name='keywords'/> Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V olahbersama® Blogger Widgets

October 29, 2013

0 Comments

Chapter 45 || Kelebihan surah As-Syams

| Posting by: jie || Video by : Youtube | 

Bismillahirrahmanirrahim,

Minggu lepas, Jumaat sampai Ahad aku attend satu kursus which is pada aku memang sangat berbaloi. Dihantar dan diarahkan oleh syarikat, aku sebagai pekerja yang bagus, ikut saja. En. Edi pun dah pernah attend kursus ni di syarikat beliau dan memang recommend sangat-sangat ai pegi uolls.

Dalam kursus tu ada dimainkan lagu ni. Idea lirik diambil dari surah As-Syams. Untuk aku, lirik ni sangat menyentuh jiwa. Untuk lagi jelas, aku letakkan sekali surah As-Syams, lagu dan lirik.  Boleh buat reference untuk diri sendiri di masa akan datang. 

Bila balik, google dan aku jumpa sekali kelebihan surah ini. Jadi, bukan setakat mendengar dan membaca..malahan boleh diamalkan sekali.

Apa yang aku belajar, setiap kejadian ada sebab musababnya. Hanya kita sebagai manusia perlu mencari jawapan untuk semua itu. Tapi hanya yang tergapai dek minda manusia saja la..Tolong jangan soal dan cari jawapan bila kiamat..Aku pun tak tahu..




Kelebihan mengamalkan surah As-Syams jika dibaca sebelum tidur dalam keadaan berwudhu’ dan tidur berseorangan. Membacanya sebanyak 7 kali surah As-Syams diikuti dengan Surah Al-Lail sebanyak 7 kali. Kemudian dipohon supaya ditunjukkan apa-apa perkara di dalam mimpinya, InsyaAllah berhasil. Jika belum berhasil kerana kurang yakin atau tidak cukup syarat, maka hendaklah ia mengamalkan surah As-Syams selama 7 malam berturut-turut.

Sumber dari SINI dan SINI. 

Surah Asy-Syams - سورة الشمس

Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

A001
Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang;
A002
Dan bulan apabila ia mengiringinya;
A003
Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata;
(Asy-Syams 91:3) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A004
Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita),
(Asy-Syams 91:4) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A005
Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh - yang melambangkan kekuasaanNya);
A006
Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya);
A007
Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);
(Asy-Syams 91:7) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A008
Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -
A009
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
A010
Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).
A011
(Ingatlah), kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas;
A012
Ketika orang yang paling jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat),
A013
Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Soleh) kepada mereka: " (Janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah itu, dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya kamu tidak ditimpa azab)!"
A014
(Setelah Nabi Soleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta Ia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya).
A015
Dan Allah tidak hiraukan kesudahan (mereka) yang demikian, (kerana itu adalah balasan yang adil).

October 23, 2013

0 Comments

Chapter 44 || WW 01 - Biar Video Berbicara

| Posting by: jie || Video by : Edi |

Bismillahirrahmanirrahim,

The only love of our life...Zahin & Zahra




                                        


ok bai.


October 08, 2013

0 Comments

Chapter 43 || Bersyukurlah !!!

| Posting by: jie || Photo by : Google |

Bismillahirrahmanirrahim,

Aku dapat tengok gambar ni pagi tadi..So terase nak buat entry dan perbandingan dengan hidup sendiri.

Gambar ni semua aku amik dari GOOGLE. This is life in Hong Kong.

Dorang duduk dalam bilik sekecil ini. Semua aktiviti yang kita buat di rumah, dorang buat dalam bilik ini saja...Sesungguhnya walaupun kita masih menyewa, rumah kita masih lebih besar dari ini..

Membuatkan aku rasa amat bersyukur..Aku tak kaya..tapi masih mampu makan pakai dengan sempurna..makan masih kenyang, pakaian masih belum koyak..masih boleh beli pakaian baru walaupun tak mahal...

*Entry ini takde kena mengena dengan politik ..Hanya pendapat peribadi sahaja...

Storage..katil...tido..makan..study....

storage, masak, tulis, makan..tido..

walaupun seak tapi mcm ikea sket..hahah...tak lawak...i solute u Mr. !!!

masak, makan, tido (tu katil double storey), storage..nampak acam ruang dapur je nih...

uncle nih siap basuh baju smbil tengok tv lagi..




ni paling kecik and paling sedih aku rasa...



ok bai!!

September 23, 2013

4 Comments

Chapter 42 || Dinner di Puncak Mutiara Cafe, Kg Palet

| Posting by: jie || Photo by : edy |


Bismillahirrahmanirrahim,

Tempat makan paling cantik dan luas  aku rasa so far...Pada pandangan aku la...Dah ramai jugak yang pegi dan riview pasal tempat ni..Aku je yang baru terhegeh-hegeh..Better late than never kan..

Aku balik kampung kat Bukit Mertajam (BM) ni selalu la jugak. Logiknya, bila balik umah parents sendiri mestila nak makan masakan ibu ye dak? So kitorang memang jarang makan kat luar bila balik BM ataupun Sungai Siput. Mak goreng telur pun sodap.

Aku memang dah lama teringin ke sini but disebabkan oleh faktor di atas maka kami tak datang-datang. Nak dijadikan cerita and rezeki, parents from both side ada..Mak Zainab, Mak Ani and ayah. Adik Mak Ani and wife (Paman Acim & bibik Ana) pun kebetulan datang dari Banting, so kami pun berjemaah la beramai-ramai ke sini. Family BM tak cukup korum time ni..Qilah di Banting..membanting tenaga untuk belajar..wakakaka..Umai pun ada kelas..Shamim dah janji ngan member nak kuaq..So hanya En. Edi and Eda se-family saja yang join the team.

Masuk je kawasan ni, mula-mula macam tak percaya..Yelah sebab jalan nak masuk memang kampung gila...pastu restoren dia sikit punya cantik dan luas...Macam satu perkampungan makanan...Serious aku suka..Suka sangat!!! Jom aku cerita based on gambar..Lagi senang...


Main Entrance...
See?? nampak luas kan..dalam tu nak ke port kami makan jauh lagi..








Antara view dalam area ni..
Zahra suka tgk ikan...tengok tangan dia tu...


Banglo persinggahan tuan rumah..Kami punya port depan banglo ni la..Feeling rumah sendiri..Eh!


Another view..punya la banyak gazebo...








Kat bawah belakang tu ada ladang anggur..Kecik ja..




Swimming pool pun ada..taktau la boleh mandi ke tak..Tapi Zahra memang 
pantang tengok air..Duk kena kejar je...




Another view..'Bias' sikit sebab suka tempat ni..
Port kami..


Coconut Shake + susu kambing kot..En. Edi kata sedap...Zahra pun teringin..


Air lain semua packaging macam Cool blog..hehe


Sup kambing + roti..Sedap


Sup daging + roti..Sup ni pedas sikit..Kuah jernih so tak sesuai makan ngan roti...


Lamb Chop..Not bad..Cuba tengok pinggan sebelah..huhu


Wan and cucu's.
Ambil gambar feeling tuan rumah sebelum balik..


Price wise? Aku tak tau jumlah sebenar sebab bukan aku yang bayar..hahaha...But jika umur panjang, I would love to come again..Bukan sebab food sangat tapi sebab surrounding...So I guess the owner also would  feel worth it to spent every single cents to build the area. I solute u!!!

To those who still think or plan to spent your money here, it is highly recommended..

Details tempat kat bawah..Boleh buka web dia untuk keterangan lanjut.

GPS Coordinate
N5.41517° E100.45613°
Address::Lot 179, MK 3, Kampung Pelet,
14400 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.
HotLine No  :1-700-81-9595
Tel No:604 - 522 8502 / 522 8503
Fax No:604 - 5228501
H/P No:012 - 5175503 / 012 - 206 5003 /
012 - 286 5363
Email:query@puncakmutiara.com
Website:www.puncakmutiara.com


ok bai!!

September 19, 2013

4 Comments

Chapter 41 || Intan, Welcome to UUM...

| Posting by: jie || Photo by : Intan |



 
Bismillahirrahmanirrahim,

Intan dah pun selamat mendaftar sebagai pelajar UUM di Sintok 2 September lepas. Aku, Zahra (of course la kan), Mak Zainab and Joi pi hantar. En. Edi and Zahin tinggal kat BM sebab tak muat kete..Lagi satu sebab takut Zahin boring duk sane...

6.30 pagi kami bertolak ke Sintok. I was quite smooth...Zahra aku angkut je takyah mandi lagi..Ingat nak mandikan di RnR je nanti..Sudahnya sampai UUM aku bawak Zahra tak mandi-mandi. Yelah sampai je sana baru pukul 8.30 pagi...Kitorg bajet mesti jam gila..Sekali biasa-biasa saja..Lengang je..So takyah nak buat muka stress pun gi daftar. Sampai je aku tetus tuju Cafe. well, salah satu tujuan aku menghantar Intan ke sini adalah untuk riview kawasan kolej dia. Untuk buat pedoman dan sempadan untuk tempat kerja aku..

Pi cafe, ada mee goreng, bihun goreng, nasi putih, sambal bilis, kueh 4 jenis..nak order milo ais, ais pun tak ada lagi...ok kita makan jap lagi..pi cari toilet plak...pi blok 7A tak silap. Dah settle kami, (Zahra masih tak mandi lagi..hahah) pi cari tempt register...Then tinggalkan Intan dan kami ke cafe balik...Makan je a apa yang ada..

I am expecting more menu since harini hari mendaftar. Tapi dah itu je yang ada so malas cakap banyak kita makan je la...Sambil makan tengok signboard harga..sekali imbas, harga makanan dan minuman agak murah juga. Bolehla student-student kat sini hidup. Harap-harap takde la kenaikan harga bila minyak dah naik ni..Eh!

Settle hal Intan dan dah dapat kunci semua, kami bawak barang ke bilik. Intan dapat tingkat 3. 2 round jugakla membawa perkakas dia semua. Nasib baik kete aku WIRA je. Kalau besar, potensi Intan bawak barang lagi banyak memang sangat besar.

Bilik depa untuk 2 orang. Ok lah..Ada katil, study lamp, rak buku, meja, kerusi belajar. Cermin muka share. 1 flourescent light dan 1 swivel fan. Oiii kenapa detail sangat??? Sebab aku suka nak bagi detail..Memang kerja aku tengok semua ni sebab aku buat maintenance so  sangat penting tau inventori2 itu.

Bilik air share tapi yang terdekat masih lagi renovation. Aku pun tak sempat tengok progress dia..Kul 10, aku turun pi dengar taklimat pengetua kolej untuk waris. Yang lain masih di bilik termasuk Zahra. Pas taklimat, ada lagi taklimat dengan Naib Cancelor tapi aku malas nak pegi. Naik je Zahra dah siap mandi. Roomate Intan masih takde..Joi saja buat lawak kata roomate Intan ni mesti dari Johor sebab tu lambat sampai..Haha..Intan plak duk berdoa supaya roomate dia bukan orang Kedah/ Perlis..Kenapa?? sebab kalau duk dekat for sure tiap-tiap minggu nak balik and tinggal la Intan sorang-sorang dalam bilik..wakaka..

Sekali memang betul roomate Intan dari Johor!!! Baru Pahat u...Intan pun happy..So kitorg pun lega..

To Intan, Selamat menempuh alam pelajaran. Semoga sesi pembelajaran ini memrikan pengalaman yang berguna untuk diguanakn di alam pekerjaan nanti. Nak bagi nasihat panjang-panjang pun bukannya dia baca..hahaha..

Kad matriks baru....
Yang ni taktau la buat apa..dah kat UUM...
Roomate Intan...

Muka happy dengan kawan-kawan...


Ni gambar lama..Saja nak cerita pasal baju songket tu..Baju ni sebenarnya mak aku pakai masa menikah dulu...Pastu aku plak pakai masa darjah 5 kalau tak silap masa menyanyi lagu "Sekapur Sireh"...Masa kat UTM berat aku 49kg tapi dah tak muat sebab kecik dan senteng....Sekarang apatah lagi..huhu...Now Intan plak pakai...hahaha...Nostalgia betoi baju ni..Dulu buat menikah, sekarang Intan buat pakai g kenduri ja...

**gambar semua aku cilok dari FB Intan..Nasib lah...muahahahaha


ok bai!!
back to top