name='keywords'/> Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V olahbersama® Blogger Widgets

February 18, 2014

0 Comments

Chapter 63 || Raising Young Khalifah seminar 4 (RYK)

| Posting by: jie || Photo by : RYK|

Bismillahirrahmanirrahim,

Ni ada satu seminar khas untuk ibu bapa. Aku pernah join sesi ke-3. Now dah consider sebagai alumni la..So kalau join lagi boleh dapat harga RM150 la..

So far, aku rasa tak rugi langsung join..Boleh dengar experience ramai orang. kenapa aku rasa kena join?
1. Seminar ni boleh apply pada sesiapa saja. Masa aku join dulu ada yang belum kawin join, ibu join, bapa join, ibu bapa join dan ada juga ibu bapa bawa anak-anak even ada tempat untuk breastfeed/ pumping  juga. so sangat selesa.
2. Panel jemputan juga moderator yang sangat berpengalaman. Untuk sesi ini, sapa tak kenal Dr Harlina Siraj dan Dr Zaharuddin Abd Rahman. Ustaz Syaari Abdul Rahman ni aku baru kenal masa join RYK ni. Beliau memang sangat best. Banyak bercerita tentang pendidikan  Al-Fateh. Moderator pun sapa yang tak kenal. Orang glamer Al-Hijrah.
3. Panel jemputan ByRoadtoMalaysia. Ni yang paling nak dengar.

Untuk pendaftaran, sila ke: website: www.raisingyoungkhalifah.com atau FB: www.facebook.com/raisingyoungkhalifah


Register online lagi senang. Nanti datang boleh terus check. 

Apa-apapun, ni aku copy paste dari emel yang aku terima. Boleh baca dan join. Tak rugi. 

Assalamualaikum,
Alhamdulillah dengan izinNya, Young Khalifah sekali lagi berpeluang menganjurkan Seminar Keibubapaan "Raising Young Khalifah Series 4.0" –Anak Amanah Besar Dari Allah.   Seminar Raising Young Khalifah (Siri 4.0) ini merupakan BAHAGIAN Pertama untuk tahun 2014.  Seminar ini bakal mengupas persoalan-persoalan semasa dan tips parenting terkini dengan barisan PAKAR-PAKAR “PARENTING” SERTA CEDIKIAWAN TERBAIK TANAHAIR, untuk membantu ibu bapa dan para pendidik tentang persiapan dan ilmu dalam membentuk KHALIFAH-KHALIFAH UNGGUL ISLAM.

Tarikh   :    8 Mac 2014 (Sabtu)
Masa     :   8:00 pagi hingga 6:45 petang (makan pagi, tengahari dan petang disediakan)
Tempat :     Dewan Tabung Haji, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur




Yuran Penyertaan :
           
1.   RM170 seorang (Early Bird, Promosi sehingga 23 Februari 2014)
2.   RM190 seorang (Harga normal setelah tamat promosi ‘Early Bird’)
3.   Berpasangan (Suami Isteri Sahaja) - RM320 (Early Bird,Promosi
sehingga 23 Februari 2014) 
4.   Berpasangan (Suami Isteri Sahaja) – RM350 (Harga normal setelah tamat promosi ‘Early Bird’)
5.   Berkumpulan 5 percuma 1 – RM950 
Walau bagaimanapun, dengan sukacitanya pihak Sekretariat ingin menawarkan YURAN PROMOSI UNTUK ALUMNI SEMINAR RAISING YOUNG KHALIFAH (RYK) iaitu pada harga RM150 sahaja seorang.  Untuk melayakkan tuan/puan mendapat harga ini, sila mendaftar dengan nama penuh dan maklumkan juga sama ada tuan/puan adalah peserta RYK (13 November 2012), RYK (1 Mei 2013) atau RYK (10 November 2013)

ok bai. 
0 Comments

Chapter 62 || Maybank Cardless withdrawal

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Aku tau pasal ni masa baca Blog Vivy owner Fashionvalet tu...tapi masa tu tak nampak plak kepentingan untuk diri aku..

Sekali, hari ni kalut sangat nak pergi keje..padan muka aku tak bawa wallet. Nak keluarkan duit pun tak boleh sebab takde kad...Tetiba teringat plak pasal ni. So I give it a try.

Nak breakfast takde duit. Pinjam duit member 15 hengget..huhuhu

Lepas makan, try buat. Taktaulah kalau cara lain boleh ke tak tapi aku buat online transaction. Meh aku tunjuk sikit.
Mula-mula log in macam biasa. lepas tu bila dah masuk akaun sendiri..klik pada cardless withdrawal..


Masukkan no telefon penerima. Sebab duit ni dikira duit sesak so amaun maksimum yang boleh dikeluarkan ialah RM300 sahaja. Untuk aku yang tengah sesak ni ok sangatlah.


Bila dah settle semua, kita akan dapat notification melalui SMS. Kemudian pergi ke ATM dan gunakan kod yang diberi untuk pengeluaran. Oh ye, uolls ada 24 hrs je untuk keluarkan duit sesak ni. Lepas tu kod ni dah tak valid.

Pada aku, ianya sangat membantu. Aku tak sure plak boleh ke terus buat di ATM sebab aku guna maybank2u je untuk transaction ni. Untuk maklumat lanjut, silalah layari website maybank2u.

Ok bai.












February 17, 2014

4 Comments

Chapter 61 || Piknik di KLCC waterpark

| Posting by: jie || Photo by : Edy |

Bismillahirrahmanirrahim,

Zahra suka air. Masa pegi zoo last week, tengok harimau. Kami semua tunjuk tiger tapi zahra nampak air kolam depan tiger tu. Ahh tensi mak.

So minggu ni kita g tema air pulak. Pegi KLCC sebab ada waterpark dan playground. So boleh main dua-dua. Plan nak keluar awal buat lastly kul 10 pagi juga sampai sana. Zahra excited sebab dah nampak kolam. Lepaskan je dorang dalam tu. En. Edi tukang pantau. Aku tukang pantau tempat dan pantau makanan. Muahahah..







Nampak macam rajin sangat..haha..Sambal petai, telur dan ikan bilis aku dah masak siap malam tu. Pagi tinggal masak nasi, sayur, pasta, goreng sosej dan cucur. kalau semua nak buat pagi maknanya pukul 10 belum tentu boleh sampai sini.

Memang niat nak piknik sebab tu siap bawa tikar lagi. Bentang dan atur semua. Dah penat mandi, makan sama-sama. Lepas tu sambung lagi g playground. bagi ZZ main puas-puas. Last-last dorang akan penat dan serah diri.

Salin baju dan jalan-jalan kejap dalam KLCC. Bila nampak muka mengantuk, terus zass masuk kete dan jalan. Sampai rumah dalam pukul 3 petang.

Suka sebab dapat spend time dengan ZZ, bawa jalan-jalan dan hiburkan hati dorang. Apa-apa sajalah nak. Janji bahagia.

Ok bai.




0 Comments

Chapter 60 || Zahin and Moo Cow. Moooooo...

| Posting by: Jie || Photo by : Edy || Location: KLCC |

Bismillahirrahmanirrahim,


Ayah, nak amik gambar dengan cow.

Eh, minah ni pehal??

Eh melampau ni. Nak posing? Haa aku pun boleh posing..

Haa...Eh apehal jeling-jeling. Jeles ke aku pegang kasut bata?

Mummy, nak kasut bata jugak..Kata gegirl ittew..

Akhirnya. Aku jugak yang berjaya naik..Ko mampu??

Zahra: Ibu, nak jugak..nak jugak..
Well, I'm very excited since Zahra vocab is improving a lot at 1 yr and 8 month..

Posing je lebih. Padahal tak beli apa-apa pun. Nasiblah ko lembu..

p/s: Dialog di atas adalah rekaan semata-mata. 
Astaghfirullahalazim.

Ok bai.

January 09, 2014

4 Comments

Chapter 59 || Yeay!! Zahin dah sekolah...

| Posting by: jie || Photo by : Edy & jie | 

Bismillahirrahmanirrahim,

Masa school holiday Zahin kerap bagitau nak sekolah...Pengasuh (zahin panggil babysitter dia nenek + Ayah mat) pun selalu bagitau Zahin cerita benda yang sama juga. 

Zahin suka berkawan. Suka dikelilingi kawan-kawan. Suka suasana meriah. Itulah Zahin. Aku pun mulalah survey dan Alhamdulillah dapatlah yang berdekatan juga. 

New year 2014, aku cuti. En. Edi kerja. So kami ke taska register. Zahin looks so happy. Try uniform. Suka lah dia. 


dah try baju terus aku suruh ambil gambar. Whatsapp En. Edi..

Lepas tu pegi ambil gambar passport plak. Aku risau je Zahin ni tak boleh duduk diam masa nak ambil gambar nanti. Mau berkuntau aku kat situ. But Alhamdulillah, Zahin manage to do that.

The very first passport picture. 

Isnin haritu, kami bergilir-gilir amik half day. Zahin punya kelas start 12.00 tengahari sampai 3.30 petang. Tengah kerja, En. Edi hantar gambar ni..pastu siap halau ayah suruh go work. Sabo je lah..

Nampaknya Zahin sangat happy. Gambar yang kanan tu tengah mewarna. Oh lupa nak ambil gambar pensel warna dia. Aku bagi pensel kaler LUNA. Balik sekolah, check case dia sume dah hilang. Pense warna duk kat poket tepi beg je..huhu..first day tu...

Then aku plak gi ambil dia. Before 3 petang akudah ada kat area taska. Time tu takde sapa pun..pintu gate berkuci, bermangga lagi. So yakin sikitla safety budak-budak kat dalam tu. Pukul 3.15 mak bapak start ramai balik. Nak pick up anak kekdahnya. Aku tak bagitau pengasuh aku nak datang. So petang tu Ayahmat dengan Pakcik Leman (Zahin punya pak supir ke taska) datang ambil. Aku tunggu je dalam kereta nak tengok gelagat dia..

Yang baju kuning tu Pakcik Leman. Baju merah Ayahmat.


Sekali dia nampak akuuu....Terus takmo naik ngan depa. Nak naik kete dengan ibuuu...

So aku bawak la Zahin terus ke Tanjung Malim gi amik ayah. Singgah jap pasar malam. Sempat kena 'pow' helicopter. Pastu nak puyuh goreng. Apa sajalah nak..



The next day aku tak ikut dah. So far Alhamdulillah. Hari ni hari ketiga. 

Zahin masih tak kenal nama kawan dia. Aku tanya dia kata kawan dia nama abang.haha

ok bai. 



back to top