name='keywords'/> Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V olahbersama® Blogger Widgets

September 15, 2014

2 Comments

Chapter 109 || Cabaran 30 Hari - Day 11 - Kenangan lucu zaman kanak-kanak @olahbersama

| Posting by: jie || Photo by : Edy |

Bismillahirrahmanirrahim,

Kalau takde cabaran ni jangan harap la entri macam ni nak keluar. Aku rasa apa saja yang terjadi zaman kanak-kanak semua lucu. Untuk sesiapa saja. sebab kita tak payah fikirkan masalah hidup.

Tapi kali ni nak cerita tentang kenangan zaman tadika je. Kenangan lain nak simpan dalam hati dulu.

#1.

Lorong rumah aku tu ada 3 orang yang sebaya aku. 2 lelaki 1 pompuan..dan akulah pompuan melayu terakhir ittew. Si A, si B dan aku si M. B ada basikal. Basikal ada carrier. So kami bertiga akan bersama-sama pergi dan balik ke kelas tadika yang lokasinya di seberang padang bola. umah kitorang ni mengadap padang bola..Sebab basikal si B ada carrier dan 2 orang je boleh naik at 1 time, makanya A dan M ni hari-hari berebut-rebut nak tumpang. Selalunya A yang memang sebab dia laki..Huh...Tension makk...

M akan rasa bahagia bila A cuti or takmo gi sekolah..Haha..Masa tu takyah berebut naik basikal.


# 2

Satu hari di pagi hari, kami ke sekolah macam biasa. pagi tu dalam pukul 8 kot. Aku pun dah tak ingat waktu tadika pukul berapa. Sampai sekolah haritu kabus tebal.

Si A tetiba menangis. Sekuat-kuat hati. Eh apehal hang nih? Rupanya dia menangis sebab rumah dia hilang. Kabus tebal sangat, So dia tak nampak rumah dia...Muahahaha...


# 3

Satu hari jugak. Dekat simpang nak masuk rumah tu ada batu besar. Masa umur 6 tahun rasa batu tu besar la. Budak budak duk gossip kata itu batu nisan. Takuttnye..Siap buat gaya....

Pastu A dan B komplot nak kenakan aku. Pas habis kelas, depa 2 orang lari tinggalkan aku. Aku nangis. Sampai hati depa memperlakukan aku sebegitu rupa. 

Mau tak mau terpakse jalan kaki balik sorang. Tetiba mak lalu, so ai is happy balik jalan kaki dengan mak. Sampai tempat tu tunjuk batu tu kat mak. Mak gelak je kata tu bukan batu nisan. Bila aku cerita baik kat si A da B, depa kata memang dah tau cuma saja nak takutkan aku...

Begitulah hidup aku. sering dibuli... Well, kenangan itu indah sekali. 

Tapi B telahpun meninggalkan kami selama-lamanya pada 2003. Masa tu aku kat UTM. Bergegas balik tapi tak sempat tengok jenazah. Now tinggallah aku dan si A saja. A pun dah ada anak 2. sepasang macam aku. 

** Tak sangka dah 11 tahun arwah pergi. B, aku doakan moga kau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.



Gigih aku edit gambo ni. Sebab frenship kami special. Walaupun depa lelaki, depa la kawan2 baik aku lepas family aku.. Mind the 2 models there.. hehe


Ok bai.







September 12, 2014

12 Comments

Chapter 108 || SEGMEN BEN ASHAARI : AKU , SEORANG BLOGGER !

| Posting by: jie || Photo by : Ben Ashaari

Bismillahirrahmanirrahim,



Klik SINI untuk join

Haa..Besar lagi aku up gambar ni..Tetiba rasa nak join. Sebab soalan yang membuatkan aku berfikir and at the same time tak stress...


Terangkan secara ringkas peranan anda sebagai seorang blogger kepada orang sekeliling anda , masyarakat dan negara .. Apakah isu yang ingin tekankan terutama sekarang ini !

- Sampaikan info di dalam pengetahuan kita supaya ianya boleh menjadi ilmu baru kepada pembaca. Tak kiralah promosi best ke.. ada jualan murah ke..ada produk baru ke.. eh macam ke arah perabih duit shopping je..Takpe pompuan memang suka shopping..

- Share resipi. Selalunya aku share resipi untuk family. Means kecik besar boleh makan. Resipi yang share tu jugak adalah yang sering dimasak dan diterima oleh tekak ahli keluarga. Tak sedap tak up lah. Malu mak. Resipi juga adalah untuk yang nak cepat, kurang rajin, kurang masa. Janji sedap, sihat, selamat.

- Share aktiviti dengan family. Selalunya kemana kami bawa anak-anak. Dalam Malaysia je pun. So pada mak bapak yang taktau nak bawak anak-anak pegi mana bolehlah refer. Tempat yang kami pergi tu pun tak la tinggi kosnya. Yang biasa-biasa saja. Janji bermanfaat. Berkelah, pegi zoo, tengok binatang. 

- Share tempat makan best. Oh yang ni patut sangat dikongsi. Sebab aku pun suka baca kalau blogger lain buat review pasal tempat makan best. Semua orang akan baca punya. Sebab orang Malaysia sendiri bila pegi mana-mana luar dari kawasan yang dia selalu pegi, dia akan cari tempat makan best. Macam aku, memang google je then akan keluarla pelbagai link blog. Best.


Jika anda mampu dapat pendapatan dari blog sehingga ribuan ringgit , apakah anda akan berhenti bekerja dan menjadi blogger sepenuh masa. Apakah bisnis yang akan anda lakukan sebagai Backup Plan masa depan ?

- Of course. Sebab lebih banyak masa di rumah. Dapat besarkan sendiri anak-anak. Oh my..jauh lagi tu.. Tapi saya nak !!

- Tetapi sebagai back up plan saya ingin buat perniagaan dari rumah. Secara online. Buat masa sekarang saya dah berjinak-jinak dengan L'arome. Sebab saya suka produk ni. Serasi sangat.. Saya suka saya suka...!!

- Impian saya, saya nak buat bisnes masak-masak. saya suka meroti. Jadi saya akan buat bisnes pelbagai jenis roti, cheesecake dan juga frozen food. Sebab saya suka. Doakan ya kawan kawan..ini serious. Saya nak buat!!!


Ceritakan sedikit mengenai harapan anda sebagai seorang blogger terhadap dunia blog ini ?

- Dunia blogger sekarang dah semakin berkembang. Campur aku lagi..blogger yang baru sehari dua naik ni..Haha..

- Harap-harap apa yang aku sampaikan dalam penulisan aku menjadi sesuatu yang positif buat diri korang. Jika ada apa-apa entry atau post yang nampak macam ujub, percayalah sememangnya tiada niat sebegitu. Apa yang dikongsi oleh aku dan kawan-kawan semua saya percaya itu adalah yang tulus dari hati dan keinginan untuk berekspressi. Lemparkan komen yang positif kerana itulah diri kita. 

- Aku sangat suka baca blog. Cuma dulu memang tak suka komen. Now dah nampak kepentingan bila Abg Ben bagi tips. Ok akan dipraktikkan nanti. TQ uolls..



ok bai.  







September 10, 2014

14 Comments

Chapter 107 || Cabaran 30 Hari - Day 10 - Apa ada dalam handbag saya @olahbersama

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Wow..tak sangka ai berjaya ..dah 1/3. walaupun ada entri yang dikumpulkan. Muahahaha...

Ni soalan mudah.

1. Purse.
2. Handphone
3. Pen
4. Pampers anak.
5. Basic make-up.
6. power bank.

Aku taktau nak elaborate entry ni macammmana sebab aku bukan pengumpul handbag. Lagipun dah lama aku jadikan diaper bag anak aku as my handbag.

Sebab aku boring dan aku taknak korang pun boring, meh aku selit sikit apa yang aku suka masuk dalam perut aku..Arini kita rojak sekali. Aku nak bagi satu resipi. Aglio Olio Spagetti versi aku. Muahahaha.. Tekak family ZZ sedap. Tekak ko? Aku pun tak tau.

Aku suka makan menu ni. Dulu-dulu asik la beli kat pizza hut. Sebab taktau buat. Pastu lama-lama rasa nak blajar sendiri. Sebab nak taruk rencah banyak-banyak. Aku pun tak taulah website or blog mana yang aku dah belajar. Sebab menu ni dah lama dah aku duk buat.

En. Edi suka menu ni as breakfast. Curlass ko pagi-pagi  dah melantak spagetti. Jom aku tunjuk macammana aku buat.

Bahan-bahan (ikut gambar ya sayang-sayang sekalian)

- Bawang putih didadu kecik-kecik2. Kalau malas chop dengan kejam / gunakan food processor. Goreng. kena jaga api sebab bawang putih cepat masak dan mudah hangus. Kalau hangus tak sedap.

- Spagetti. Aku suka guna angel hair sebab nampak halus sket. Kalau spagetti dia jadi gemok. Rebus. Dah masak (al dente), angkat. Toskan dalam air sejuk. lepas tu gaulkan dengan minyak zaitun. Barulah shining spagetti dan tak melekat.

- Brokoli. Rebus dan toskan. Toskan dalam air sejuk.

- Sorry yang ni tak sempat nak amik satu satu. dah lebur dalam kuali baru sempat amik gambar. Bawang besar didadu, cili kering dipotong serong (potong ikut suka), cendawan shitake, dan seafood kesukaan. Macam ni aku letak sotong dan sosej. Biasa resipi ni orang letak udang tapi nak letak ayam pun boleh.

Panaskan olive oil. Masukkan  bawang, cili kering. 
masukkan cendawan shitake.
Masukkan seafood dan serbuk lada hitam.

Masukkan spagetti. Gaul bagi mesra.
Masukkan garam dan perasa. Pak Aji aku tak letak.

Last baru masukkan brokoli dan bawang putih goreng. Gaul seminit je dan siapp...

Senang kan?? Sebab family aku suka aku dah malas nak improvise resipi ni. Dah ok di tekak weolls...
Ni aku goreng pagi-pagi sebab En. Edi nak bawak gi opis ada 'portluck'. 

Close up sikit.

Lepas ni uolls pun boleh feeling western makan spagetti pagi-pagi. FYI, En. Edi pun jarang makan spagetti sebelum ni. Tapi sekarang dah pandai berkat ajaran iolls. Haha...

Meh nak bagi tips sket.

1. Lepas angkat spagetti panas-panas jangan biar macam tu je. Nanti dia melekat. Tak cantik. Rendamkan dalam air sejuk. Tos lepas tu lumur dengan olive oil.

2. Kalau guna sotong, rebus asing dulu. So tak la keluar banyak air masa tumis nanti. Kalau udang, ayam / sosej/ balls takpe.

3. Bawang goreng tu penyedap rasa. Nak letak masa dah angkat pun boleh. Lagi rangup dan sedap.

4. Cendawan shitake tu beli yang kering punya. So amibil sikit dan rendam air panas bila nak masak. nak lagi cepat cari je yang dah siap-siap hiris. Tak payah potong bagai. Kat giant/ tesco cari je kat tempat herbs,

5. Sayur pun letak je apa-apa. tapi kalau ko tambah sawi mungki dah tak jadi oglio olio. Dia akan jadi ala-ala Spagetti Singapore plak. Hahah..Boleh guna brokoli, bunga kobis, carrot. But moi all time favourite haruslah brokoli.

6. Portion agak sendiri. kalau nak pedas lebihkan cili kering & lada hitam. Atau taburkan cili flakes masa nak makan tu. Macam En Edi suka makan dengan sos. Ai is don't like. 

tu je. ok bai. 





September 09, 2014

6 Comments

Chapter 106 || Cabaran 30 Hari - Day 9 - 5 lelaki yang menarik perhatian saya @olahbersama

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Bila menarik perhatian means mereka adalah kesayangan  saya.

1. Arwah ayah saya. How I miss him. Al Fatihah.
2. Bapa kepada anak-anak saya.
3. Anak kepada no. 2
3. Adik ipar no. 2.
4. Bapa dan adik no. 2.

Semuanya ada dalam ranking yang sama. Tak boleh aku nak bezakan.

No. 2 dan anaknya. 


ok bai.


September 08, 2014

0 Comments

Chapter 105 || Cabaran 30 Hari - Day 8 - Summary topik day 4-8 @olahbersama

| Posting by: jie || Video by : AKIM |

Bismillahirrahmanirrahim,

Tak agak-agak kan. Malas plak nak buat semua tu setiap entry. Sebab lambat macam mak nenek dah haku nie.

ok.

Day 4 - Buku Kegemaran Saya

Aku dah jarang baca buku sekarang ni. Haha. Dulu masa kat U suka baca novel Sidney Sheldon. paling aku suka 'tell me your dreams'. Sebab dia ada split personality. Macammana pesakit tu tak tau dia ada split personality. sampai masuk court. Dan di court jugaklah dorang hilangkan the other personality. Menarik.

Pastu suka baca buku motivasi dari Andrew Matthew. Best gila. Senang paham. Senang praktis.

Sekarang masih lagi membaca. Tapi payah beno nak khatam. Huhu


Day 5 - 3 perkara yang ingin dikatakan kepada bekas kekasih.
1. Apa khabar?
2. Keje mana?
3. Nak beli L'arome? Puiiii..hahaha (tak kelakar)


Day 6 - Apa yang anda makan hari ini.

Pagi ni nak makan mee goreng tapi tak sempat sebab meeting pukul 9.

Lepas meeting ada refreshment. Mkan mee bakso. bakso n kuah sedap tapi mee rasa kapur. nak mintak bakso lagi tapi malu..Hua hua...

nak makan nasi takde mood. Jalan-jalan cafe beli pedal ayam seketul, hati ayam seketul. Pastu 2 cucur udang. Tu je buat masa ni.

Malam ni ada pasar malam kat Antara Gapi. Nak beli kebab sedap gilerlah.


Day 7 - Sejauh mana pendidikan itu penting bagi anda.

Penting sebab itu tuntutan ISLAM.

Penting untuk buktikan aku anak yang berguna pada mak. Sebab arwah ayah dah meninggal masa aku 8 tahun.

Penting untuk aku dapatkan kerja dengan gaji yang berpatutan dengan kelulusan aku. Pengalaman juga penting tapi ilmu comes first.

Penting untuk aku lahirkan anak-anak yang bijak. Ada teori kata, jangan cari isteri lawa semata-mata tapi carilah yang genius sebab gen genius anak akan turun dari mak. Hah kau.

Penting untuk aku jadi contoh kepada anak-anak aku. Dunia sekarang di hujung jari. So pendidikan yang aku dah dapat tu memang perlu untuk aku berdepan dengan mereka yang semakin bijak.

Penting supaya aku dapat mengawal emosi dan nafsu dalam apa jua keadaan. Muahaha...


Day 8 - 5 lagu cinta kegemaran anda.

Payah sket nak jawab. Aku jawab lagu yang aku suka je la...Sometimes tak layan pun lirik sebab aku pentingkan melodi lebih dari lirik.tapi kalau lirik tak boleh blah tu, x koser mak.
1. Akim & the gang - Mewangi
2. Siti Nurhaliza - Wanita
3. Ezzat - Sungai Lui
4. A song for mama. tak ingat sapa nyanyi. Boys to men kot.
5. Muse - Unintended

Hah ..settle jugak akhirnya.

Nah aku bagi hadiah lagu ni. Err untuk aku dengar sebenarnya. Ye inilah lagu yang paling aku suka sekarang.


ok bai.









back to top