name='keywords'/> Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V olahbersama®: | Cabaran 30 hari | Blogger Widgets
Showing posts with label | Cabaran 30 hari |. Show all posts
Showing posts with label | Cabaran 30 hari |. Show all posts

September 17, 2014

5 Comments

Chapter 114 || Day13 - 14 topic @olahbersama

| Posting by: jie || Photo by : jie | 

Bismillahirrahmanirrahim,

Sebab aku fail lagi dalam pengurusan masa update blog, aku buat summary lagi.

Day 13 - 5 blog kegemaran olahbersama

Tak ikut turutan tau. Aku ikut apa yang ada dalam otak aku ja. Basically aku suka blog yang santai. Yang bila aku baca tu macam dia duk bercerita dengan aku.

1. http://kasihaleeya.blogspot.com

Kak Pilla ni kalau dalam blog penuh imaginasi. Suka cerita aktiviti harian dia. Memang selalu update blog. Kalau takde cerita pun nak update jugak, Walau takde isi, ramai follower yang suka. Sebab ada originality di situ. Wakakaka...macam juri dah kekdahnya.

2. http://neenaanuar.blogspot.com

Blog neena aku suka sebab dia suka cerita travelog dia. In detail. So at least kalau aku belum dapat pergi semua tempat tu aku dah ada info dan tau serba sedikit tentang tepat-tempat tersebut.

3. dianaishak.com

Blog ni pun dah lama folow. Bahasa dia agak suka hati dia. Tapi ramai yang suka. Takde ruang nak komen every entry unless ko fren dia dalam FB. Kalau tak dapek nak fren ko follow dia je lah. Penyampaian dia simple, Lebih kepada apa yang dia pikir je. Ikut logik dia je. 

4. maribergebang.blogspot.com

Doktor. ke bakal doktor. yang pasti ke arah kedoktoranlah sebab itu yang dia belajar. bahasa agak sedikit suka hati jugak. Ikut suka hati dia je nak tulis apa.

5. Blog resipi

Blog masak-memasak. Aku teringin nak masak ape, aku gugel je. Pastu keluarlah berderet-deret blog. Aku buka banyak-banyak, pilih la or gabungkan resipi supaya aku boleh buat. Haa..itulah yang aku paling suka. Konon-konon improvise resipi. Ada jugak yang end up tak jadi. Coontoh buat pavlova..Wakakaka..tak jadi ..Baru sekali cuba. Lambat lagi la aku nak try lagi. 


Aku senang cerita suka blog yang santai. Yang berilmiah sangat tak suka sebab aku keje je dah stress. So takmo ganggu kepala hotak dengan benda yang berat-berat. Aku nak baca gelak-gelak. Takyah pikir banyak. Straight to the point.

Part-part ilimiah / berita semasa aku serah kat En. Edi. Nanti dia yang akan cerita pada aku. Lagi senang. Tugas aku dengar dan persoalkan. Ada yang En. Edi jawab..ada yang dia malas layan..hahaha..

Lagi satu, mudah je. Kalau ko rasa tak suka dengan satu satu blog tu, mudah je. klik pangkah. takyah baca dah blog dia. Aku dulu masa takde blog agak bengang gak dengan sesetengah blogger yang tak buka ruang komen utk anonymous sebab aku takleh komen. Now sebab dah ade blog even follower secoet je, aku pun for now takkan buka. Barulah aku tau kenapa.


Day 14 - Cerita kasut saya

Yakde cerita best. 

Cuma taun ni  aku takde kasut raya. So aku pakai selipar BATA yang harga RM10 je. Yang tau mesti kata baju raya boleh beli 2-3 pasang. Kasut tak beli?

Aku ni memilih beli kasut. Memang takkan beli online la...Pastu kalau outing dengan anak-anak memang aku malas nak cari kasut. Banyak nau masalah aku..Last-last padan muka raya takde kasut. 

Baju dah glamer pakai selipar orang pi kebun sayur. APTB. 

kasut aku belah kanan. Masa ni sebok memilih nak main badminton kononnya. Last last kasut masuk gobok je...reket pun simpan. APTB lagi..


ok bai. 



0 Comments

Chapter 113 || Cabaran 30 Hari - Day 12 - 5 Wishlist Olahbersama

| Posting by: jie || Photo by : Edy & houzz.com |

Bismillahirrahmanirrahim,

1. Nak bawa mak gi haji. Kalau ikut turn aku memang lambat lagilah. wishlist ini beserta doa supaya aku dipermudahkan dan dipanggil olehNYA. Kalau tak dapat pergi Haji pergi umrah pun boleh.. Bawak mak dan ZZ sekali. Ongkos tak cukup lagi..

2. Nak panjat Gunung Kinabalu. Tak taulah boleh ke tak tapi nak tunggu anak-anak besar sikit. Bila dorang dah besar, ibu boleh plan dah. Korang takmo join pun takpe..Ibu cari geng lain..Muahahaha

3. Nak punya bisnes sendiri. Macam yang pernah diberitahu sebelum ni, nak buat online business more to bakery. Bestnya dapat buat cheesecake hari hari.

4. Nak dapat anak kembar. Yes saya tau boleh huru hara hidup kalau datang angin si kembar cranky..Tapi aku nak sangat. Doakan aku. Bila, selepas balik percutian bersama kawan-kawan ujung taun depan. haha.

5. Nak wujudkan lanskap yang best untuk rumah baru aku nanti. Hujung tahun ni baru nak pindah. Tak sabarnye.....sekarang dalm proses menggoogle, merefer, merujuk lanskap yang best-best. Konsep mudah saja. Nak yang simple, redup mata memandang, tak jemu dan mudah jaga. Now suka view dalam houzz.com. Sebab sangat simple dan cantik!! 


Source : www.houzz.com

Dah nama pun wishlist. Nampaknya no 5 paling mudah kot. No 1 tu susah gak tapi tolong doakan sama ya supaya dipermudahkan. Boleh capai semua tu kalau ada usaha. Yang paling penting kalau umur panjang. In shaa Allah.

Banyak lagi wishlist. Tapi yang lain tu mungkin melibatkan manusia. So payah nak jadi wishlist sebab kita tak tau hati orang. Biarlah wishlist itu duduk dalam hati je. Wakaka..


Mak. Yang telah susah payah lahirkan dan besarkan aku.


ok bai.




September 15, 2014

2 Comments

Chapter 109 || Cabaran 30 Hari - Day 11 - Kenangan lucu zaman kanak-kanak @olahbersama

| Posting by: jie || Photo by : Edy |

Bismillahirrahmanirrahim,

Kalau takde cabaran ni jangan harap la entri macam ni nak keluar. Aku rasa apa saja yang terjadi zaman kanak-kanak semua lucu. Untuk sesiapa saja. sebab kita tak payah fikirkan masalah hidup.

Tapi kali ni nak cerita tentang kenangan zaman tadika je. Kenangan lain nak simpan dalam hati dulu.

#1.

Lorong rumah aku tu ada 3 orang yang sebaya aku. 2 lelaki 1 pompuan..dan akulah pompuan melayu terakhir ittew. Si A, si B dan aku si M. B ada basikal. Basikal ada carrier. So kami bertiga akan bersama-sama pergi dan balik ke kelas tadika yang lokasinya di seberang padang bola. umah kitorang ni mengadap padang bola..Sebab basikal si B ada carrier dan 2 orang je boleh naik at 1 time, makanya A dan M ni hari-hari berebut-rebut nak tumpang. Selalunya A yang memang sebab dia laki..Huh...Tension makk...

M akan rasa bahagia bila A cuti or takmo gi sekolah..Haha..Masa tu takyah berebut naik basikal.


# 2

Satu hari di pagi hari, kami ke sekolah macam biasa. pagi tu dalam pukul 8 kot. Aku pun dah tak ingat waktu tadika pukul berapa. Sampai sekolah haritu kabus tebal.

Si A tetiba menangis. Sekuat-kuat hati. Eh apehal hang nih? Rupanya dia menangis sebab rumah dia hilang. Kabus tebal sangat, So dia tak nampak rumah dia...Muahahaha...


# 3

Satu hari jugak. Dekat simpang nak masuk rumah tu ada batu besar. Masa umur 6 tahun rasa batu tu besar la. Budak budak duk gossip kata itu batu nisan. Takuttnye..Siap buat gaya....

Pastu A dan B komplot nak kenakan aku. Pas habis kelas, depa 2 orang lari tinggalkan aku. Aku nangis. Sampai hati depa memperlakukan aku sebegitu rupa. 

Mau tak mau terpakse jalan kaki balik sorang. Tetiba mak lalu, so ai is happy balik jalan kaki dengan mak. Sampai tempat tu tunjuk batu tu kat mak. Mak gelak je kata tu bukan batu nisan. Bila aku cerita baik kat si A da B, depa kata memang dah tau cuma saja nak takutkan aku...

Begitulah hidup aku. sering dibuli... Well, kenangan itu indah sekali. 

Tapi B telahpun meninggalkan kami selama-lamanya pada 2003. Masa tu aku kat UTM. Bergegas balik tapi tak sempat tengok jenazah. Now tinggallah aku dan si A saja. A pun dah ada anak 2. sepasang macam aku. 

** Tak sangka dah 11 tahun arwah pergi. B, aku doakan moga kau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.



Gigih aku edit gambo ni. Sebab frenship kami special. Walaupun depa lelaki, depa la kawan2 baik aku lepas family aku.. Mind the 2 models there.. hehe


Ok bai.







September 09, 2014

6 Comments

Chapter 106 || Cabaran 30 Hari - Day 9 - 5 lelaki yang menarik perhatian saya @olahbersama

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Bila menarik perhatian means mereka adalah kesayangan  saya.

1. Arwah ayah saya. How I miss him. Al Fatihah.
2. Bapa kepada anak-anak saya.
3. Anak kepada no. 2
3. Adik ipar no. 2.
4. Bapa dan adik no. 2.

Semuanya ada dalam ranking yang sama. Tak boleh aku nak bezakan.

No. 2 dan anaknya. 


ok bai.


September 08, 2014

0 Comments

Chapter 105 || Cabaran 30 Hari - Day 8 - Summary topik day 4-8 @olahbersama

| Posting by: jie || Video by : AKIM |

Bismillahirrahmanirrahim,

Tak agak-agak kan. Malas plak nak buat semua tu setiap entry. Sebab lambat macam mak nenek dah haku nie.

ok.

Day 4 - Buku Kegemaran Saya

Aku dah jarang baca buku sekarang ni. Haha. Dulu masa kat U suka baca novel Sidney Sheldon. paling aku suka 'tell me your dreams'. Sebab dia ada split personality. Macammana pesakit tu tak tau dia ada split personality. sampai masuk court. Dan di court jugaklah dorang hilangkan the other personality. Menarik.

Pastu suka baca buku motivasi dari Andrew Matthew. Best gila. Senang paham. Senang praktis.

Sekarang masih lagi membaca. Tapi payah beno nak khatam. Huhu


Day 5 - 3 perkara yang ingin dikatakan kepada bekas kekasih.
1. Apa khabar?
2. Keje mana?
3. Nak beli L'arome? Puiiii..hahaha (tak kelakar)


Day 6 - Apa yang anda makan hari ini.

Pagi ni nak makan mee goreng tapi tak sempat sebab meeting pukul 9.

Lepas meeting ada refreshment. Mkan mee bakso. bakso n kuah sedap tapi mee rasa kapur. nak mintak bakso lagi tapi malu..Hua hua...

nak makan nasi takde mood. Jalan-jalan cafe beli pedal ayam seketul, hati ayam seketul. Pastu 2 cucur udang. Tu je buat masa ni.

Malam ni ada pasar malam kat Antara Gapi. Nak beli kebab sedap gilerlah.


Day 7 - Sejauh mana pendidikan itu penting bagi anda.

Penting sebab itu tuntutan ISLAM.

Penting untuk buktikan aku anak yang berguna pada mak. Sebab arwah ayah dah meninggal masa aku 8 tahun.

Penting untuk aku dapatkan kerja dengan gaji yang berpatutan dengan kelulusan aku. Pengalaman juga penting tapi ilmu comes first.

Penting untuk aku lahirkan anak-anak yang bijak. Ada teori kata, jangan cari isteri lawa semata-mata tapi carilah yang genius sebab gen genius anak akan turun dari mak. Hah kau.

Penting untuk aku jadi contoh kepada anak-anak aku. Dunia sekarang di hujung jari. So pendidikan yang aku dah dapat tu memang perlu untuk aku berdepan dengan mereka yang semakin bijak.

Penting supaya aku dapat mengawal emosi dan nafsu dalam apa jua keadaan. Muahaha...


Day 8 - 5 lagu cinta kegemaran anda.

Payah sket nak jawab. Aku jawab lagu yang aku suka je la...Sometimes tak layan pun lirik sebab aku pentingkan melodi lebih dari lirik.tapi kalau lirik tak boleh blah tu, x koser mak.
1. Akim & the gang - Mewangi
2. Siti Nurhaliza - Wanita
3. Ezzat - Sungai Lui
4. A song for mama. tak ingat sapa nyanyi. Boys to men kot.
5. Muse - Unintended

Hah ..settle jugak akhirnya.

Nah aku bagi hadiah lagu ni. Err untuk aku dengar sebenarnya. Ye inilah lagu yang paling aku suka sekarang.


ok bai.









September 05, 2014

6 Comments

Chapter 104 || Cabaran 30 Hari - Day 3 - Sesuatu Yang Menguatkan kami @olahbersama

| Posting by: jie || Photo by : jie | 

Bismillahirrahmanirrahim,

1. FAMILI
Family kecil aku, (Me, En. Edi & ZZ), Moi family ( mak, kakak dan adik-adik), PIL (mak ayah adik-adik).
Kalau aku down, aku akan cari En. Edi dulu. Cerita dengan dia. Yelah. BFF la katekan...
Kalau rasa lemah dan sedih nak menangis, aku akan nangis dulu baru call En. Edi.


2. Al-QURAN
Patutnya ini jadi no. 1. Bukan klise ya. Aku pernah rasa down teramat sangat dalam hidup aku. Serious down. Masa pregnant anak sulong. Tapi aku simpan dalam hati sampai sekarang. Lepas penat menangis, aku mula baca Quran lepas solat. Alhamdulillah, rasa tenang dan dapat khatam sebelum Zahin lahir. Padahal masa tu dah 6-7 bulan. Dah sarat pun. Terasa kemanisannya. 

Tapi tak tau kenapa tak istiqamah. Padahal lepas tu boleh je nak baca setiap kali lepas solat. Ok kena buat ni..semangat semangat...


ok bai.

September 02, 2014

0 Comments

Chapter 100 || Cabaran 30 Hari - Day 2 - 5 Cara Memenangi Hati kami @olahbersama

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Cara nak menangi hati kami. Part duit semua tu klise sangat. Seantero dunia akan bagi jawapan yang sama.

1.  Kami nak menang apa-apa berkaitan ID rumah baru kami. hew hew. 

2.  Cerita pasal pokok-pokok dengan kami. Bagi hadiah lagi ok.  Spesis yang sesuai, yang cantik. Walaupun rumah kami sekarang takde pokok belaan pun, kami memang minat. Kekangan masa dan sebab rumah sewa ..tu lah jadi halangan. Biarlah nampak macam alasan tapi itulah hakikatnya.

3.  Ajak kitorang gi expo, fair or exhibition mengenai new technology. Sangat suka. Sekarang suka pasal rumah je la..pasal lampu ke, kipas ke..tak semua yang kami nak beli..just for knowledge.. tapi kalau nak bagi hadiah no hal..

4.  Untuk aku sendiri, tak payah bagi bunga bagai. Aku tak suka hadiah bunga. Sebab bunga akan layu..Bagi makanan ke, sambal ketuk ke..eh..yang manis2 semua tak payah

5. Ajak kami ke rumah anda bila ada open house, house warming. Kalau takde event saje -saje pun ok..Janji makanan banyak dan sedap sedap. 



Sekian. 

ok bai.

September 01, 2014

4 Comments

Chapter 99 || Cabaran 30 Hari - Day 1 - 5 Fakta Menarik Olahbersama

| Posting by: jie || Photo by : Edi |

Bismillahirrahmanirrahim,

Entri dibuat untuk memeriahkan segmen di #KelabBloggerBenAshaari iaitu #cabaran30hari.



Gambar terbaru nan ado. Gambar raya pun boleh lah..Disebabkan Olahbersama is akaun bersama, makanya gambar pun harus berjemaah.


1. Olahbersama dihasilkan oleh kami suami isteri untuk share segalanya yang difikirkan wajar dikongsi. Perkongsian ini lebih kepada untuk info sendiri bila kami dah tak mampu nak ingat semuanya. Juga untuk bacaan anak-anak kami supaya memori waktu 'kecil' mereka boleh diperolehi. #throwback la kekdahnya. Tapi info ni lebih kepada si isteri. 

2.  Pernah mengganggotai kelab muzik di zaman sekolah rendah. dari zaman tadika dah diberi peluang untuk menyanyi solo. Katanya suara sedap (zaman tu taktau suara sedap tu apa). Pemain 'pianica' untuk pancaragam sekolah dan penyanyi untuk band sekolah. Aktif menyanyi semasa darjah 5 di majlis orang kahwin (huhu), expo.. Pernah juga menyanyi depan Sultan Perak. Dapat pujian lagi you..

3.  Tak pernah masuk tempat karaoke.. Hmmmm...macam tak relate je dengan info no. 2 tu. Sebab sangat pemalu nak menyanyi depan orang sekarang. Tak tau kenapa. So tak perlu ajak tak perlu suruh. Saya tak kecil hati... :)

4.  Masuk sekolah teknik ambil jurusan kejuruteraan awam. Sebab member cakap budak-budak course tu glamer. Full stop.

5.  Kami suami isteri sama-sama belajar di UTM Skudai. Saya pernah ke rumah sewa beliau, beliau juga pernah ke rumah sewa saya (datang duk luar je ye, bukan masuk dalam rumah). Tapi kami tak pernah terserempak atau ada memori di mana-mana. Kesian kan? 

Cukuplah. Entri lagi 29 hari pun jenuh jugak nak memikir. Boleh jadi soalan untuk interview. Harap-harap istiqamah.

ok bai. 


back to top