name='keywords'/> Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V olahbersama® Blogger Widgets

August 12, 2014

1 Comments

Chapter 91 || Segar bersama Fresh Care dan Safe Care Giveaway by EJulz



| Posting by: jie || Photo by : Ejulz

Bismillahirrahmanirrahim,

Sapa nak join GA. boleh sama join kat SINI..





Saya tag:






PEMENANG BERTUAH AKAN MENDAPAT :

- 1 DOZEN MINYAK ANGIN AROMATERAPI SAFE CARE BERNILAI RM85

- 1 DOZEN MINYAK ANGIN AROMATERAPI FRESH CARE BERNILAI RM 65


GA TAMAT PADA 31 OGOS 2014

Selamat mencuba!!!

ok bai.



0 Comments

Chapter 90 || Homemade playdough

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Kecik-kecik dulu start kenal playdough masa tadika. 6 tahun. Eh masa tu tak tau sebut playdough. Sebut tanah liat. Ai duk kampung..

Personal opinion, main playdough ni best sebenarnya. cuma aku tak suka lepas main lama-lama tangan macam jadi tak best. Bau dia pun aku tak suka. Ni aku cerita playdough zaman aku dulu. Zaman sekarang aku tak tau. Sebab tak pernah cuba. Mungkin dah improvise a lot.

Dah lama tengok mommies buat homemade playdough untuk anak-anak. Dah lama gak aku beli cream of tar tar kononnya nak buat untuk ZZ. Tapi lupa + malas ..Sebab tak pernah buat dan rasa macam leceh. Ko uli tepung pastu bagi budak-budak main. Like eh tepung ni untuk makan tau..bukan untuk main.

Satu hari Zahin main dalam bilik..Diam je. Aku pun tak tau apa dia man. Kena cek takut ada benda yang dia main (sepahkan) silap-silap aku yang naik hangin nanti. Tengok-tengok dia tengah main cotton ball aku. Duk carik carik. Dia kata "Zahin main tanah liat". Oh my... nak nangis tengok anak sendiri. Tak taulah dia perli aku ke or dia tak kenal tanah liat. So kena proactive ni..

Gigih google resipi nak tau apa kaedah paling senang. Haha..nak yang senang je. Resipi ramai yang pakai tepung serbaguna. Tapi sebab aku ada tepung gandum je so belasah je lah. Boleh eksperimen sekali tengok berapa lama nak tahan.

Nak resipi? Sorry ai is lupa amik dari blog mana. printscreen je ...Satu lagi sebab lama dah aktiviti ni..Baru terhegeh-hegeh nak blog about t. Better late than never orang kata...muahaha

Tepung tu aku guna tepung gandum je...Dah tu je yang ada kat rumah...


So far ZZ suka..sangat suka. Tapi sekejap je la ada 3 kaler tu..Few hours later ko bayangkan je la 3 kaler tu bergabung, meletop..hahaha...

Hasil tangan ayah ZZ. Aku tak seseni ni. Elephant & snake. ZZ suka sangat.


Tu je lah cerita aku. Dah tak tau nak sambung apa. Park sini reipi..Lain kali nak buat lagi senang nak refer. 

Ok bai.





June 30, 2014

16 Comments

Chapter 89 || Tips pemakanan dan berjimat di bulan Ramadhan

| Posting by: jie || Photo by : jie & Google |

Bismillahirrahmanirrahim,

Saja buat entry ni untuk ingatan diri sendiri dan sesiapa juga yang ingin ambil ilmu di sini. A friendly reminder, tips ini adalah lebih kepada ibu-ibu yang bekerja dan kurang masa nak masak untuk family tapi still nak serve homemade food. Untuk aku, honestly memang tak sempat. Kami sampai rumah pukul 7 waktu bukan bulan puasa. Bulan puasa mungkin boleh awal sikit. Paling awal pun mungkin 6.30 pm. Sampai rumah kena layan anak lagi so memang tak sempat nak spent masa lama di dapur. En. Edi plak memang jenis suka makan lauk yang dimasak, bukan yang dibeli. Jadi ini adalah cara yang praktikal untuk aku buat masa ini.

Pada SAHM/ WAHM pun boleh apply. So banyak masa waktu puasa boleh tumpu pada ibadah, anak-anak dan other house chores. Tapi kalau cukup masa untuk masak untuk family, lagi bagus. Banyak pahalanya.

1. Memasak Lauk
Rancang apa yang ingin dimasak untuk bersahur dan berbuka. Paling kurang pun perancangan 1 hari kehadapan. Contohnya nak makan nasi putih dan kari ikan bawal.

Sediakan dan masak kari pada malam sebelumnya selepas berbuka. Bila dah masak, sejukkan dan simpan di dalam peti ais (cooler). Kalau masak banyak, asingkan supaya satu bekas boleh dihabiskan dalam satu-satu masa sahaja. Maknanya satu boleh simpan kat cooler dan bakinya simpan di dalam freezer. Yang kat cooler tu, esok bila sampai rumah boleh masak nasi dan panaskan saja lauk kari. Jadi juadah utama sudah tak jadi masalah lagi. Sedap pun sedap dan terjamin cukup rasa sebab masak sendiri dan boleh rasa.

Yang dalam freezer boleh makan lusa ke, next week ke, ikut suka.

Ada 4 jenis lauk. Aku pack untuk sekali makan. Means lepas panaskan aku kena habiskan lauk tu. Takde simpan-simpan dah. 




2. Persediaan untuk memasak.
- Jika nak masak sebelum berbuka, yang ni pun kena rancang juga. Apa yang ingin dimasak. Kalau nak masak sup ayam, stok bawang kisar boleh dibuat dan disimpan di dalam peti sejuk. pendek kata, stok bahan kisar lah. bawang putih, bawang merah, halia.

Asingkan siap-siap portion ayam yang nak guna dalam 1 bekas. So balik kerja boleh terus guna dan tak perlu nak asingkan. bawang goreng boleh goreng siap-siap malam sebelumnya atau lagi awal dan simpan dalam air tight container.

Semua ini penting supaya kita semua boleh masak campak-campak macam dalam rancangan masak-masak kat TV. Semua dah sedia kat meja tinggal nak guna je. Dah save masa di situ. Kalau sampai rumah pukul 6 dah boleh masak dah.

3. Penyimpanan stok sejuk beku. 
- Stok pertama yang boleh disimpan adalah item no. 1 di atas.

- Stok kedua adalah stok kueh mueh frozen. Untuk persediaan ramadhan ni, aku dah siapkan karipap, masalodeh dan popia frozen. Itu yang dah ada la. Jadi balik kerja boleh terus keluarkan dan goreng. Macam-macam kueh sebenarnya yang boleh dibuat frozen. Aku pernah buat donut, aiskrim goreng, bergedil, roti sosej, samosa dan lain-lain yang korang suka. Confirm berkhasiat sebab homemade. Oh jimat lagi di situ.Jimat masa dan jimat wang.

- Stok ketiga ni aku suka buat. Aku beli sayur. Kadang-kadang aku tak guna pun semuanya. Contoh beli carrot 3 biji dalam 1 pek..Mungkin guna dalam 1 je. So lagi 2 terbiar. Atau yang paling mudah, daun sup, daun bawang/ ketumbar. Selalu kalau beli mesti ada lebih. Jadi aku potongdaun ni, masukkan dalam bekas kiub kecil dan frozenkan. Bila beku aku keluarkan dan pindahkan dalam ziplock plastic bag dan label. Bila nak guna, ambil 1 atau 2 tau lebih ikut suka dan campakkan saja. Segar ke? Aku bekukan dalam chest freezer, so far Alhamdulillah. Nak bukti? cuba baca kat SINI untuk tempoh penyimpanan dalam makanan sejuk beku.

- Yang ada anak kecil pun sebenarnya boleh apply cara frozen ni. Aku dulu suka frozenkan shredded carrot, brokoli, daun sup dan puree. Mudah sangat kerja sebab campak-campak je nak masak.Macam gambar kat bawah ni.

Shredded carrot. Ikut suka nak halus or kasar. Tapi untuk bayi seeloknya diberi dalam bentuk puree pada baby sebab carrot susah nak hadam.

Masukkan dalam bekas ni. Masukkan air. Bekukan. Bekas ni aku beli di GIANT 2 pcs RM4.99. 1 bekas ada dalam 10 kiub..kot

Once dah beku, boleh keluarkan. Masukkan dalam ziplock bag / bekas. Label. 

Frozen brokoli. Untuk Zahra. Dulu.

Daun sup. Nak masak apa boleh campak terus. 


3. Rancang pembelian/ perbelanjaan.

Jika dah buat semua yang di atas tu, kita dah kurang demand untuk membeli. Sebab?
- Makanan dah confirm sedap, bersih.
- Boleh adjust kuantiti lauk yang nak dimasak berdasarkan keperluan perut seisi rumah.
- Semua benda boleh buat sendiri. Kenapa nak beli...

Boleh je membeli di pasar Ramadhan. Tapi hadkan kuantiti. Yang paling bagus plan juga apa yang kita rasa nak beli di sana. Kalau harini rasa nak makan ayam percik, boleh beli. Kalau sambil lalu tu ternampak murtabak, boleh plan esok untuk beli murtabak.

Anak-anak aku kecil lagi. So memang belum trained untuk berpuasa. Tapi insyaAllah pada yang ada anak yang dah bersekolah dan berpuasa, adalah menjadi satu kepuasan kepada ibu-ibu atau bapa-bapa jika anak-anak request nak ibu/ ayah masakkan instead minta untuk belikan. Anak-anak juga tahu air tangan ibu doranglah  yang paling sedap dalam DONIYA. haha

***
Saja nak cerita. Ada jiran aku kat kampung. Jiran sekampung tapi bukan sebelah rumah. Jauh sket la dari rumah aku. Kalau dia bagi mak aku any dish, kami rasa memang tak sedap. Kitorang adik beradik selalu tension bila makan dish makcik nih. Makanan makcik ni memang tak kena langsung dengan tekak kitorang tapi katanya anak-anak selalu request makcik ni masak ni. Kitorang memang selalu complaint tak sedap tak sedap. Anak-anak dia ni takde taste ke? betapa kitorang sangat tak paham masa tu.

Bila besar, banyak terdedah dengan teknologi. Banyak membaca. So aku dah ada jawapan kenapa anak-anak makcik ni suka makanan dia. Sebab makcik ni masak dengan ikhlas dan penuh kasih sayang untuk family dia. So itu yang membuatkan dish dia sedap bila anak-anak dia makan.

Contoh lagi. Aku suka laksa yang mak aku buat. Laksa homemade dan kuah laksa homemade. Sebab aku dari kecik dah diajar makan macam tu. Bila besar aku makan macam-macam laksa. Tapi hati aku tetap kata laksa mak aku paling sedap. En. Edi plak suka laksa basah readymade tu. Sebab dia pun makan cara macam tu dari kecik.

So apa yang aku nak cerita ni, kalau kita masak dari hati..Insya Allah suami dan anak-anak akan suka. Orang lain, tu jatuh no. 2. Gittew...

ok bai.











June 24, 2014

2 Comments

Chapter 88 || Lunch @ Restoran Orkid Thai

| Posting by: jie || Photo by : Jie & Intan |

Bismillahirrahmanirrahim,

Kebiasaan kami setiap weekend kena jalan-jalan bawa ZZ. Dekat pun takpe janji keluar rumah naik kete. Mak and adik aku pun ada sini, so ajak jalan-jalan makan-makan sebelum sambut ramadhan.

Plan nak lunch di restoran orked thai Shah Alam. Kenapa pilih tempat ni? Sebab kitorang boleh makan di tingkat atas. Ada aircond dan sesuailah untuk musim panas ni. Kawasan tertutup so aku tak risau sangat kalau ZZ nak berjalan dalam tu (still kena pantau).

Sebelum tu jalan-jalan ke Fella Design di Kampung Melayu Subang sebab sampai Ahad lepas ada sale. Nak jamu mata je kekdahnya. Takde wishlist sebab dah labur duit untuk preparation masuk rumah sendiri. Huhu..
So far memang ada murahlah dari harga asal. Tapi nafsu takde nak membeli belah sangat tadi. So tinjau-tinjau saja dan blah.




Ni semua adik aku yang capture. Masa aku bz meninjau dekat Fella Design. 



Zass terus ke Shah Alam. Sampai pun dah 1.30 pm da.



This is what we,ve ordered.

Kerabu Soo Hoon - RM 10

Asparagus garlic - RM 13

Sotong goreng tepung - RM 13

Siakap Stim Limau - RM 38

Butter prawn - RM 20

Tomyam Seafood - RM 20


Total semua campur 4 jenis air, tid bits dan tax is RM 143.65.  For me, harga reasonable dengan portion dan suasana kedai. Tapi kalau lagi murah lagi bagus..hahaha

Kedai ni yang aku tau kalau malam ramai orang. Aku tau pasal kedai ni masa keje di NMC Shah Alam. Sometimes boleh fully book. So far aku hanya pergi time siang. So memang tak ramai orang dan menepati suasana yang aku suka. Tak havoc. Pada yang nak pegi ni aku bagi address. Copy dari google.

Kalau datang makan 1 meja 10 orang/ 8 orang pun dorang ada pakej. Dulu masa keje NMC aku memang suka lunch dan ambil pakej. RM 200++ tak silap excluding drinks. Siap ada free chilli crab 2 ekor.

Bulan puasa ni pun sure ramai orang. Those yang nak berbuka bolehla terjah ke sana...

Restoran Orkid Thai, 
17A, 15A Jalan Tengku Ampuan Zabedah, F9/F Section 9,
40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Tel : 03-5891-0163

Lepas tu pegi kedai perkakas masak kek/ biskut plak.. Tengok Zahra sibuk sgt susun bekas tu. Aku suruh Achu jaga n aku mencari bahan yg boleh dibeli.. Lama jugaklah Zahra leka menyusun semua tu. Senang sket keje aku.




ok bai.

June 23, 2014

0 Comments

Chapter 87 || Zahin ke IKEA

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Entry bersimpang siur. Takpelah janji buat entry.

Balik dari Phuket bulan 5 aku ambil leave Isnin tu. Selesaikan hal rumah. Zahra hantar pengasuh sebab kesian dia penat jalan-jalan 3 hari. Zahin pun cuti sekolah so bawaklah Zahin jalan-jalan juga.


Pagi tu breakfast dekat mamak. Zahin makan roti canai.
Baju putih. So pakai bib tisu ye nak...Nanti kena tukar baju plak..

kalau makan kat luar mesti nak order air sirap. Maklumlah kat rumah tak dapat air ni..



Dah makan, pegi ambil tisu lagi sibuk nak jadi superman. Oklah nak. Posing sket. 

Muka happy dapat jalan-jalan. 

Zahin suka pegi IKEA sebab ada banyak toys.

Buat macam bilik sendiri dah kekdahnya. 

Pastu dia jelah jadi mangsa suh berlakon. 

Mak pak enterprem. 

Tengok tu, siap berlakon tido lagi. Curlass zahin..



Penat. Ni dah tak berlakon. Ni tido betoi. Haha..bawah tu aku lapik tau. bukan tido direct atas troli.



Dah jaga, bagi upah eskrem.

Pegi IKEA ni berhantu. Kadang-kadang boleh naik hantu. Geram tengok macam-macam. 


ok bai.
back to top