Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 65 || Throwback 02 - Pengalaman bersalin Nur Zahra Marissa ~ olahbersama® Blogger Widgets

February 20, 2014

Chapter 65 || Throwback 02 - Pengalaman bersalin Nur Zahra Marissa

| Posting by: jie || Photo by :  Edy & Jie |

 Bismillahirrahmanirrahim,

Gigih nak siapkan entry biarpun Zahra dah nak masuk 19 bulan..Masih lagi bf. Gigih juga disitu mengejar demand yang macam sama je ngan zaman tak involve solid food.

Masa tu aku masih lagi bekerja di Pos Malaysia Berhad (PMB). Construction dah siap dan dah 50% operation. Ada lagi yang masih buat internal renovation but part aku banyak yang dah selesai.  

Aku suka bersukan. Walaupun tak terror mana, tapi aku suka sukan yang melompat2 nih..kebetulan aku adalah AJK dalam sukan Posmel masa Oktober 2011. Dah imagina nak main futsal, badminton..masa training memang pegi and bantai main cukup cukup. Walaupun aku tau masa tu aku ada potensi pregnant. But to be safe, 2-3 hari sebelum sukan, aku g klinik buat check up and positive. Doc pun duk remind macam-macam sebab aku ada kes miscarriage sebelum ni.

Jadinya aku hanya 'melangut' tengok orang bersukan pada hati kejadian. Since kandungan masih awal, aku takla inform semua orang tentang kondisi aku..So semua macam heran sebab masa training ko macam EH BUKAN MAIN MINAH NI BERLATIH MACAM CINFORM MENANG JE KEKDAHNYA. Aku menung je tapi gelanggang futsal bagi sokongan yang tak berbelah bagi..wakaka..sayu gila tak boleh main time tu...

Kandungan berjalan seperti biasa. Aku check up di gomen jugak..di DEMC pun ada.. Past tu dah 7 bulan aku start check up di Az-Zahrah Bangi. Kenapa Bangi, jauh gila tu dari Serendah. Well, PMB ada provide maternity kat 2 pusat rawatan di sini. Pusrawi Damansara and Az-Zahrah. Aku tak gi Pusrawi sebab aku tak suka dengan suasana Pusrawi. Rasa tension gila duk situ. Haha..btw, lain orang lain pendapat. Pada yag suka, boleh teruskan. Aku tak leh komen tentang service sebab aku tak pernah directly deal dengan Pusrawi.

Masa 39 weeks, kat ofis tiba-tiba ada blood show. Bila tanya semua orang, semua suruh g klinik..Aku rileks je sebab tak sakit. tapi nervous tetap ada..nasib baik En. Edi waktu tu ada di Shah Alam. Gi amik dia dan amik GL Proton. Pastu bingung nak g mana..Hosp. Gomen ke, DEMC ke Az-Zahrah..tanya causin, dia kata gi je yang terdekat...masa tu dah dekat highway..Kemudaian memikirkan yang aku belum sakit dan malas nak stay hospital, we've decided untuk gi Hosp. Sg. Buloh (HSB) ..kalau g private aku sure aku kena warded terus.

Sampai HSB punyalah ramai yang nak bersalin. Macam-macam riak muka ada..Aku rileks je sebab tak sakit. Katil pun tak cukup. ada yang tgh tahan contraction sambil duduk kat ruangan mengunggu sebab katil tak cukup. Dalam hati aku janganlah dah buka banyak sebab aku macam tak rela nak beranak kat sini. Bila check, baru 2cm dilate dan sebab tak sakit, aku dibenarkan pulang. Alhamdulillah.

Weekend tu, balik Felda Soeharto makan puas-puas. Tapi time tu memang rasa senak je...macam kepala dah kat bawah..Nak jalan pun payah..

So Isnin, aku pilih untuk serah diri di Az-Zahrah Bangi..Yes memang jauh dari Serendah but since aku yang nak serah diri, jauh apedehal...Aku tinggalkan Zahin di rumah dengan mak & Intan..First time tak tidoq dengan dia time tu..huhuhu...

Pukul 11 aku dah sampai sana. Bila check still dilate 2cm. Aku dah tak larat..So mintak induce..Pukul 1.30 dia masukkan ubat..Start pukul 2 aku dah rasa minor contraction. Masa tu pernah terbaca yang ada orang boleh jalan2 bila contraction untuk kurangkan sakit. But my case, dalam pukul 3.00 tu memang tak boleh berjalan dan berdiri langsung. Sakit sangat. Last2 duk berguling dengan selimut. En. Edi sedia je duk teman tapi dia pun dah tak tau nak tolong macammana. Dia nak urut, tapi aku takmau..Aku nak berguling sorang..

Masa sakit tu ada staff yang datang..Tanya condition aku..Tolong bacakan doa untuk aku..Aku tengah sakit so memang tak mampu nak melayan penuh perasaan. Aku lebih fokus pada kesakitan aku. Pukul 4.30 aku dah dibawa ke labour room. 

Dalam labour room ada diperdengarkan ayat-ayat suci Al-Quran. So tenang la sikit. tapi sakit kali ini memang sangat sakit berbanding masa Zahin. Aku sampai haus menahan sakit. Sampai berdoa supaya tuhan bagi aku 5 minit untuk aku rehat dari contraction yang maha sakit itu. Dalam tu pun duk terdengar nurse tu bisik kat doc " Doktor, contraction dia kuat sangat ni". Oh patut la..

Nak minta epidural, but En. Edi sempat remind me of the side effect..So cancel dan bertarunglah lagi...Bila nak push, doktor datang and doktor sangat cool and calm..In between push pun aku still minum air sebab terlalu haus. Doktor pun baik..Mintak En. Edi standby air tepi aku..Bilik tu ada air cond..tapi aku berpeluh-peluh...

Aku pun dah tak ingat berapa kali push, but yang pasti bila baby dah keluar, aku pegang sekejap..kemudian terus dibersihkan sebelah aku..Then doc cakap.." Saya akan rehatkkan awak. Tidur sekejap"..aku refuse sebab macam tak sabar nak duk dengan baby..Doc insists sebab dia kesian tengok aku sangat lemah...Then doc inject, aku kira 1 2 3 terus lelap...

Bila sedar, semua dah settle. terus nurse tolak naik ke bilik. En. Edi tunggu kat sana. then trus request kat nurse "Saya nak tengok anak saya". Tak lama lepas tu nurse bagi baby. Hmm...indahnya perasaan. En. Edi call rumah tanya pasal Zahin. He's been soo good ...baik...tak banyak karenah. Alhamdulillah..At least ibu tenang.

Selasa pagi Doktor datang check..So far ok so boleh discharge petang nie. Lega sangat. Lunch hour member dari NMC Shah Alam datang. Petang family MIL, mak2 sedara belah En. Edi pun datang. So discharge dan balik rumah. Tidur 1 malam dan esoknya terus shoot ke Sungai Siput berpantang di sana.

Bila En. Edi tinggalkan aku di Sungai Siput, rasa sayu sangat. sayu sebab boleh ke aku bahagikan kasih sayang sama rata antara anak-anak ini? Rasa macam kesian kat Zahin takde kawan..Hmmm..Emo je lebih...But Zahin in the other hand, sangat behave...dia suka la duk kampung..Boleh explore macam-macam..boleh jalan merata-rata. Petang-petang naik motor jalan-jalan dengan opah...

Now Zahra dah nak masuk 19 bulan. Vocab pun dah banyak. Alhamdulillah ringan mulut macam abang zahin jugak. Moga Zahra sentiasa berada dalam lindunganNYA. Amin...

Her first day - @ Az-Zahrah

3rd day - Sungai Siput

Day 17 - cukuq rambut

Day 18 - Botak dengan abg long

1 month

2 months

4 months

5 months

6 months

7 months

8 months

9 months. Hari Aqiqah. 

11 months

1 year 5 months





OK bai.













Reactions:

1 comment:

  1. asslmkm.. done follow. 111 :)

    teringat masa lahirkan zahra.. rindu segala suasana :)

    ReplyDelete

back to top