name='keywords'/> Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V olahbersama® Blogger Widgets

March 11, 2015

4 Comments

Giveaway Cash RM500 2015 by Emas Putih

| Posting by: jie || Photo by : Emas Putih |

Bismillahirrahmanirrahim,
As-Salam
[Sila Klik Banner Diatas If Nak Join]

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang
Hadiah Misteri Exclusively by Azanis x 3 Pemenang

Mula : 10 Mac 2015 | Tamat :24 Mac 2015






3 Comments

RedBellas - Segmen Keep Calm & Follow Me




| Posting by: jie || Photo by : REDBELLAS |

Bismillahirrahmanirrahim,

Jom  sama-sama join GA ni. Mudah je. Sap sap soi je. Hai Redbellas!!!


KLIK BANNER UNTUK JOIN.


Hadiah-hadiahnya:

Cenderamata daripada IKEA

Giveaway bermula hari ini sehingga 31 March 2015!!!


March 03, 2015

2 Comments

Chapter 140 || Batuk. Natural Treatment

| Posting by: jie || Photo by : jie | 

Bismillahirrahmanirrahim,

Batuk. Sakit tekak. Selsema. Semua cukup.

Hari tu ada update kat FB & IG pasal Chia Seed. Dah ada yang tanya khasiat la testimonial la. Pada yang tak tau, chia seed ni salah satu supplement jugak. Banyak sangat khasiat.

Macammana rupa chia seed? Macam selasih. Kecil sket. cantik sket dari selasih. Tapi tak bagi apa-apa rasa bila masuk dalam makanan atau minuman. Buat masa ni aku guna chia seed ni untuk buat overnight oats, smoothie, roti, masuk dalam air minuman..

Bila masuk dalam air, orang jarang tanya sangat.. sebab macam selasih kan... 

Cuma macam ubat dan supplement yang lain juga, jangan overdose. Ambillah sesudu sehari. Agak-agak.

Batuk dan selsema dah lama dah. Tapi lately ni rasa makin teruk. Memang tak makan apa-apa ubat. Bukan takut. Tapi aku malas nak gi klinik.

Ahad lepas suruh En. Edi belikan madu. 

"Bang, belikan madu".

En. Edi balik dengan madu asli dan biji habbatussauda. Dia suruh minum madu dan makan biji habbatussauda tu. Malam tu amik air suam, campurkan madu, titiskan minyak habbatussauda, perah lemon. Minum. Habbatussauda ni rasa dia lagi tak sedap dari ubat. Eh, aku ok je ngan rasa dia..Yang tak tahan bau dia. Cuma yang tak sedap tu lah ubatnya. 

Kesimpulannya biji habbatusauda tu aku tak makan lagi. Guna minyak je. Yang tu memang dah ada kat rumah. Aku suka campur dalam masakan especially untuk anak-anak. Tapi tak leh letak banyak sebab nanti dia akan POTONG rasa makanan.



2 hari dah pegi keje aku bawa air suam + madu + hirisan lemon + chia seed sesudu. Malam tadi sebelum tido pun telan madu. Zahra pun aku bagi gak. 

Pagi tadi bangun peritnya tekak. Eh apsal makin sakit ni. Kering gila.. Sekali nak mandi duk asik batuk.. Haa kau... keluar kahak kuning-kuning. 

So bolehlah teruskan cara ni. Jangan kata aku tak percaya ubat ke apa. Aku just nak try natural remedy.




Ada satu lagi cara .. Ni aku google je.Hiris lemon dan halia, masukkan madu. Simpan dalam peti ais. Madu akan jadi likat dan kenyal macam jelly. Nak guna boleh ambil sesudu campur air suam dan minum. Boleh tahan 2-3 bulan. OK balik ni nak buat.


Selingan.


Ini budak makan brokoli. 
" Sedapnya ibu..."    
" Apsal sedap sangat ni ibu"

Nak ambil hati ibu pun berpada lah Zahin. Brokoli rebus je pun.  T__T

Ini budak dah ok dah. Bangun pagi mandi pun dah ok. Pakai baju pun happy. Kurang dah drama. Alhamdulillah. 3 tahun dah gi sekolah.

Aku suka taska UPSI ni. Modul dan pembelajaran yang memang sesuai untuk anak-anak. Bukan setakat jaga bagi makan minum tidur je. Nanti aku share kat sini. Zaman kita dulu takde benda-benda ni weii.. Jeles kat anak sendiri.

ok bai. 

March 02, 2015

2 Comments

Chapter 139 || New Update

| Posting by: jie || Photo by : jie | 

Bismillahirrahmanirrahim,

Lama dah tak bercerita.

Besday Zahin 21/2/15 yang lepas. Genap 5 tahun. Alhamdulillah. dah besar anak ibu. bawak berkelah ke Batu Feringghi. dah tertunai. Nak belikan hadiah LEGO. Dah dapat. Opah nak hadiahkan basikal baru. Dah beli juga.


Besday Ayah ZZ. 1/3/2015. Sekali baru buat kek. Yang lain kek beli je. 3 kali juga ayah dah tiup lilin. Hahaha..
Moga diberikan kesihatan yang baik..umur yang panjang dan imam yang terbaik buat kami.


Sempena besday ayah ZZ masakkan ketam bercili. Besday boy masak ko. Gigih masak padahal lepas tu nak gi umah member kenduri. Adik sendiri yang allergic ketam pun nak makan sebab air tagan abangnya. Mak mertua pun kagum. Rajin anak aku ni. Muahahaha

Full details akan diceritakan kemudian. In sya Allah. 


Throw back 2013. 32 years. 



ok bai. 

February 11, 2015

4 Comments

Chapter 138 || Coretan untuk Zahra

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Zahra.
Kehadiranmu ibu tak jangka.
Tapi buat ibu rasa bersyukur.

Walau proses melahirkanmu cukup menyakitkan ibu.
Bukan salahmu
Semuanya keputusan IBU.

Sejak dari dalam rahim lagi
Ibu dah berazam dan berjanji
Pada diri sendiri
Akan memberi
Susu ibu sendiri..

Bila melihatmu,
sungguh..
IBU cukup terharu.
Besarnya kuasa Ilahi,
Membuatkan semuanya terjadi.
Kun fayakun.

Waktu itu ilmu pun tak banyak lagi
Semua ilmu tu ibu gali
Semasa dalam pantang lagi
Alhamdulillah dipermudahkan.

Cabaran?
Memang ada. Banyak sangatt...
Dari family sendiri. Dari sekeliling. Dari situasi.
Tapi
Ibu rasa happy
Ibu terus jalan tanpa menoleh lagi

8 BULAN.
Zahra hanya minum susu ibu.
Ibu selitkan makanan pejal selepas tu
Alhamdulillah atas rezeki...

Tiap hari. Ibu bangun pagi
Tanpa rasa beban lagi
Siapkan makanan untukmu
Sambil tu cari ilmu lagi
Nak jadi ibu sejati

Alhamdulillah.
Setahun 8 bulan.
Zahra full consume SUSU IBU.
Lepas tu, ibu kalah.

Tak apalah.
Lepas tu Zahra mula kenal susu formula.
Ibu pun bagi susu waktu malam saja.
Dan weekend terutamanya.

Sehingga semalam. Umurmu 2 tahun 8 bulan ++,
Apa yang terjadi sebelum tidur biarlah hanya menjadi cerita di bibir saja.
Ibu tak mampu nak coretkan semuanya.
Kerna hati ibu terluka.
Terluka dengan tindakan sendiri.

Maafkan ibu sayang. Tak sangka hatimu cukup halus.
Maafkan ibu.
Ibu tak sanggup lihat tangisanmu.



*Sesungguhnya proses wean off itu sangat sakit. Sakit macammana?
Aku yang tak pandai bermadah-madah ni pun dah keluar ayat-ayat pujangga.
Panjang gila.
Nampak tak penangannya??

Ok bai. Mode sedih. Huhu.







back to top