nak tulis apa.

5. Blog resipi

Blog masak-memasak. Aku teringin nak masak ape, aku gugel je. Pastu keluarlah berderet-deret blog. Aku buka banyak-banyak, pilih la or gabungkan resipi supaya aku boleh buat. Haa..itulah yang aku paling suka. Konon-konon improvise resipi. Ada jugak yang end up tak jadi. Coontoh buat pavlova..Wakakaka..tak jadi ..Baru sekali cuba. Lambat lagi la aku nak try lagi. 


Aku senang cerita suka blog yang santai. Yang berilmiah sangat tak suka sebab aku keje je dah stress. So takmo ganggu kepala hotak dengan benda yang berat-berat. Aku nak baca gelak-gelak. Takyah pikir banyak. Straight to the point.

Part-part ilimiah / berita semasa aku serah kat En. Edi. Nanti dia yang akan cerita pada aku. Lagi senang. Tugas aku dengar dan persoalkan. Ada yang En. Edi jawab..ada yang dia malas layan..hahaha..

Lagi satu, mudah je. Kalau ko rasa tak suka dengan satu satu blog tu, mudah je. klik pangkah. takyah baca dah blog dia. Aku dulu masa takde blog agak bengang gak dengan sesetengah blogger yang tak buka ruang komen utk anonymous sebab aku takleh komen. Now sebab dah ade blog even follower secoet je, aku pun for now takkan buka. Barulah aku tau kenapa.


Day 14 - Cerita kasut saya

Yakde cerita best. 

Cuma taun ni  aku takde kasut raya. So aku pakai selipar BATA yang harga RM10 je. Yang tau mesti kata baju raya boleh beli 2-3 pasang. Kasut tak beli?

Aku ni memilih beli kasut. Memang takkan beli online la...Pastu kalau outing dengan anak-anak memang aku malas nak cari kasut. Banyak nau masalah aku..Last-last padan muka raya takde kasut. 

Baju dah glamer pakai selipar orang pi kebun sayur. APTB. 

kasut aku belah kanan. Masa ni sebok memilih nak main badminton kononnya. Last last kasut masuk gobok je...reket pun simpan. APTB lagi..


ok bai. 



0 Comments

Chapter 113 || Cabaran 30 Hari - Day 12 - 5 Wishlist Olahbersama

| Posting by: jie || Photo by : Edy & houzz.com |

Bismillahirrahmanirrahim,

1. Nak bawa mak gi haji. Kalau ikut turn aku memang lambat lagilah. wishlist ini beserta doa supaya aku dipermudahkan dan dipanggil olehNYA. Kalau tak dapat pergi Haji pergi umrah pun boleh.. Bawak mak dan ZZ sekali. Ongkos tak cukup lagi..

2. Nak panjat Gunung Kinabalu. Tak taulah boleh ke tak tapi nak tunggu anak-anak besar sikit. Bila dorang dah besar, ibu boleh plan dah. Korang takmo join pun takpe..Ibu cari geng lain..Muahahaha

3. Nak punya bisnes sendiri. Macam yang pernah diberitahu sebelum ni, nak buat online business more to bakery. Bestnya dapat buat cheesecake hari hari.

4. Nak dapat anak kembar. Yes saya tau boleh huru hara hidup kalau datang angin si kembar cranky..Tapi aku nak sangat. Doakan aku. Bila, selepas balik percutian bersama kawan-kawan ujung taun depan. haha.

5. Nak wujudkan lanskap yang best untuk rumah baru aku nanti. Hujung tahun ni baru nak pindah. Tak sabarnye.....sekarang dalm proses menggoogle, merefer, merujuk lanskap yang best-best. Konsep mudah saja. Nak yang simple, redup mata memandang, tak jemu dan mudah jaga. Now suka view dalam houzz.com. Sebab sangat simple dan cantik!! 


Source : www.houzz.com

Dah nama pun wishlist. Nampaknya no 5 paling mudah kot. No 1 tu susah gak tapi tolong doakan sama ya supaya dipermudahkan. Boleh capai semua tu kalau ada usaha. Yang paling penting kalau umur panjang. In shaa Allah.

Banyak lagi wishlist. Tapi yang lain tu mungkin melibatkan manusia. So payah nak jadi wishlist sebab kita tak tau hati orang. Biarlah wishlist itu duduk dalam hati je. Wakaka..


Mak. Yang telah susah payah lahirkan dan besarkan aku.


ok bai.




2 Comments

Chapter 112 || Giveaway Saya Nak!

| Posting by: jie || Photo by : MissFifi |

Bismillahirrahmanirrahim,

GA lagi..Takpe...makin banyak GA makin banyak peluang hadiah..Jom join..

KLIK SINI UNTUK JOIN

Senang je nak join this GA. Jom kita join sama-sama. Mana nak tau korang pun boleh jadi pemenang..

ok bai.



September 16, 2014

2 Comments

Chapter 111 || 1st GIVEAWAY RM400 ++ BY ASYA AMIN !

| Posting by: jie || Photo by : ASYA AMIN |

Bismillahirrahmanirrahim,

Segmen GA kembali..jom join..


Klik SINI untuk join

Jom join ramai-ramai. Nak tau hadiah? Yang ni aku copy paste je dari blog beliau...nak bagi semangat sikit. JOM!!!!



HADIAH? here goes,


1. RM 100 x 1
2. Dress labuh x 2 - By 7teencollection
3. Beats MP3 Player x 6
4. Gelang Mutiara x 1- By Blogger Miss Boo
5. 1 Shirt ( Short/Long sleeves) x 1


ok bai.
back to top