name='keywords'/> Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V olahbersama®: ZZ Palace Blogger Widgets
Showing posts with label ZZ Palace. Show all posts
Showing posts with label ZZ Palace. Show all posts

May 19, 2015

1 Comments

Chapter 156 || Tanam sendiri jerrr

| Posting by: jie || Photo by : jie | 

Bismillahirrahmanirrahim,

Sejak duduk rumah sendiri, semangat nak menanam pokok. Bukan pokok bunga.. Tapi pokok sayur dan ulam. suka sangat tengok daun hijau dan segar.

Tapi takde lah se GAH mana. baru je mula. Tapi sebab excited aku tunjuk la sket. Biar ZZ baca nanti ibu dia rajinnnn sangat menanam.. hew hew..
Pokok kucai. 2 kali dah tuai. tapi kali ketiga ni macam tak berapa subur macam ni plak.



haa.. cer teka.. cer teka..
Ni pokok cekur. Kalau orang jawa panggil kencur.
ni En. Edi suka. So tanamlah.

Bendanya macam kunyit. So bila dah bertunas dan tumbuh ni bukan main iolls excited.
Lompat bintang !!


Tengok.. Dah membesar pokok cekur ittew.
Pastu cucuk plak ulam raja kat tepi tu. Dah mengganggu tumbesaran cekur. Sian dia sempit.

So iolls dah separate kan pasu untuk dorang. Dapatlah ruang yang selesa..

Tapi pokok cekur yang kanan tu macam nak menguning je. 
Eh awak tu cekur tau. Bukan padi nak menguning-menguning. Cepat hijau balik !!!


Aku share dekat IG. Hasilnya?? Pokok daun bawang dan daun sup mati. nehi nehi tumbuh. Takpe.. Nanti aku tanam lagi.. Tinggallah daun pudina ni .. Mula-mula macam hidup segan mati tak mahu jugak.

Aku hampir-hampir give up. Nasib baik MIL aku cakap daun pudina ni memang lambat sket. kalau tak memang aku campak dah. 


Ni kira dah ok la sket. Kalau tak lagi teruk. iolls tension tengok u pudina..

Pagi tadi punya gambaq. Waaa.... dalam hati ada pudina. :)

Tak lupa juga pada pokok kunyit. Pokok masa kecik-kecik mak bagi. Balik sini tanam je lah. So far daun dah banyak kali ambik. Kunyit belum lagi. Ai is seram nak korek. takut tak berisi sangat. nanti iolls juga yang tension lagi. So biarlah dulu.

Nak tunggu bunga kunyit. Sedapnya buat ulam!! Nak tengok bunga kunyit???

Bukan bunga kunyitku. Sumber dari SINI.

Haa... tolonglah berbunga. Ku tunggu MU bunga!!


Ada la lagi yang tanam. Pokok serai dan daun kari. Oh tak lupa juga pokok cili yang diambil dari taska Zahra. Nasib cikgu baik. Cikgu tu suruh ambik banyak pokok tapi aku kata 
"biarlah kat situ cikgu. Budak-budak  yang tanam. Tapi nanti dah bercili boleh panggil saya kutip." Haha

Happy Tuesday Everyone.


P/S: Esok dah plan cuti. Konon-konon nak test drive IRIZ. Tapi mimpi di siang hari jugek. Staff proton pun ramai yang tak dapat naik. Nak kena ni BOSS boss depa tu. Orang dah bagi schedule depa main tukaq tukaq sama depa ja. Iolls pun nak naik jugak. 


ok bai. 



January 20, 2015

4 Comments

Chapter 134 || Counter table D.I.Y @ZZ Palace

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Masa buat KC kami tak include kitchen bar. Sebab kawasan terhad. Jadi kami guna alternatif lain.

Jalan-jalan kat IKEA jumpa benda ni. En. Edi cukup berkenan. Sebab boleh lipat. So jimat space.

So beli 1 meja dan 2 kerusi. ALL DIY. Tau je lah IKEA kan. Macam kami memang minat benda-benda DIY gini. Tambah-tambah part bertukang. Memang suka. 

KLIK gambar untuk check. 

KLIK gambar untuk check.

Haa..harga sekali link siap bagi ko..kalau suka, pi lah cari dekat IKEA atau kedai perabot berdekatan anda. 





Total spent hanya RM 257.00. Untuk aku, memang worth la. Sebab  jimat space. Buat masa ni memang nilah port kami lunch and dinner. Juga makan apa-apa pun.

Mak n adik pompuan aku ada kat rumah sekarang sebab tolong jaga Zahra. Being mak yang suka masak untuk anak-anak (mak aku la..bukan  aku) memang port kami anak beranak di dapur.

En. Edi & ZZ port nya di depan TV. Nanti dah semenggah baru boleh tunjuk area tu plak.  Oh lagi satu nanti aku cerita pasal kabinet simpan mainan ZZ plak. Sangat praktikal. IKEA mari jugak. 

ok bai. 

January 19, 2015

8 Comments

Chapter 133 || Kitchen cabinet @ZZ palace

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Officially, we call our home sweet home with "ZZ palace".

Sebab di sinilah ZZ akan membesar. Melalui zaman kecil. Kami, semua yang kami ada memang untuk anak-anak. Jadi takde nama iolls pun tak kecik ati. Muehehehe...

Ok. Just nak cerita tentang kitchen cabinet. Kami buat dengan local kontraktor je. Kat area Tanjung Malim je pun.



Sebelum. Table top siapkan dulu masa extend dapur. 


Service dia memang bagus. Datang rumah, bawa katalog. Bawa pita ukur.
Kita bagitau nak design macammana..nak finishing macammana..Dia akan advice, ukur dan kira on the spot.
Waktu tu jugaklah ko boleh tau harga berapa.

Nanti aku bagi details kontraktor tu kat last entry k.



Kami buat kitchen cabinet dan built-in wardrobe. Esoknya, kami jumpa dan dia come out dengan simple plan (bukan group omputih tu) serta harga. Very the fast. So deal, alter sket n nego, Confirm. Bayar deposit sket untuk dia buat preparation.

Kami deal awal sebelum tu dah. Kira dia siapkan semua benda dan tunggu kami call untuk pasang je lah. Pemasangan ambil masa 2 hari je. Masa tu aku just bagi hood je. Hob dan oven aku bawak kemudian sebab tak pindah lagi masa tu.



In progress.

Atas kabinet tu asalnya kosong. So bila dia dah pasang kabinet atas tu kami rasa macam tak cantik. Terus minta dia put on something untuk cover. Amik je stok yang ada sebab just nak tampal je. Bukan ada fungsi apa-apa pun. Deal punya deal, kami just tambah RM250 untuk material atas tu. ok done. Buat terus. Sebab mata aku sakit. Haha..

Basically ni masa dah siap. Oven + Hob je tak pasang lagi. Sila abaikan model. 

27 Disember, pindah dan bawak terus semua. Now dapur dah complete.

Cuma aku belum guna oven lagi. Belum khatam cara penggunaan. Tulah sibuk nak beli oven canggih. Tapi tak tau guna. Padan muka. Nak meroti pun takde mood. Sebab tak tau guna. T___T.

Overall, aku suka dapur aku. Serious suka. Cuma nak tambah few rack. Tu semua D.I.Y je nanti. Sebab kami suka konsep simple dan tak serabut. Aku suka kosong. Tak suka letak banyak benda. So kalau boleh semua aku nak sumbat bawah kabinet. Kalau semak pun orang tak nampak.

kabinet weolls. Kat master bedroom. Actually area ni sebenarnya bukan tempat wardrobe tapi area hall depan. Tapi sebab nak besarkan bilik, kami pecahkan dinding dan jadikan kawasan ni untuk wardrobe. Jimat space.

**Konsep sumbat dalam kabinet tu aku amik dari TKSU 1 kementerian ni. Dia datang lawat bangunan aku jaga pastu komen kabinet kaca dalam surau. Dia tak suka kabinet yang see thru. Sebb kalau selerak nampak.

Aku sayang lah kabinet tu. Takkan nak tukar kot. So aku gi bawak cermin tu ke kedai dan tinted gelap. Dah penghuni bangunan tanya aku apsal aku buat gitu. Depa pun heran apsal  la aku tinted padahal takde isu pun kabinet tu..haha. Nak buat macammana. TKSU tu boss besar iolls. Kena la ikut. Kang tak naik gaji. T___T

Ok done with iklan. Sape area Tanjung Malim tau yang sewaktu dengannya nak berurusan dengan owner ni silakan. Aku bagi review free je ni. Klau banyak order lepas ni rezeki dialah. Dia duk Tanjung Malim tapi kalau tanya dia cover dari Perlis sampai Johor. So sapa nak bolehlah contact.


PERABOT MAHAJAYA
KOTA MALIM PRIMA, TANJUNG MALIM.
011-14485065 (KUMAR)

ok bai.
back to top