name='keywords'/> Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V olahbersama® Blogger Widgets

October 06, 2018

0 Comments

Chapter 239 || Throwback. BOMBA. The Unsung Hero

| Posting by: jie || Photo by : jie |

Bismillahirrahmanirrahim,

Since banyak cerita pasal JBPM atau BOMBA keluar dekat newsfeed sekarang ni, meh aku nak share something. Nak share pengalaman deal dengan BOMBA ni. Cerita dan gambar-gambar ni semua tak pernah lagi aku share kat media social. Benda dah lama pun. Tahun 2008 & 2009. 
.
Tahun 2006 aku start bertugas kat Bangunan Tuanku Syed Putra, Penang. Tahun 2007 aku bertukar ke Kangar, Perlis. Ramai je yang tau kalau tengok bangunan ni. Yelah Perlis zaman tu mana ada bangunan tinggi sangat. Depan hotel Putra Palace (nama hotel dulu). Masa tu (2008) kami buat program fire drill. Aku sebagai salah seorang jawatankuasa pelaksana. 
.
Bangunan tu ada pelbagai jabatan. Jadi kena lalui pelbagai perbincangan dan mesyuarat. BOMBA pun terlibatlah dalam mesyuarat ni. Selesai semua part perancangan dan perbincangan, tibalah hari perlaksanaan. 
.
Start dengan bunyikan siren. Masa ni pagi lagi. 9-10 pagi. Maka berpusu-pusulah penghuni bangunan keluar. Technician ada yang standby di control room untuk communicate dengan BOMBA melalui telefon. Check kat tingkat dan bahagian mana bermula alarm tu. Turun guna tangga ye. Lif pun semua disable time ni. Penghuni tingkat atas sekali memang penatlah. Tapi nak buat macammana. No excuse. Oh tapi ketua aras (wakil setiap jabatan) dah ada data siap-siap penghuni bangunan yang pregnant, yang ada sakit jantung, asthma dsb. Semua data tu dah ada masa part perbincangan lagi. 

Selain BOMBA, ada jabatan lain yang terlibat juga dalam program ni. JPAM, RELA, ambulans pun dah standby tepi tu. Kira ni memang kami buat habis-habisan la. 

 Kenderaan BOMBA sampai. Anggota keluar dan buat persediaan. Ketua Operasi periksa data bangunan dan beri arahan pada anggota lain. Bukan main terjah je dalam bangunan. Walaupun LATIHAN. Korang tengok kelengkapan keselamatan pun dorang ikut. 

Pihak BOMBA periksa mangsa terperangkap. Cari mangsa. Team ni dah standby kat bawah.  Lengkap dengan hose semua. 

 Selesai selamatkan semua mangsa terperangkap. Masa ni ada few mangsa yang kitorang create untuk tambah dramatic sket.  Mangsa pun merata tingkat. Kiranya dalam bangunan dah kosong la time ni. Since demo penggunaan alat pemadam api dah selalu buat, kita tukar tengok demo ni pulak. Bagus jugak boleh cuci cermin luar sekali (OK point ni aku tambah sendiri).

Ok settle demo. Penghuni bangunan ada di luar pagar bangunan iaitu kawasan berlumpul. Aku masa ni memang perati je apa yang jadi. Nampak tu siap pakai helmet merah. Sebab jadi AJK dapatlah duduk dekat dengan BOMBA tengok dorang buat kerja. Bukan menyebok tapi ini memang aku kena tahu. Masa ni dah start gather semua report dari anggota dari mula sampai habis operasi. 

Yang depan aku tu, BOMBA yang lead Fire Drill ni. Tengah amik report timing dari start alarm bunyi, BOMBA call, BOMBA datang, waktu bangunan kosong, waktu selamatkan mangsa terperangkap dll yang aku pun dah lupa. Format yang sama aku pegang tu untuk rekod jugak. 

Semua anggota berkumpul. Masa ni sesi report mereport. Aku jadi reporter je kat tepi tu. 

 Ketua Operasi menyelamat bagi report.

Dapat semua report tabulate pulak kat whiteboard tu. Sambil bincang apa yang patut. Tu pengarah BOMBA Perlis pun terlibat  dalam fire drill ni. 

Bincang lagi. Pengarah BOMBA yang pakai uniform tu tau. Bukan yang baju batik tu. Masa ni aku memang banyak mendengar dan ambil note. Pengalaman dan pelajaran ni weiii... Bukan selalu dapat peluang macam ni. Banyak ilmu baru dapat kaut masa tu. 

Ni antara team aku yang terlibat. Bahagian penyenggaraan bangunan. Ada yang takde dalam gambar ni ntah mana peginya. Yang pasti semuanya lelaki. 

Kes lain. Ada sekali tu tali bendera putus. Nak ganti baru bukan boleh pakai tangga. Nak sewa kren rasa macam tak berbaloi pulak. So kami mintak tolong BOMBA. 

Sebab aku POYO masa tu aku insist nak buat sendiri. Takdela tinggi mana pun. Dalam 40 kaki je. Tapi safety harness TETAP kena pakai. Masa ni BOMBA ajar and guide. 

 Whole picture. Bukan sorang je naik tau. Ada anggota BOMBA sorang yang bagi arahan pada aku. 

Mission accomplish. Peace. 


Masa aku bertugas kat Perlis ni aku memang banyak sangat bekerja dengan BOMBA ni. Nak renew Fire Certrificate pun banyak prosesnya. Kamceng macammanapun, when it comes to SOP, Uniform Building by Law (UBBL) memang dorang tegas. Nak argue pun based on fakta la. Bukan sukahati hentam kromo atau ikut kebiasaan yang kita rasa OK. 
.
Contohnya masa nak renew fire certificate, check laluan kecemasan. Kadang-kadang laluan tu menghala ke stor jadi semak sikitlah kan. Bagi kita sebagai penghuni rasa macam takde benda pun. Bila kecemasan gunalah pintu utama. Pastu cari tangga. Kan. Bagi BOMBA tak. Laluan tu ko kena clear. Hoii masa check bangunan ni memang kena banyak sabar. Bila semua teguran diperbetulkan akan ada pemeriksaan kedua pulak. Kalau OK dapatlah renew. Kalau tak OK lagi buat balik dan periksa lagi. Tapi cut short, kami dapat renew lah. Setelah beberapa episod pemeriksaan dan penambahbaikan.

So pointnya kat sini yang boleh aku relatekan dalam peristiwa baru-baru ni. BOMBA ada SOP dan perancangannya sendiri yang kita pun mungkin tak arif. Tugas dorang adalah untuk menyelamat. Aku sendiri yang memang bekerja di bahagian penyenggaraan bangunan ni dari tahun 2006-2016 (tak lama pun) memang banyak sangat berurusan dengan dorang. Walaupun berurusan dengan anggota yang berbeza, di negeri dan daerah yang berbeza, aku sendiri dari company yang berbeza (tukar company); yang pasti kalau tak ikut prosedur,  dorang BOLAYAN je. 

Kalau semua anggota tu masih hidup dan mayat mangsa yang jatuh tu dijumpai, tentu tak ada yang nak pertikaikan isu tali yang ikat tu. Mesti semua jadi biasa je. Tak jugak dianggap hero sebab tugas BOMBA memang menyelamat kerjanya. Kan. 

Tapi bila terkorban banyak sangat suara yang berbunyi. Pendapat pula berdasarkan penbacaan dan rujukan google. Tak salah semua tu. Tapi kita patut hormatkan keluarga angota yang terkorban. Jika apa yang kita nak katakan tu tak berapa sedap didengar, baik kita diam. Baik kita sedekahkan Al-Fatihah. Pihak BOMBA sendiri ada bannyakkk kerja dan buat post mortem untuk semuaa yang dah jadi. Ni keputusan apa pun takde kita yang sibuk buat conclusion. Aku berani cakap berdasarkan pemerhatian lepas. 

Kepada keluarga anggota yang terkorban, takziah diucapkan. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Kami yang melihat dari jauh cukup terkesan dengan apa yang berlaku apatah lagi kalian semua. Moga Allah tempatkan mereka semua dikalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.

Dipetik dari Sinar Harian:
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, mereka adalah insan terpilih dan mempunyai hati yang suci serta amat memahami tanggungjawab yang diamanahkan, terutamanya dalam kecemasan hingga kepada nafas yang terakhir.

"Kami iktibarkan mereka sebagai syahid berasaskan kepada nas hadis yang bermaksud “Orang yang mati syahid lima golongan iaitu orang yang mati kerana taun, mati kerana penyakit perut, mati lemas, ditimpa runtuhan dan syahid di jalan Allah,” kata beliau melalui Facebooknya.
 ----------------------------     
"Aku juga pernah merasa sebuah kehilangan".




September 24, 2018

0 Comments

Chapter 238 || Resepi kengsom confirm sedap!!! Baq hang

| Posting by: jie || Photo by : jie | Bismillahirrahmanirrahim,

Aku dapat resepi dari member.. Dia pulak screenshot kat mana tah...sebab dia kata sedap sangat dia masak. Jadi mari kita try test tengok.

Throwback sikit. First time aku makan masa kat Alor Setar. Tak ingat dah samada belum kawin atau di awal perkahwinan (pjj). Aku memang sukaaa,sangat lauk berkuah + pedas. So this lauk masa first time makan memang make myself blown away. haaaa kemahen. Yang ingat ada siakap, nenas, kangkung, pedas, masam, sedap.

Lepas tu masa pregnantkan Zahin 2009 tetingin nak makan. Nasib ada jual kat 1 kedai siam di Tanjung Malim. En.Edi pi beli kengsom daging masa tu. Bila rasa,ok sedap. Pastu aku cakap aku nak kengsom ikan kembung. Sebab duk teringat asam rebus ikan kembung sedapnya..tapi nak version kengsom. Kedai tu kata tak buat ikan kembung. Aku kata pi la beli ikan kembung suh dia buat jugak. Last² dapat makan. Tapi dah lupa samada kedai tu provide ikan atau En. Edi belikan ikan. Kahkah...
.
Tapi.. ahkak kecewa tak sedap! Nak blame the hormone masalahnya En.Edi pun kata tak sedap. Ikan rasa hanyir. Frust makyong masa tu trus terbantut napesu makan. Haha... pastu gigih mak yong gugel resepi, tak banyak keluar,result dia. Aku macam.. Eh orang tak pernah masak ke.. pelik pulak...
.
Pencarian macam terstop disitu. Tapi rasanya memang takkan lupa. Then few 2015 aku pernah buat jugak. Ada blogged about that. Resepi gugel. Rasanya ok la but tak berapa sama jugak dengan yang makan dulu. Gambo takde pulak dlm blog tapi takpelah.
.
Pastu 2 bulan lepas aku jumpa pes kengsom 'instant' kat padang besar.. Sebab pea tomyam dia sedap aku assume yang lain semua sedaplah. Berbunga² hati dapat makan kengsom sedap kembali. Bila nak masak, buka botol... tengok pes terus patah hati. Apsal kaler dia gelap? Apsal bau tak best? Try la jugak buat.  Tapi tak letak ikan. Bila rasa, FAIL... This is not kengsom. Frust.
.
Mengadu dengan adik. Sebab dia duk Perlis kan dekat dengan Padang Besar. Dia kata dia suka makan kengsom dwkat Kg. Baru KL. Ater bilanya nak pegi kan dah dia keje Perlis. Tapi few weeks back dia ada training di KL & nak singgah rumah, aku paksa dia beli. Dapatlah makan. Cukup rasa masam pedas semua. Berdesing lidah kepedasan. Kahkah.

Panjang sangat mukadimah meh la aku share resipi member aku punya screenshot dari tah mana² sumber. Kalau tuan punya resipi terbaca mintak halalkan ya.


Ni yang aku masak. Masih atas kuali. Dari segi warna, ok dah la bagi aku.

Served. Ready to eat. 

Prediction? Aku rasa OK. Sedap.
En. Edi kata dah boleh bukak kedai. Kahkahkah. 
.
Klu kome buat tapi kome rasa tak sedap jangan kecam akak tau. Ni berdasarkan lidah akak dan bahan² pun kita agak² je. 
.
Resipi ni memang akan digunapakai untuk masa depan. Sedap bag hang!!! Tak tipu punya. Baik ampa teraiiii....

Ok bai. 

September 22, 2018

0 Comments

Chapter 237 || Zahra oh Zahra

| Posting by: jie || Photo by : jie | Bismillahirrahmanirrahim,

Zahra.
Anak ke2.
Kadang boleh bagi naik darah.
Banyak akal dia ni.
Tadi petang dia tanya boleh tak Zahra nak main bola?? Ibu jawab tak boleh.
Dia tanya kenapa orang lain boleh dia tak boleh?
Ibu cakap Zahra main la bola baling.
.
Sebab ibu minat bola baling.
Sebab bola baling ada dalam SUKMA.
.
Bukan sekat minat dia tau. Dia tak faham pun sebenarnya. Cerita je lah apa yang boleh.

Kalau dengar cerita dia kadang² boleh gelak guling².. tapi Zahra tak suka ibu gelakkan dia. Sorry la Zahra.. ibu tak pernah perlekehkan awak. Ibu cuma sangat terhibur dengan kehadiran awak.  Cute sangat tau tak.
.
Aritu dia tanya..
" Ibu kalau Zahra nak tidur atas DODO boleh tak?"
Ibu ingat DODO tu watak kartun ke apa.. so ibu memang jawab boleh la... kan..

Tetiba dia amik toto bentang atas karpet pastu landing. Kahkahkahakah...

TOTO LAH... TOTO..... 

Pastu tadi petang saja bangkitkan balik isu DODO dengan dia. Gelak je Zahra. Lepas tu dia cakap gini..
"DODO tu yang Zahra suka makan yang kaler coklat tu k ibu".
.
.
.
.
Tu DODOL Zahra. DODOL. DODOL!

Tadi malam tetiba gatal bontot. Pastu suruh ibu garu. Ibu cakap awak ada cacing ke ni. Nanti ibu sapu minyak kat awak. Prgi basuh bontot bagi bersih nanti tak gatal dah.
.
Pastu Zahra jawab
" bukan cacing la ibu. Bontot Zahra ada KUTU!" (dengan nada konpiden).
.
Pastu takkan aku nak duk diam je kan? Memang gelak sakan la. Zahra marah. Ibu ni Zahra cakap betul Ibu gelak pulak.
.
Ibu gelak sebab awak comel. Comel sangat. Dia kaitkan rambut gatal ada kutu.. so tempat lain kalau gatal ada kutu lah.
.
The way dia relate tu comel sangat.

Zahra, stay comel tau.



Ibu,
12.02am

September 04, 2018

0 Comments

Chapter 236 || Resipi kueh serimuka yang sedap

| Posting by: jie || Photo by : jie | 4

Bismillahirrahmanirrahim,

Wah tajuk tak agak².

Cantik tak serimuka iolls? Berseri kan. 

Secara jujur, ni first time buat kueh serimuka. Fakta, saya memang peminat kueh ni. Heart sangat tapi selalu suruh mak buat. Sebab bila beli yang jual 5 rm2 tu kan, frankly speaking memang tak kena selera. Macam asalkan jual je. Geram iolls. Tapi kalau makan yang order setalam tu kan, mostly sedap. Hahaha..

Resipi ni lama dah simpan. Tiba² pagi Ahad lepas teringin nak  buat. Gi dapur, timbang pulut tak cukup.  Nak beli malas, jadi buat la half adunan. Resipi tu guna loyang 8x8 lagi ko nak halfkan adunan? Takpelah baru first try. Kalau jadi kita boleh beli pulut lagi lepas ni..

Ceritanya, jadi uolls. Bekas tu saiz 4" lebih kurang. So jadi comel la. Saya share resipi untuk rujukan semua in future.

Pulut Serimuka
Sumber : IG nurui_ipan
Loyang 8 " x 8 "

Lapisan bawah
300g beras pulut-rendam 2 jam
200ml santan cair
1 sk garam
1.Lapik loyang dgn plastic dan sapu sedikit minyak.
2.Campurkan semua bahan2 dlm loyang ,ratakan dan kukus dlm kukusan selama 20 minit.
3.Setelah itu tekan padat pulut sebelum di letak kan lapisan atas.

Lapisan atas
4 biji telur
200 ml santan
150g gula
100ml jus pandan- dr 8 helai daun pandan
10g tepung jagung
25g tepung gandum
Secubit garam
1/2 sk serbuk kayu manis-optional
Sedikit pewarna hijau jika suka.

Cara
1. Campurkan semua bahan2 dan tapiskan ke dlm periuk.
2. Masak dgn api perlahan hingga sedikit likat.
Tuang ke atas lapisan pulut dan kukus selama 25 - 30 minit.
3. Balut tudung kukusan dgn kain utk dpt permukaan yg elok- saya cover bekas dengan aluminium foil je.

Utk lapisan pulut ...pastikan santan cair sama paras dgn beras pulut.. sekiranya sukatan santan tak memenuhi paras beras boleh di tambah sedikit air.

Ini pulut sekaya versi mak beliau .. penggunaan serbuk kayu manis buat sekaya lagi sedap ... penggunaan tpg yg sedikit membuat kan texture sekaya jadi agak lembut dan creamy....selalu nya lps kukus bakar selama 20 minit pada suhu 200C ...ini akan buat permukaan pulut sekaya menjadi ber bintik2 keperangan...versi pulut sekaya bakar sgt popular di negeri Perlis.

 Saya lapik plastik dalam loyang. Biladah masak,saya terus keluarkan dari bekas senang je. Memang senang seriously.

Nampak tak.. Cantik je bila tarik plastik tu kan. 

After plastik lapik dikeluarkan. Pun mudah. Harap² kalau buat loyang besar pun mudah.

Zoom sikittt...

Keratan rentas. Yes sukses.

Pasti akan buat lagi lepas ni. Nanti nak try version takde telur pulak. Kalau berjaya juga boleh la share lagi.

K bai. 




September 03, 2018

0 Comments

Chapter 235 || Update blog.

| Posting by: jie |

 Bismillahirrahmanirrahim,

Sian blog. Sawang banyak sangat ni. Fuhhhhh....

Tetiba rindukan waktu suka travel. Tetiba baca balik entry pegi Korea. Tetiba macam dapat semangat balik untuk buat benda-benda positif. Tetiba nak jadi better person untuk hari esok.

So this is list yang akan saya update. Nantilah bukan malam ni yang pasti. Sebab kena cari gambar dalam external harddisk.
1. Update travel Bangkok dengan BFF.
2. Update travel Johor (Legoland) dengan BFF jugak.
3. Update life sekarang, buat apa bake apa jual apa. Mana produknya..  hehehe.. happy pulak rasa nak update.
4. Update pasal anak-anak. Zahin Zahra Zharif. 2 tahun dah Zharif ni korang. How time flies. Nanti cari gambo jalan² dengan dorang jugak.
5. Gambo makanan yang #mzmasak. Aku la tu. Just for record. Eh semalam baru je buat seri muka . Resipi amik dari IG orang pastu try sedap. First time buat. Rasanya entry serimuka ni aka jadi entry pertama kot. Makan je lah yang ko suka kan. Well, yang ni memang positif dr dulu and forever. Kahkah.



Ok bai. Nak lipat kain. Ada 3 gunung Everest ni. Doakan ye.

Bai.
back to top