Read more: http://www.wayneharraz.com/2015/04/how-to-score-100-seo-at-chkmecom.html#ixzz3d6YfFT3V Chapter 46 || Throwback 01- Pengalaman bersalin Muhammad Zahin Mirza b. Edi Shazril ~ olahbersama® Blogger Widgets

November 06, 2013

Chapter 46 || Throwback 01- Pengalaman bersalin Muhammad Zahin Mirza b. Edi Shazril

| Posting by: jie || Photo by : jie |

 Bismillahirrahmanirrahim,


Saja nak buat entry. Even agak panjang, Sebab boleh jadi info pada Zahin dan Zahra macammana dorang keluar dari perut ibu..Mungkin masa tu jugak ibu tak ingat dah ke, boleh depa buat reference.huk huk 

First Pregnancy. Semuanya pengalaman pertama. Alhamdulillah takde mabuk teruk. Cuma rasa penat dan tak sedap badan. Mula-mula aku ikutkan juga peel badan tapi ada satu hari tu mintak mc dengan doc sebab tak larat. Selepas di'sekolah'kan oleh doktor ittew (sekolah cara lembut) terus takde rasa tak best dah. So aku menikmati moment mengandung ittew dengan jayanya. Hehe

Happen to be, aku baru je tukar keje di Pos Malaysia Berhad dan dipindahkan ke site di Shah Alam. Bangunan yang asalnya kilang Panasonic perlu di 'refurbish' dan dijadikan National Mail & Parcel Hub (NMPH). Aku plak orang ke-3 dalam Pos yang ditukarkan ke situ. So kejenya memanjat, mengaudit, membuat report, menganalisis tapak. Semua tu aku buat tapi at the same time rasa macam tak boleh...rasa tak boleh keje berat gini disaat aku mengandung. Rasa nak berhenti keje. So banyak tempat juga aku minta nasihat sampai la ada rasa nak join balik company lama. Siap jumpa GM lama dan mengadu. tapi aku dapat nasihat free dan dari seorang kenalan yang menyebabkan aku berfikir yang aku ni memang poyoooo.....baru peknen sikit dan mengeluhh...

At 12 weeks, aku ada bleeding. ada seorang rakan yang pernah bleeding dan gugur. Masa tu TUHAN je yang tau betapa takutnya aku. Terus g check up dan itulah pertama kali dapat tengok baby. Masa scan tu, dah nampak baby dah gerak-gerak. Aku tak mampu nak cakap apa2 sebab itulah pandangan paling indah dalam hidup aku. Sungguh......
En. Edi pun sampai bergenang air mata.

dapat MC dan barulah bos dan klik tau yang aku mengandung. As expected, siap kena marah dengan boss lagi sebab tak bagitau dia kondisi aku masa tu. Sebab dia memang suruh aku memanjat sana sini. Balik keje, macam biasa masih meneruskan kerja dan proses refurbishment berjalan.


5 month - Jalan jalan dalam site

6 Month - Jalan jalan tepi pantai. Upgrade sket. haha

7 Month - Ni pun tepi pantai jugak. muehehehe

7 month - keje poyo balik...


My EDD is around 10/2/2010. Start Februari aku dah start ambil cuti sebab orang kata anak pertama cepat keluar. En. Edi hantar aku ke Sg. Siput sebab plan nak bersalin di sana. Tunggu punya tunggu tak juga keluar. Nurse bagi macam2 tips untuk cepatkan labour..semua aku buat tapi tak nak keluar jugak. Tiap2 hari aku akan jalan2 dalam rumah. Pagi sejam..petang sejam. Ko boleh berjalan2 berpusing2 dalam rumah sendiri sejam macam aku buat..haha...Adik aku tengok sampai geleng2 kepala hokayy..

Ikut prosedur kerajaan, kena tunggu 10 hari baru induce. Aku memang dah tak sabar dah masa tu..Induce pun induce la...janji anak keluar. Sebab baby masih seronok dalam rahim ibu, 20/2/ 2010 aku serah diri ke Hospital Besar Ipoh. Sampai awal, bilik pun penuh so marilah rilek2 di wad kelas 3 dulu. Sebab aku perlukan ketenangan so aku pilih wad kelas 1 (2 orang 1 wad). Ahamdulillah wardmate (ade ke), sangat2 Ok. Anak ke-4 dalam perut dia. Baru 7 bulan but kena stay dalam wad sebab ada masalah.

Malam tu dia bercerita macam2..Aku lebih banyak mendengar. Then doktor perempuan Chinese masuk. Dia cakap " Puan I nak buat VE, nak check whether perlu induce atau tak esok. I nak approach your baby". Aku tak pernah kena gitu. So masa dia seluk tu muka aku memang tak boleh blah aku rasa. Dos suruh aku calm down untuk memudahkan proses. Lepas tu dia bgtau " u dah dilate 2 cm..tak perlu induce. Esok dah boleh bersalin".

Aku sangat teruja. Terus call En. Edi. Malam tu tak boleh tido sebab itulah pertama kali aku tido spital. Pastu macam tak sabar nak tunggu hari esok. esok pagi masa nak solat, dah keluar darah. Muka aku dah start ketat sebab dah rasa macam period pain. Kakak sebelah siap tegur lagi suruh aku maniskan muka sikit. Haha...Aku masa tu macam tak tau nak buat muka macammana...

7.00 am - Pagi tu dapat breakfast nasi goreng. Nurse siap pesan lagi jangan makan banyak2. Ai is lapar OK time tu...So tension je bila kena statement gitu. So I makan half je nasi goreng. Then  packing apa2 yang patut untuk masuk labour room. Macam-macamm aku bawak time tu.. air, biskut, baju, telekung (in case tak beranak nanti nak sembahyang Zohor)..haha..

Bila nak gerak nurse tanya apa ada dalam beg tu? Aku kata takde pape..Dia mintak beg aku, keluarkan benda-benda yang 'tak perlu'..macam nak berkhemah je time tu kekdahnya. Jauh jugak nak berjalan sebenarnya. Nurse offer naik wheelchair tapi aku tak rasa susah sangat time tu so aku minta berjalan je. Siap jalan laju lagi dari nurse tu.

8.30 am - Masuk labour room. Setiap patient satu bilik. Aku kagum gak sebab ingat pisahkan dengan tirai je. Sungguh la aku tak buat study apa2 pun pasal spital ni..Main redah je..Nurse suruh buka apa yang patut..Tanggalkan bra and panties..pastu suh buang air siap2. Aku masuk toilet. Toilet tu share untuk 2 bilik. Ada pintu tapi takde lock. Aku was-was di situ sebab kang tengah sedap-sedap buang air ada pulak yang masuk. kan malu ai..

Dengan konfiden nya pegi jumpa nurse. "Nurse kenapa pintu bilik air tu takde selak nak tutup". Nurse tu dengan selamba jawab " memang takde selak. nanti jadi apa2 kat u dalam tu senang sikit kami nak tolong". Terasa agak slow otak aku di situ. Yeah you got the point nurse. Haha.

8.50 am - Naik katil. Dipasangkan pelbagai  alat yang pada waktu tu saya tahu satu untuk monitor heartbeat dan satu lagi untuk monitor contraction. Drip juga dipasang untuk percepatkan proses kelahiran. Check lagi, I'm dilating 3 cm..

Kesakitan mula datang. Aku mula tak tahan. siap request epidural. Then sebab aku bersalin hari Ahad, so takde epidural. Maka menanggunglah kesakitan di situ. Dia cuma drip ubat untuk aku mengantuk in between surge. Memang mengantuk. En. Edi yang tunggu pun aku suruh tido. Last2 kena sound dengan nurse suruh dia tido luar. sian haha..So aku hanya berseorangan ditemani beberapa orang nurse yang memang peramah tapi aku takde mood nak bersembang sebab tengah sakit.

12.10 pm -  aku dah 7cm dilated. Pecahkan ketuban. By 12.30 dah fully dilated. Maka bermulalah proses meneran. En. Edi pun dah masuk untuk support. serious aku tak pernah tahu dan belajar how to push. Nurse pun ajar. Mula-mula ok. Bila dah baby crowning aku macam jadi tak pandai plak. Kena marah dengan nurse sebab lambat. "Hello, ada aku kesah. Aku penat nih". Waktu tu dah macam pesta semuanya bagi support. Doktor yang sambut adalah seorang doktor Chinese LELAKI yang handsome. But handsome is not the point.

12.49 pm - Akhirnya. aku cuma dipertontonkan baby dan ditanya jantina. Aku mampu menjawab dalam tangisan. Bukan poyo, tapi sangat terharu dengan kelahiran zuriat sendiri. Same goes to En. Edi. Lepas tu baby dibawa untuk dibersihkan dan aku pulak bersedia untuk dikerjakan.

Proses mengeluarkan uri. kena seluk lagi. Seriously aku tak suka situasi seluk menyeluk nih. Sungguh tak suka. Aku kena episotomi ye puan-puan. Sekarang proses menjahit plak. Oh ye, masa aku sibuk push tu, selain doktor Cina lelaki itu, dan juga nurse2 peramah, ada juga beberapa doktor pelatih lelaki india yang duk kerumun aku. masa proses menjahit ni pun sama. Nurse dah tiada sebab nak 'buat ramai' pi sambut baby lain plak...so tinggallah semua lelaki2 ittew di depan aku. Doc Cina ajar depa menjahit. Aku memang dah pasrah. 2 kali bius tapi yang last tu doc suh gigit selimut ja la tahan sakit.

Masa proses mencuci tu aku sound pelan2 kat nurse. "Nurse, cuci la pelan2 sikit. Kena seluk sakit, beranak sakit, jahit pun sakit". Nasib baik nurse memahami. huhu

2.00 pm - Keluar dari labour room. Baby dah bersih dan lepak sebelah aku. Tak try latching apa pun. Aku pun tak tanya samada baby dah menyusu atau belum.

Day 1. Fresh from oven. 3.4kg. 51 cm

Balik bilik. Mak, in-law and adik beradik semua ada. En. Edi azankan baby. I am drowsy sampai malam nak tido. jalan pun terhuyung hayang. First time nak buang air memang tak boleh sebab sakit sangat...

Suspected jaundice. Sebab putih sangat. Padahal takdak apa pun..

Selasa baru balik ke rumah. Kiranya baby overnight di Hospital 2 malam. Aku masih try latching but takde susu. Hospital Ipoh memang pro susu ibu tapi aku sorok-sorok bancuh susu Dumex untuk Zahin. Haish..Sungguh tak berilmu time tu..

Day 3

Di rumah, malam tu susu baru nak keluar. But sangat sedikit sampaikan Zahin mengamuk. Malam tu dia tak tido. kami semua pun tak tido. Dah subuh baru tido. Paginya, aku start mengurut. Waktu tu barulah susu mula ada.

Aku happy. Zahin happy. Semua happy.

Zahin,
If u could ever read this one day, just believe that you are the first miracle to me. How u came, how u grow up in the womb and how you kicked me . Sukati je eh.

Moga-moga anak ibu menjadi anak yang soleh, taat kepada yang ESA. Menjadi insan yang kami boleh banggakan. Doa ibu sentiasa bersamamu. Amin...


Day 5

Baru Lepas cukur rambut. Nak bagi sejuk kepala..

Day 30

Zahin and Opah

Gonjeng kali ke-2. Sebab rambut tumbuh tak sekata. Dah macam upin ipin.








Our First hari Raya with Zahin. 6 months Old.



p/s: Aku menyesal sebab tak request doc perempuan untuk attend aku..Walaupun Hospital kerajaan, at least I should try. Astaghfirullah. 

ok bai. 








Reactions:

0 comments:

Post a Comment

back to top