name='keywords'/> Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V olahbersama® Blogger Widgets

December 04, 2013

0 Comments

Chapter 53 || WW 03 - Parenting Quotes of the day

| Posting by: jie || Photo by : FB | 

Bismillahirrahmanirrahim,

Peringatan untuk diri sendiri. Sebagai hambaNYA, anak, isteri, ibu, saudara seagama dan kawan-kawan.












Ok bai.


0 Comments

Chapter 52 || Makan makan review

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Nak buat riview sikit pasal tempat makan. Campur-campur je..Sebab selalu tak ambil gambar restoran.. Ambil gambar makanan je..Sapa nak terjah aku bagi link saje.

1. Easy Cafe, Tanjung Malim.
Dah selalu makan sini. Few menu dah try. Tapi sebelum ni tak berapa nak mental sangat nak ambik gambar bagai..Secara general, food dia memang menepati citarasa tekak aku dan En. Edi. Portion pun terbaik. Confirm kenyang. Kami paling suka Laksa Penang. Kat Tanjung Malim ni ada Easy Cafe, e-place dan Hitz Cafe yang mana depa in semua sama owner.

Boleh tengok FB page Easy Cafe kat SINI.

3 layer coffee. 

Almond Latte Coffee. Aku peminat coffee tapi takmau nampak bersalah sangat amik almond. 
Milkbooster jugak tu..

Laksa Penang. Terbaikkk..Portion memang banyak.

SeaFood Meehoon Tomyam. Sedap jugak..

Mee


2. The Steakhouse, Putra Height

Baru pergi sekali. Aku tau pasal Mr Food ni dari blogger famous kak Di. Bila terjah, memang tak salah lah pilihan dia.. Aku order lamb pun sebab kak Di kata sedap. wakaka...

Ikutkan kedai ni jauh dari rumah aku. Tapi haritu lepas balik dari KLIA aku terus ajak En. Edi terjah. Kalau saja-saja memang tak la...Bila dah makan, now terasa bengang jugak sebab kenapa la Mr Food ni jauh sangat. Kalau dekat sebulan sekali dah confirm repeat nih...

Untuk tak membuang masa, aku call siap-siap. Sampai je tak sampai 5 minit depa dah serve. Oihh time ni terasa best sangat..wakaka..Tips ni pun aku amik dari blog Kak Di. Thanks akak. Membantu sangat!!!

Selain ala carte, depa pun jual raw meat. Means lepas ko makan dan rasa nak masak sendiri kat rumah bolehla beli lagi. Dah siap marinate pun ada. Masa aku makan tu ada je customer datang just untuk  beli marinated meat nih..Kalau korang nak tengok details kedai ni tengok Blog Kak Di k. 

The LambLoin. 5 bintang aku bagi!! Lembut, tak liat and yet tepi2 tu crunchy lagi..
Oh sendiri terliur plak..Yang ni RM40. 

Kepada peminat lamb, memang kena cuba nih..

Sirloin steak. Ok jugak. RM 35 kot. 

Fish & Chips. Fish dia aku tak berapa favor. Harga tak ingat. 

Total burst adalah RM100 + drinks. Sekali sekala oklah. Selalu tak dapek. 


Address Mr Food
Mr Food (Butcher & Grill)
No. 8, Jalan Putra Mahkota 7/6A,‎
Pusat Bandar Putra Point
47650 Subang Jaya
Selangor.
TEL.: 03-5192 2344  
GPS Info (lat,lon) = 2.995105°N,101.573904°E


3. Pizza Hut

Pizza in a box. Nama dia Big Box. 
Portion dia untuk aku 1 family agak banyak jugak la...Buat dinner dengan breakfast lagi.
Oh it comes with soup of the day. Harga RM 39.90 exclude tax.

Boleh order online atau survey untuk delivery kat 
http://phdelivery.com.my/


4. Homemade


Beli sayur ni kat Cameron sebab unik. Tak tau nak masak apa. Malam tu lapar masak maggi tomyam campak je sayur ni. Bila upload FB ada member bgtau ni sayur kimchan. Sedap pada aku. 





Esoknya buat goreng tepung plak. Beli sepeket so macam tak cukup. Mak pak ZZ semua makan. Menyesal beli sepeket. Huhuhuh


Ni untuk zahra. Pasta goreng. Tumis bawang merah, putih..Masukkan carrot, ayam, mushroom, susu segar. Bila pekat masukkan pasta. Siap. 


Beli strawberry, oren, kiwi. Konon nak buat pavlova. Ilmu tak abih khatam buat pavlova tapi tak menjadi. Tensi ai. Last2 amik buah buat smoothie. 

Strawberry + kiwi frozenkan. Bila keras masuk dalam blender, campur yogurt + madu. Blend dan minum. Strawberry dan kiwi dah frozen so tak payah masuk kiub ais.
Kalau tak frozen dan terus blend + ais, jadilah lassi. 


Budak demok minum smoothie. Nampak kamera terus buat duckface. 

Ok bai. 


December 03, 2013

0 Comments

Chapter 51 || Food for Baby - roti

| Posting by: jie || Photo by : jie | 

Bismillahirrahmanirrahim,


Gambar bila pun dah tak ingat..yang pasti bulan Oktober  2013 lah..


Zahra punya style bangun pagi je dalam sploh minit tu dah nak makan...So kena pikir pantas tuntas nak bagi makan apa...Abang dia senang sket..Bangun je terus mintak susu...


Setelah melihat apa yang ada di dapur, marilah kita buat roti telur versi baby. Versi baby? Yaa...Versi baby kena banyak sayur supaya semua nutrien diserap..


1. Roti telur
Pecahkan telur sebiji, campurkan brokoli floret, tomato, udang, bawang putih dan holland cincang..celup roti, grill atas pan..siap...potong ikut suka, masuk mulut, mamam...









2. Roti bawang putih (Garlic Bread)
Guna roti apa yang ada. Tumbuk bawang putih, campur unsalted butter, daun bawang/ sup/ ketumbar. Masa ni ada parsley so aku campur je..hahaha...bakar dan ngap. 

Zahra makan roti saja. Untuk aku, aku bancuh instant mushroom soup. Cicah dan ngap. 


Kenyang perut, suka hati.

Kalau nak tengok 2 beradik ni berebut makan, buatlah lempeng...Sure rasa diri seperti masterchef..hahaha

Ok bai. 

November 25, 2013

0 Comments

Chapter 50 || Weekend di Utara

| Posting by: jie || Photo by : jie |

 Bismillahirrahmanirrahim,

Last weekend kami ke Cameron..This week ke Sg petani pulak...

Jumaat malam kami balik ke penang..Pukul 10 malam to be exact..Zahin dah gerak petang tadi dgn wan..So kami bertiga saja la malam tu...Sampai pukul berapa pun tak pasti sebab mak tak tengok jam..Yang pasti kami banyak kali stop sebab en. Edi mengantuk..

Sabtu pergi kenduri di sg petani..Anak sulung causin aku.. mak memang dah ada disana few days earlier..So gerak dgn MIL, SIL and kami2..

Gambar pengantin takdak dalam phone..Sebab zahra conquer phone tengok tutitu...Sampai rumah lepas maghrib..Malam kita repeat lauk kenduri..

Pagi ni terbalik pula...Zahin yang bangun awal..Adik pulak yang lewat..Dekat pukul 11 baru bangun..In between ada la bangun menyusu..takpe ..sempat ibu buat breakfast..


Ubi beli di cameron last week...Rupanya ada 2 jenis...Yang kuning tu lagi lemak manis pada aku...Ubi ni kalau hidang panas panas masa kat cameron tu sure laju je makann..


Abg long dengan selimut kesayangan..tak keruan hidup takde selimut..

Nasi goreng udang for Zahra..Bwg merah, putih, lada hitam, udang, telur, nasi, siap..
No salt and seasoning. Yet tasty for  her..

Anak dara yang masih tido..Kalau macam ni tiap tiap weekend pun bagus dik..Senang ibu buat kerja..





Masa mengemas nak balik MIL hulur satu bekas buah ni..eh macam sedap je..
macam cantikk je...meh kita amik gambar dulu..

Senyum je MIL tgk perangai menantu...Again, i am not mentally disorder..Berries ni yang salah..
Sapa suruh ko tempting sangatt..Alhamdulillah sodap di tekak den...

Budak yang tewas..kat rumah tak mau tido..masuk kete tak tunggu lama..trus pejam mata..


Ok bai. 


November 20, 2013

3 Comments

Chapter 49 || WW 02 - Fizo Omar di Cameron

| Posting by: jie || Photo by : Edy & Siblings |


Bismillahirrahmanirrahim,

Short trip ke Cameron Highland. Temperature was cool..Everybody is happy. Almaklumlah family trip. Bila happy sangat macam nilah jadinya. Nampak plak Fizo Omar..Lagi la merapu....All pictures taken at Cameron Lavender.


With Umairah




With Aqilah



With Maslisha

Korang nampak tak Fizo Omar?? Tak nampak?? Ish rugi betoi...Pelakon lelaki yang pakai baju hitam ni kata dia Fizo Omar...Nasib baik ai tak terlibat dalam ini cerita..

Tu semua gheja adik beradik depa..Ai is clean OK...

Enjoys..hahahaha... En. Edi, padan muka u darling...satu doniya kenal u sekarang...haha

ok bai.


back to top