name='keywords'/> Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V olahbersama® Blogger Widgets

May 26, 2015

0 Comments

Chapter 157 || PickNik @ Pantai Bersih

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Rentetan dari kejadian balik kampung aritu, kami bawak anak-anak ke sini. To be exact, wan bawak cucu-cucu. Kami follow je.

bagi cucu-cucu happy. And of course, they are happy.

Date : 9 Mei 2015
Time : 5.30 pm
Venue : Pantai Bersih, Seberang Perai.

Pengunjung sangat ramai especially on weekend. nampak ok jugak temoat ni sebab ada kedai makan. Ada laut yang anak-anak boleh mandi. Tak la cantik sangat but takat nak mandi sejam tu ok jerrr...

Untuk aku, kalau suruh pilih indoor atau outdoor, aku memang pilih yang macam ni. Peluh keluar. Anak-anak happy.

Sempat la dorang basahkan baju dan seluar di tepi pantai tu. Just to 'discharge' them. Oh part discharge ni memang aku nak sangat share. Cuma tak dapat softcopy je lagi. Dapat nanti pasti aku akan share. Untuk manfaat kita semua.

















Takleh nak nak feeling-feeling. Ada je yang nak photobomb!!!


Ni masa kami kecik-kecik dulu. Kah kah kah. Kecik-kecik dah bercinte.

So, pada yang balik kampung area sini, yang lalu lalang atau yang berjalan-jalan.. Boleh la bawak anak-anak ke sini. Confirm happy punya.


ok bai. 




May 19, 2015

1 Comments

Chapter 156 || Tanam sendiri jerrr

| Posting by: jie || Photo by : jie | 

Bismillahirrahmanirrahim,

Sejak duduk rumah sendiri, semangat nak menanam pokok. Bukan pokok bunga.. Tapi pokok sayur dan ulam. suka sangat tengok daun hijau dan segar.

Tapi takde lah se GAH mana. baru je mula. Tapi sebab excited aku tunjuk la sket. Biar ZZ baca nanti ibu dia rajinnnn sangat menanam.. hew hew..
Pokok kucai. 2 kali dah tuai. tapi kali ketiga ni macam tak berapa subur macam ni plak.



haa.. cer teka.. cer teka..
Ni pokok cekur. Kalau orang jawa panggil kencur.
ni En. Edi suka. So tanamlah.

Bendanya macam kunyit. So bila dah bertunas dan tumbuh ni bukan main iolls excited.
Lompat bintang !!


Tengok.. Dah membesar pokok cekur ittew.
Pastu cucuk plak ulam raja kat tepi tu. Dah mengganggu tumbesaran cekur. Sian dia sempit.

So iolls dah separate kan pasu untuk dorang. Dapatlah ruang yang selesa..

Tapi pokok cekur yang kanan tu macam nak menguning je. 
Eh awak tu cekur tau. Bukan padi nak menguning-menguning. Cepat hijau balik !!!


Aku share dekat IG. Hasilnya?? Pokok daun bawang dan daun sup mati. nehi nehi tumbuh. Takpe.. Nanti aku tanam lagi.. Tinggallah daun pudina ni .. Mula-mula macam hidup segan mati tak mahu jugak.

Aku hampir-hampir give up. Nasib baik MIL aku cakap daun pudina ni memang lambat sket. kalau tak memang aku campak dah. 


Ni kira dah ok la sket. Kalau tak lagi teruk. iolls tension tengok u pudina..

Pagi tadi punya gambaq. Waaa.... dalam hati ada pudina. :)

Tak lupa juga pada pokok kunyit. Pokok masa kecik-kecik mak bagi. Balik sini tanam je lah. So far daun dah banyak kali ambik. Kunyit belum lagi. Ai is seram nak korek. takut tak berisi sangat. nanti iolls juga yang tension lagi. So biarlah dulu.

Nak tunggu bunga kunyit. Sedapnya buat ulam!! Nak tengok bunga kunyit???

Bukan bunga kunyitku. Sumber dari SINI.

Haa... tolonglah berbunga. Ku tunggu MU bunga!!


Ada la lagi yang tanam. Pokok serai dan daun kari. Oh tak lupa juga pokok cili yang diambil dari taska Zahra. Nasib cikgu baik. Cikgu tu suruh ambik banyak pokok tapi aku kata 
"biarlah kat situ cikgu. Budak-budak  yang tanam. Tapi nanti dah bercili boleh panggil saya kutip." Haha

Happy Tuesday Everyone.


P/S: Esok dah plan cuti. Konon-konon nak test drive IRIZ. Tapi mimpi di siang hari jugek. Staff proton pun ramai yang tak dapat naik. Nak kena ni BOSS boss depa tu. Orang dah bagi schedule depa main tukaq tukaq sama depa ja. Iolls pun nak naik jugak. 


ok bai. 



May 12, 2015

0 Comments

Chapter 155 || 6 Mei 2015

| Posting by: jie || Photo by : jie | 

Bismillahirrahmanirrahim,

Kami cuti. Walaupun tinggal di Selangor (pinggir je pun) tapi kami kerja di Perak. Terima kasih Sultan Perak. 

Pagi-pagi bangun macam biasa. Hantar Zahin sekolah sebab dia sekolah Selangor. Breakfast kat kedai dan ambil motor kat opis. En. Edi dan Zahra pun naik la motor while yours truly escort kat belakang.



Happy ja muka dapat naik motor. 



saja follow kat belakang. Bukannya apa. Takut gak kang Zahra tetiba nak turun takmo naik motor ke.. naya.. Sebab Zahra sebenarnya tak suka pakai helmet tu....

Sampai tengah jalan nampak OK.. Iolls pecut. Sebab nak amik gambo depa sampai rumah. Gigih di situ. 

Yeay. Sampai dah....


Pagi lagi.. so jom kita posing dulu. 




Sementara tunggu pukul 10 nak keluar. layan Upin Ipi dulu. Ada kerusi diterbalikkan . last-last atas laci juga duduknya. 


Kami ke JAKEL KL aritu. Banyak nyaaa kain. Rambang mata. Iolls cari kain nak buat shawl sambil tinjau keadaan. Ingat nak bawak mak nanti. Tapi taktau bila..hahaha

End up beli kain chiffon printed 2 corak. pastu beli chiffon nak buat baju plak. First time iolls beli baju nak tempah. Rasa macam awal sangat plakk. Rupanyaaaa....

Ahkak yang lambat. nak tempah semua dah tak amik order. Padan muka.huhu...

balik tu singgah Tang Ling makan ikan bakar. Pastu balik. Singgah Tol Bukit Beruntung nak solat. Tetiba dapat misscall. Mak call berkali-kali. Mak pulak kalau ikut plan haritu nak ke Kulim. Berdebar la oit. Sebab weekend sebelumnya kami dah balik Kulim. Lawat makcik di hospital.

Bila call, mak bagitau mak jang dah meninggal. Trus rush balik rumah packing. 6.30 petang dah gerak balik ke BM. 

Jenazah kebumi esoknya pukul 11 pagi. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Moga roh mak jang ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

Kami balik Rabu petang. Kami stay sampai Ahad pagi. So lama jugak lah kali ni di kampung. nak jadi rezeki, En. Edi pun dapat balik mengundi Khamis tu.

Sabtu tu kami ke Pantai Bersih main giant bubble & ayang-layang. Best jugak dapat happykan anak-anak. Siap main kat tepi pantai lagi. Gambar-gambar nanti letak dalam entry lain. 

Tata.

ok bai. 




May 05, 2015

0 Comments

Chapter 154 || How Old do I look & PROMOSI LAROME !!

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

UNTUK PRODUK LAROME/ HARGA DAN PROMOSI SILA KLIK SINI

Baru je jumpa apps ni. Suka-suka. No hard feeling...Sapa nak test boleh ke how-old.net

Tujuan entry ni nak tunjuk umur sendiri je. Umur orang lain dorang boleh buat sendiri. Muahahaha...
2012. Jamuan Raya. Still working with Pos Malaysia Berhad. 

2012. Last day at Pos Malaysia Berhad. Imma 19 baru ko?? 19 tahun dah jadi eksekutif PMB?? 

2012. Masa ni dah kerja Tanjung Malim. Omey2 yaya. 

Raya 2013. Perlis. 



2014. Reunion geng rumah Skudai. 

2014. Same day dengan gambar atas. Lagi sorang dah balik. 

May 2014. Phuket. 

Raya 2014. Sungai Siput. Intan, iolls tua 2 tahun je. Joi, kamu jadi abang. 

Mak aku 37 ??? Memakai ni...

Mak aku bersalinkan aku masa umur dia 30 tahun. 

Aku nampak tua atau mak aku memakai lagi ni??

Best fwen. In reality, memang takleh lawan tahap lawa dia. Nasib baik ada app ni. Boleh nampak muda dari dia..Muahaha

2014. Nampak tua sket. Tapi apedehal ... Saya baru 29. 

2014. Gambar ni paling win!! 
Baru form 5 dah gi kelas melarome !! 17 tahun tu...

2014. Selpiaq dengan ZZ.

2014. Gambar promo LCS. Eh LCS ada promosi nih.. Meh tengok gambo bawah. 


OK. Sapa-sapa nak join promosi ni sila CALL/ PM/ WHATSAPP no tu. JIMAT BANYAK TAU !!!! Sedia melayan anda. ;)

ok bai. 



back to top